Jangan tak tahu ana ni suka sangat lah segala jenis kuih putu ni. Pantang jumpa kata orang, mesti nak beli dan nikmatinya. Ada beberapa jenis kuih putu kegemaran ana setakad ni. Nombor satu ana suka sangat kuih putu Perak, lepas tu putu piring, putu bambu dan putu mayam. Ada lagi satu, kuih putu beras yang tu hanya jumpa musim raya sahaja lah. Namun sekarang ni pun dah tak ramai yang menghidang kan putu ni untuk raya. Lain-lain kuih putu ni boleh je di beli di pasar tani atau pasar malam kat kawasan kediaman ana ni, Alhamdulilah senang nak beli kalau tiba-tiba teringin kan. 


kuih putu Perak 



Kuih putu Perak 


Kenapa namanya putu Perak, ana tak pasti. Agaknya kuih ni hanya ada kat negeri Perak lah kut ye hehe :) Dari kecil-kecil lagi, ana suka sangat makan kuih putu Perak ni kalau ke pasar malam atau pasar pagi di Teluk Intan dulu. Wajib beli masa tu murah jer kuih putu Perak ni dan hanya ada warna putih. Hat yang warna hijau dalam gambar tu , ana beli masa kat pasar tani sini Khamis lepas. Beza dengan putu Perak warna putih tu hanya lah pada intinya lah. Inti putu Perak biasa adalah kelapa parut yang dicampur dengan garam tapi inti nya pula kelapa manis gula merah. Pada ana, lebih sedap lah putu Perak dengan inti originalnya kelapa putih bergaram tu. Putu Perak ni sekarang harganya RM1 seketul depa jual satu pek tu RM5 ada 5 ketul. 



putu mayam 


Putu Mayam 


Putu mayam dulu-dulu merupakan makanan orang India tapi sekarang ni Alhamdulillah dah ada orang Melayu kita yang buat dan jual. Kalau di pasar tani Bandar Country Homes ni, memang ana beli dengan orang kita ni lah, 5 keping saiz kecil tu cuma RM2 sahaja. Ada gula perang dan juga kelapa parut untuk di makan bersama. Sedap kan makan panas-panas. 


putu piring 



Putu piring & putu bambu 


Ini pula putu piring. Sebenarnya kuih putu ni sama sahaja rasanya cuma berbeza dari segi bentuk sahaja. Kalau putu piring ia guna acuan berbentuk piring nipis tu. Kalau putu Perak dalam acuan bunga dan putu bambu pula dalam acuan buluh, sebab tu di panggil putu bambu. Bahan-bahan asasnya tetap sama tepung beras, inti sama ada kelapa atau pun gula merah. Cuma di tukar-tukar sahaja lah kekdahnya. Semua jenis kuih putu ni akan di masak secara teknik kukus. 



Putu bambu 


Pas tu di makan lah dengan kelapa parut, ada inti gula merah yang di letak di dalamnya. Makan putu ni jangan sambil bercakap mahu tersembur di buatnya sebab tepung beras ni lerai dengan mudah. Apapun ia memang antara kuih kegemaran ana sampai ke hari ini. Kalau dapat tu habis hati lah, tak nak yang lain dah. Inilah selera anak kampung kan :) Korang suka makan kuih putu yang mana ? Cer cerita..cer cerita. 

14 Comments

  1. Sedap makan panas-panas..lembut je..putu piring,putu mayam,putu bambu..putu perak ni PC agak kurang la kak Ana.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Lama dah tak makan putu.

    ReplyDelete
  3. putu maya, putu bluh my favourite

    ReplyDelete
  4. nieyl suka makan putu mayam yg mee halus tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Nieyl putu mayam halus2 tu makan dengan gula merah dan kelapa parut :)

      Delete
  5. dana suka putu piring dan putu bambu... putu perak tak pernah jumpa, putu mayam pernah makan tapi tak berapa minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. putu perak tu agak rare dah sekarang ni Dana :)

      Delete
  6. Betul, dulu ada satu gerai kuih dekat belakang stesyen bus lama teluk intan. Putu perak dia sangat-sangat sedap.. Yang menjual tu anak saudara Arwah tokwan. Cuma saya tak ingat putu perak tu dia buat sendiri atau orang yang letak.. MAsa tu saya kecik lagi.. putu buluh yang sedap jual di pekan sabtu kg chenderong balai. Putu mayam pulak uncle pin pin pon pon datang jual dengan motor seminggu 2 kali. Rindunya.. kat sini kalau nak rasa putu buluh yang sedap, saya beli putu bamboo world..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ye ke OP selalu kalau yang ana beli masa kat teluk intan dulu tu kat pasar malam sahaja lah memang sedap kan :)

      Delete