Korang rimas tak kalau pakai earphone tapi berbelit lah wayarnya kan sambungan dari telefon ke telinga tu. Tak yah rimas sangat dah sebab kini adanya earphone terkini yang sejajar dengan perkembangan teknologi.  Kalau nak ikut kan perkembangan teknologi ni memang tak terkejar lah kan. Tapi begitulah arus perkembangan teknologi bersaing antara satu sama lain yang menawarkan pelbagai perubahan dan penambahbaikan kepada pengguna. Hari demi hari laju sangat perlumbaan antara jenama khasnya smart phone ni bersaing. Semuanya ingin memberikan yang terkini dan terbaharu dalam arena dunia maya, informasi dan hiburan. Dah nama lagi telefon pintar, pastilah segalanya adalah yang terkini. 




Petang semalam 14 Januari 2020, ana berkesempatan sekali lagi ke satu event perlancaran rangkaian telefon pintar dan aksesori realme . realme Malaysia sebagai satu jenama yang makin pesat berkembang hari ini mengakhiri tanda tanya peminat seluruh negara dengan melancarkan dua produk yang dinanti-nantikan iaitu realme Buds Air dan telefon pitar realme 5i sebagai ahli baharu keluarga siri kelima realme. Selain pelancaran pengenalan bagi tahun ini, realme Buds Air juga merupakan produk loT pertama realme. Tahniah ! Hebat realme kann 👍




Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, " Tahun lepas merupakan tahun yang menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa produk satu lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. Hari ini, kami memulakan tahun 2020 dengan satu lagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air. Tidak lupa juga, realme 5i dengan yang dikenali sebagai produk Quad Kamera Raja Bateri. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya tersendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri."

realme Buds Air - True Wireless, Smart Assistant


realme Buds Air


Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya di tambah baik dengan :

~ custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar.

~ prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar ( smart assistant ) yang menyenangkan.

~ dioptimumkan dengan Mod Permainan ( Game mode ) yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi mod biasa adalah 243.8ms, manakala mod permainan adalah 119.3ms. Inilah yang menjadi kesukaan dan idaman mobile gaming tegar kan.



~ dilengkapi dengan 2 mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaringkan  sebarang bunyi latar belakang. Contohnyalah ketika membuat panggilan suara anda akan tetap jelas walaupun suasana yang bising. Wahh!! Ini ana suka. 

~ Pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam.



~ realme Buds Air mempunyai reka bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terinteraksi dengan telinga anda. 

~ realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar ( smart touch ) dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suaraserta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. 


realme Buds Air


~ Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat seperti cuaca. 




Wahh!! Hebat sangat kan. Mesti korang tak sabar nak mencubanya sendiri, Dan mesti korang nak tahu berapa kah harga realme Buds Air ni kan ? Harga pasaran realme Buds Air adalah RM299 dan untuk satu hari sahaja pada 21hb Januari 2020 bermula 12Am dengan pembelian secara online di Shopee ianya cuma berharga RM199 sahaja.. Cepat korang!! Marked the date dan serang Shopee cari realme Buds Air di http://bit.ly/shopeetws 



realme 5i - Quad Camera Battery Hero


Petang itu turut juga di lancarkan realme telefon pintar realme 5i. Model ini dikuasai oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm Al Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya. Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari.




realme 5i juga dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. Bagi ciri kamera utama ( 12MP ), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utama juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak. 




Nilai estetik realme 5i mempunyai reka bentuk Matahari dengan kesan biji-biji dibahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima paksi Jerman yang terkemuka di industri, realme 5i boleh didapati pada dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green




Harga pasaran realme 5i adalah RM599 dan jualan online pertama di Lazada pada 28hb Januari 2020 bermula jam 12AM di http://bit.ly/lzdr5i dan jualan offline pertama pula pada 18hb Januari 2020 nanti. 

Untuk perlbagai informasi terkini dan promosi boleh sahaja layari ke :

Facebook realmeMalaysia

Instagram @realmemalaysia



8 Comments