WW : Nostalgia almari lama

Pinjam sekeping foto dari facebook.. Teringat almari lama mak di kampung dulu-dulu. Inilah gayanya, almari kaca hiasan rumah zaman dahulu sekitar tahun 1980-an. Dalam tu mak susun pinggan mangkuk kaca. Nak lawa lagi alas lah dengan kertas hadiah atas lapisan papan lantai almari tu. 




Pastu ingat jugalah mak saudara ana tambah tisu lipat tiga  segi berderetlah kat lapisan lantai almari tu. Atas almari tu pun ada alasnya juga , kalau tak kain seperah berjahit bunga dengan sulam benang , ada yang alas dengan hasil kait benang bulu kambing. Macam-macam design ada yang kait jadi motif buah nanas, motif bunga. Ana ni pernah lah belajar mengait ni dengan mak saudara tapi tak pandai-pandai sampai ke tua 😊😊

Zaman dah berubah, sekarang ni macam-macam design almari hiasan ada. Lawa-lawa dan mengikut tema dekorasi rumah tersendiri. Ana sendiri suka dengan almari hiasan kaca di ruang tamu rumah. Kalau ke Ikea tu memang rambang mata, semua almari hiasan ka sana murah harganya dari kedai perabot dan design yang moden dan mudah di suai pakai mengikut ruang. 

Begitulah kehidupan yang berputar mengikut arus masa. Tak mustahil satu hari nanti design almari lama ni kembali menjadi trend. Dan bagi mereka yang mempunyai koleksi perabot antik pasti almari sebegini adalah sebahagian dari hiasan rumah. 


WW : Nostalgia almari lama WW : Nostalgia almari lama Reviewed by Ana Jingga on January 08, 2020 Rating: 5

4 comments:

  1. kat rumah mak dan arwah tokwan masih ada almari ni dan ada banyak barang2 lama dalam tu ^_^

    ReplyDelete
  2. bila ingat balik benda2 lama ni, terus rasa bestnya hidup zaman dulu.. skg ni serabut otak perkembangan dunia terlampau pesat sgt fuhhh

    ReplyDelete
  3. kat rumah atuk pun masih ada almari lama gini... dulu sini lah simpan nya pinggang mangkuk alcorok (mcmne nk ngejanya entah) duduk la tersusun cantik, dengan macam-macam corak yang lawa, yang mampu di guna time kenduri atau time raya...
    rumah dana kt kampung dulu ada skrg dh entah mana entah...

    ReplyDelete
  4. Kat rumah Lya ada satu Kak Ana.. yang arwah nenek punya. Mmg bawak balik ke Kuantan sbb suami suka barang2 antik.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.