Tak pasti nak cerita ianya adalah permainan sekitar tahun 90an ataupun sebelum daripada era tersebut pun dah ada antara permainan-permainan yang akan ana kongsikan di bawah ini. Malahan ketika tahun 80an lagi zaman ketika ana membesar pun dah ada permainan-permainan ini kami main bersama kawan-kawan sekolah mahupun adik beradik sepupu sepapat. Kira zaman permainan kanak-kanak tanpa gajet lah senang cerita. 

Waktu itu selain dari permainan fizikal yang memerlukan pergerakan tubuh berlari, melompat, menyorok dan sebagainya macam aci kejar, aci nyorok, galah panjang, zero point dan lain-lain lagi yang mana kesemua permainan ni kami kena menggunakan tenaga , ada juga indorr game atau pun tak perlukan kekuatan fizikal untuk menang, tapi ikut nasib dan tahap kebijaksanaan lah kononnya. 




Korang tahu ke aci kejar dan aci nyorok tu apa ? Haa!! Tak ada kaitan pun dengan mana-mana aci India ye, aci kejar tu main kejar-kejar lah sampai menang dan aci nyorok tu pulak, geng kena menyorok sebaik mungkin tanpa dapat dijumpai oleh seorang yang "jadi" pencarinya. Yang 'jadi' kena cari tu kira yang kalah undi lah selepas di one two jusss atau pun laililaitamplong. Tahu ke apa benda pulak tu, ermm... hat tu nanti lah nak cerita panjang pula mukadimahnya nanti, hehe :) 

Ana sebenarnya seronok sangat bila nak bercerita kisah nostalgia dulu-dulu ini. Ia bakal mengimbau kenangan silam zaman kanak-kanak dan ada antara di bawah ni anak-anak ana sendiri pernah juga melaluinya. Mereka membesar tahun 2000 tapi di awal tahun 2000-2010 tu belum lagi gajet mengusai anak-anak ni. Mereka masih bermain permainan dalaman dan berkejaran bersama kawan-kawan dan jiran, main masak-masak, anak patung dan sebagainya. Masih ada lagi koleksi permainan anak-anak ana simpan di dalam kotak di stor. Cuma kini dunia internet mengambil alih alam kanak-kanak sehinggakan dari seusia setahun lagi dah kenal gajet. 

Meh laa kita bercerita beberapa jenis permainan kanak-kanak dahulu yang mana baru-baru ini Adik Ika ke Central I-City dan terjumpa kedai yang menjual permainan dan produk lama iaitu Child Hood. Dia lah yang ambil gambar dan hantar pada ibu, suruh ibu buat entri katanya. Anak blogger kan, tahu je apa yang ibu nya nak tulis dan terbitkan. Anak-anak dan suami sebenarnya merupakan supporter terdekat dalam penulisan ana di blog ni. 

Permainan kanak-kanak 90an 


Permainan Jutaria 

Permainan Jutaria 


Ini permainan Monopoli versi murah . Namanya Jutaria . Waktu anak-anak ana sekolah rendah dahulu memang depa main permainan ni sebelum ana beli kan set Monopoli original keluarann SPM untuk reward kecemerlangan Kak Long atau Adik ana tak berapa nak ingat dah. Tapi sebelum depa cerdik dalam permainan Monopoli sebenar, Jutaria ni lah yang depa main bersama anak-anak jiran ketika kami tinggal di Ukay Perdana . 

Jutaria ni masa tu murah jer, RM2 kalau tak silap, kertas nipis jer pun wang, papan dasar dan cip, rumah, hotel pun plastik kecil-kecil jer, Bertabur lah hilang memanjang, pastu minta nak beli lagi. Sudahnya duit kertas Jutaria ni juga lah depa buat main beli-beli , kira macam bermain jual beli lah dengan anak-anak jiran. 


Kad permainan Happy Family, Old Maid, Donkey dan Snap 


Kad permainan Happy Family, Old Maid, Donkey dan Snap 


Game card ni dah ada zaman ana lagi sampailah sekarang pun masih ada di jual dan di mainkan. Kesemua game card ni perlu dimainkan dalam kumpulan lebih dari dua orang baru boleh jalan. Old Maid dan Donkey permainan tarik kad yang disembunyi kan gambarnya ( terbalik ) oleh rakan secara bergilir. Sampai dapat gambar yang sama, asing kan dan yang pertama habis dikira pemenang. Tapi siapa yang berakhir di tangan nya ada kad Old Maid atau Donkey kira kalah. Haha!! 

Happy Family pula di mainkan dengan cara meminta ahli keluarga kad dari kawan-kawan. Kira main terjah lah siapa yang ada ahli keluarga kad supaya lengkap lah satu family. Contohnya bapa, mak, anak perempuan atau anak lelaki keluarga Bone. Haha teringat pula nama keluarga ni. Masa kami main dulu kami cakap Inggeris lagi, " Can I have Mrs Bone, please ? " . Pastu kalau orang yang kita minta tu tak ada kat dia Mrs Bone, depa akan jawab " sorry.. not at home !". Kann.. mesti korang ingat kalau korang pernah main ni. 

Snap pula, main letak kad yang diterbalikkan yang kita tak tahu gambar apa pada kita. Bila tiba giliran kita, letak kad dan sebut Snap!, kalau gambar pada kad tu sama dengan yang diletakkan sebelumnya, semua kad yang ada terkumpul jadi milik kita. Pemenang di kira pemegang kad terbanyak, gituuu :) 



Permainan ceper atau penutup botol 


Permainan ceper atau penutup botol 


Gigih lah kutip penutup botol kalau jumpa kat tepi kedai dedulu nak main ceper ni kat sekolah. Permainan ni lebih di main kan oleh kanak-kanak lelaki, tapi ada jer kanak-kanak perempuan pun bermain. Zaman anak-anak dulu ceper ni dah ada dijual, depa tak lah kutip penutup botol macam zaman ibu ayah dedulu. Setiap game kena ada 5 penutup botol dan memerlukan kepakaran dalam menimbang dan tuju tudung botol itu atau kami panggil dulu "tembak" sampai terbuka penutup botol tu. Pemenang di kira melalui beberapa tutup botol yang didapati.


Anak patung kertas ( Paper Doll ) 


Anak patung kertas ( Paper Doll ) 


Ini permainan lejen lah zaman berzaman untuk kanak-kanak perempuan. Dulu-dulu satu set anak patung kertas ni murah sangat dalam beberapa sen sahaja harganya. Dalam tu adalah satu " orang " nya yang cantik dan disertakan beberapa keping baju yang boleh ditukar-tukar, kasut, beg tangan dan sebagainya. Kan main seronok tukar-tukar baju anak patung tu. Tak cukup siap buat sendiri baju anak patung kertas ni dari kertas lukisan dan warnakan dengan Magic Colour. Kami dulu buatkan baju kurung lah, kebaya lah sebab anak patung ni bukan Melayu, hehe :)  Kalau anak-anak ana pantang jumpa yang tak ada lagi dalam koleksi depa mesti nak beli. Sebab akan dapat baju yang fesyen berlainan dalam setiap set. Penuhlah kotak kasut depa isi anak patung kertas dengan baju-bajunya dan masih ada sampai laa nii. 



Permainan sepak bulu ayam 


Permainan sepak bulu ayam 

Haa .. hat ni permainan budak lelaki. Eh! Cantik pula kan bulu ayam berwarna warni tu. Cara permainan ni menguji kecekapan pemain mengawal dan menimbang bola bulu ayam seberapa lama yang mungkin supaya bola itu tidak jatuh ke tanah. Nak cerita panjang pun ana tak tahu main dia macam mana sebab tak pernah main. Tapi kami gergirl dulu ada juga kumpul bulu ayam berwarna-warni ni buh dalam buku. Konon simpan lama-lama nanti bulunya beranak. ambik ko! Bulu beranak tu :) Maksudnya bila kita simpan dalam buku nanti adalah naik cambah bulu halus yang baharu, idaklah beranak pinak hehe :) 

Begitulah bila sesekali mengenang nostalgia silam. Semuanya yang indah-indah sahaja zaman yang pernah dilalui mencoretkan perjalanan kehidupan. Syukur Alhamdulillah, atas pinjaman usia dariNya. Semua yang telah kita lalui adalah satu kenangan dan baki usia yang masih hadir harus di isi dengan mencari bekalan. 

29 Comments

  1. ceper tu dulu selalu kutip kat kedai je, dulu kan banyak orang jual oren bodo tu... mesti ada cepernya

    paper doll tu dana selalu buat sendiri je kak, macam-macam gaya dan fesyen heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu DAna, gigih lah kutip ceper nak buat menan hehe :) Ye, kak ana pun buat sendiri baju2nya cuma orangnya tu kepala selalu patah kan hehe :)

      Delete
  2. rare teringat zaman kanak2

    ReplyDelete
  3. salam singgah. aduhhh menggamit kenangan lah. terus teringat masa sekolah rendah dulu. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu lah kadang-kadang kak ana suka mengimbas nostalgia silam di blog ni UN :)

      Delete
  4. Jutaria memang zaman sekolah Naim selalu bawa masa akhir2 musim persekolahan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pas tu hilang bertabur beli lagi kan Naim :)

      Delete
  5. paper doll tu menggamit kenangan sungguh. lepas balik tusyen masa sek rendah dlu, suka singgah kedai runcit cina dan beli paper doll. balik rumah, main dgn adik.

    ReplyDelete
  6. kami dlu main tudung botol (tudung ceper), siap amik dr kicap kipas udang mak, sempat main sahibba, saidina, patung kertas tukar baju.
    Sepak bulu ayam je tak pernah main, biasa timbang je guna bola takraw abang2..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha haah sepak bulu ayam tu mainan kanak-kanak lelaki :)

      Delete
  7. amboiii ceper sekarang dijual dlm plastik yek Ana...zaman saya dulu kutip2 basuh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Linda, bukan ceper je, batu seremban pun dah berbeli sekarang, kita dulu semua kena kutip sendiri hehe :)

      Delete
  8. sempat juga saya main permainan tudung botol tau !

    ReplyDelete
  9. Ceper tu awal tahun 60an wak dah main

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lejen kan wak , masa tu penutup botol kicap la yer hehe :)

      Delete
  10. Yang penutup botol tu memang permainan wajib. Tunggu je botol kicap baru dibuka sebab nak ambil penutupnya. Saya yang lahir hujung zaman 90an sempat lagi main permainan di atas. Sebab merasa ada smart phone pun masa form 3.

    ReplyDelete
  11. Pernah main jugaa. Haha
    Kenangan betul laa.

    ReplyDelete
  12. permainan ceper / tutup botol tu, dulu asyik tanya je makcik jual air tu, ada tudung botol yang dah tak digunakan.. nak buat main hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kak ana dulu kena kutip tepi jalan nin PAdin :)

      Delete
  13. kembali mengimbas zaman kanak-kanak... terasa manis!

    ReplyDelete