Jenis-jenis cendawan yang boleh di makan
Ramai di antara kita gemar makan masakan dari cendawan atau ada setengah tempat panggil kulat. Kalau di kampung-kampung lain jenis cendawan yang biasa kita temui dan di masak untuk menu masakan tradisional tapi kalau di bandar ni lebih kepada cendawan dari luar negara seperti Jepun yang lazim kita gunakan dalam menu-menu masakan moden. Ana dan anak-anak di rumah ni pun penggemar tegar masakan dari cendawan khasnya cendawan tiram, shitake, enoki dan sebagainya. Bukan tak suka masak cendawan tempatan cuma payah sungguh nak dapat sekarang ni cendawan kampung seperti kulat sisir atau cendawan kukur, cendawan busut dan sebagainya.
Semua antara kita tahu bahawa bukan semua cendawan ni boleh di makan. Ada jenis-jenis cendawan ni beracun dan tidak boleh di makan. Kadang-kadang nak beli cendawan pun naik risau juga kerana ada sesetengah cendawan ni akan tumbuh selepas satu kawasan tanah di racun dan bila musim hujan maka banyaklah cendawan yang tumbuh. Manalah tahu kan, ada yang kutip dan jual, minta di jauhkanNya dari termakan atau terbeli cendawan yang tumbuh di kawasan yang baru di siram racun rumpai ni. Teringat pula satu drama tempatan lama dah dahulu kisah satu keluarga meninggal dunia selepas termakan cendawan yang tumbuh di kawasan yang di siram racun rumpai. Tak ingat dah tajuknya kalau tak silap lakonan Ogy Ahmad Daud. Lama dah drama ni, hehe :)
credit photo www.tasteofhome.com |
Hari ini ana kongsikan beberapa jenis cendawan yang boleh atau selamat di makan dari pengalaman perjalanan hidup ana sendiri. Maknanya semua cendawan yang ana senaraikan di bawah ni telah pernah ana makanlah kan. Dari ketika membesar di kampung sampailah ke hari ni sebagai ibu kepada anak-anak, Alhamdulillah. Jom kita tengok, sama ada korang sendiri pun pernah atau suka makan cendawan-cendawan di bawah ni.
Jenis-jenis cendawan yang boleh di makan
1. Cendawan kukur atau kulat sisir
cendawan kukur atau kulat sisir |
Lama sungguh tak jumpa atau makan kulat sisir ni. Kalau dulu di kampung ana Teluk Intan atau kampung suami di Kuala Lipis selalu juga dapat makan. Kulat sisir atau cendawan kukur ni biasanya tumbuh pada batang-batang pokok getah yang telah di tebang atau tumbang, Kalau musim hujan banyaklah tumbuhnya. Selalu kalau mak ana akan masak lemak cili api dengan kerang rebus. Masyaa Allah sedapnya teringin lah pulak, adoiyai. Kalau arwah mak mertua pula masak cara orang pantai Timur, di tumbuk dan di goreng dengan telur. Agak kurang kena dengan selera ana tapi tak salah mencuba kan. Cendawan sisir ni biasanya di kutip dan dikeringkan kemudian boleh di simpan lama. Bila nak masak tu kenalah rendam terlebih dahulu agar ia kembali lembut dan mudah di masak dan dimakan.
2. Cendawan busut
cendawan busut |
Ini pun sama juga cendawan yang biasa ana makan ketika di kampung dahulu. Yang bestnya kalau musim cendawan busut ni tumbuh kami tarik je dari permukaan tanah keliling rumah khasnya di kawasan pokok sawit di sekitar rumah arwah tok. Cendawan busut ni di permukaan tanah nampak kepalanya sahaja berwarna putih merata tanah. Agaknya nampak macam busut kecil sebab tu ia dipanggil cendawan busut ye tak? Korang tahu ke busut tu apa hehe :) Busut tu timbunan tanah yang dibina semut yang kelihatan seperti bukit tapi rendah lah had paras lutut je gitu. Cendawan busut ni mak selalunya masak kicap berempah dengan ikan bilis. Ermmm.. Sedap ya amat kalau yang pandai makan.
3. Cendawan telinga kera atau cendawan hitam
Cendawan telinga kera atau cendawan hitam |
Mesti korang terkujat kan baca cendawan telinga kera :) Ya, inilah nama cendawan ni yang kami panggil masa kat kampung. Tapi di bandar ni orang panggil cendawan hitam. Ianya lembik dan berwarn coklat, tapi bila di keringkan ia jadi warna hitam. Nak masak kalau hat yang kering tu kena rendam lembutkan semula. Cendawan ni sedap di masak sup bersama suhun dan fucuk . Kalau orang Cina suka makan cendawan hitam ni banyak khasiat kata depa. Ada jer di jual di pasaraya dalam pek yang dah di keringkan.
4. Cendawan Shitake
Kalau ikut dari segi nama macam cendawan dari Jepun lah kan. Sedap juga ana selalu beli yang kering atau pun yang segar dari pasaraya. Sedap masak dengan ayam buat masak kicap ala-ala kuah szling tu kan. Buat sup pun sedap.
5. Cendawan Enoki
Cendawan Enoki |
Satu lagi cendawan dari Jepun rasanya, bersaiz halus-halus sahaja dan selalu di jual segar di dalam peket kecil. Kalau di pasaraya NSK berhampiran kediaman ana ni sepeket cuma 90 sen sahaja. Ana suka beli dan masak sup atau pun buat cendawan goreng crispy pun sedap kan.
6. Cendawan Shimeji
Cendawan Shimeji |
Lebih kurang cendawan enoki tapi di dalam satu rumpun kecil dan saiz cendawannya pun besar dari cendawan enoki. Sedap masak tumis dalam sayur campur ataupun buat sup. Cendawan shimeji ni ada dua warna yang ana pernah jumpa sama ada warna putih atau warna coklat. Satu pek ni dalam RM3 selalu nya.
7. Cendawan tiram
Cendawan ni paling femes lah kan kat negara kita ni. Sedap masak lemak, masak sup atau goreng tepung pun sodap. Banyak di tanam secara komersil dan individu pun boleh je. Apa yang ana pernah lihat abang ipar tanam cendawan ni dalam botol sampai satu tempoh masa ia akan keluar dan boleh di petik segar. Se paket kalau beli di pasaraya dalam RM2 ikut gram.
8. Cendawan butang
Jarang beli yang segar selalu ana beli hat dalam tin untuk masak dalam sos spagetti. Tapi ada juga yang segar di jual dipasaraya. Cendawan butang ni masak apa pun sedap buh dalam mushroom soup pun tambah lagi sodap kan.
Inilah antara jenis-jenis cendawan yang pernah ana makan sepanjang perjalanan usia. Mungkin ada yang lain tapi tak terlintas pula di ingatan semasa menulis entri ni. Apapun masak cendawan memang sedap kan bagi penggemar menu dari cendawan.
18 Comments
Cendawan celup tepung sedap kan . Tak pernah makan lagi cendawan
ReplyDeleteowh Rabia tak pernah makan cendawan ye kena cuba ni :)
DeleteKulat sisir lah yg paling sedap di dalam hati. Haha
ReplyDeletebetul tu UN tapi orang kg je kenal cendawan sisir ni kan hehe :)
DeleteCendawan goreng sedap 😊
ReplyDeletememang sedap ejulz rangup je kan :)
DeleteSaya suka semua cendawan kecuali cendawan telinga kera tu. Pernah makan, tapi macam tak ada rasa apa-apa pun. Hahahaha.
ReplyDeletePaling suka, cendawan shitake dan cendawan tiram.
dalam tomyam, mesti mau ada cendawan.
cendawan shitake dalam sizzling. kalau makan sizzling, mesti mintak tambah shitake tu. yummeh.
haah sama MM kak ana pun tak suka sangat cendawan hitam tu :)
DeleteKulit sisir tu sedapnya.
ReplyDeletewahh pandai juga makan cendawan sisir ye JR :)
Deletedana peminat cendawan cuma shitake tuh dana tak minat yang fresh rasa dan bau dia tu sangat menusuk tapi kalau yg kering, macam masuk dalam mee claypot tu dana suka lak...
ReplyDeletekulat sisir tu dulu masa kecil selalu ikut arwah nyai cari kt batang getah yang dah lepas di bakar... sekarang ni dh ada orang jual yang jenis di tanam tau kak, kulat sisirnya besar dan nampak putih sebab di tanam bukan tumbuh liar...
owh macam tu ye DAna terima kasih berkongsi ilmu :)
Deletetak pernah masak cendawan. tak reti. tp sedap kalau pandai masak.
ReplyDeletehehe sama je masak nya IL :)
Deletesaya suka cendawan, tapi so far tak pernah petik sendiri. Takut terpetik yang beracun. Hehe. Paling suka kulat sisir dengan Enoki
ReplyDeletewah sal pun pandai makan kulat sisir, enoki pun sedap kan :)
Deletesedap semua cendawan mama suka
ReplyDeletemama peminat cendawan rupa nya :)
Delete