Ada orang panggil ini kuih sagu, kalau kami kat kampung Teluk Intan pula panggil kuih abok-abok sagu. Panggilan nakal budak-budak dulu pula ialah kuih golek gelantang. Golek gelantang tu maknanya duk bergolek-golek tak tentu arah suka-suka golek sana sini, gituew. Sebabnya kuih sagu ni kan lembik, bila nak kenakan kelapa parut tu kan kena golek-golekkannya , sebab tu masa kecil-kecil kami panggil kuih golek gelantang. 

Ada setengah orang pula kuih abok-abok tu depa isi dalam kelongsong daun pisang. Ikutlah mana yang telah di warisi ye tak. Lain tempat, lainlah namanya. Tapi kalau dari segi rupa paras dan rasa tu, tak banyak lah bezanya. 


Kuih abok-abok sagu 
 
Kuih sagu ni, Kak Long yang buat dengan opahnya masa dia tinggal di kampung minggu lepas. Dua minggu juga dia duk kampung dengan tok dan opah. Hari-hari ada sahaja menu yang di masakkan untuk tok dan opah. Siap order Food Panda lagi, nak bagi tok dengan opah merasa katanya. Resepi kuih sagu ni jenis yang berkukus, dan resepi asal dari blog masakan Azie Kitchen. Ana terbitkan semula disini untuk rujukan yang mencari dan juga ana sendiri tak pernah lagi buat kuih sagu jenis berkukus ni. Selalunya ana kacau atas api dan sejukkan terus. Ini jenis kukus pula. Sedap kata Kak Long, opah pun suka. 

Resepi dan cara masak kuih sagu kukus


Bahan- bahan:

2 1/2 cawan air

1 cawan sagu

3/4 cawan gula pasir

Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah

Sedikit kelapa putih + sedikit garam - gaul




kuih sagu kukus

Cara cara masak kuih sagu kukus:

1. Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Bila air dah telah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.

2. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga pekat.

3. Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 - 30 minit).

4. Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih. Siap untuk dihidangkan.

Sekali sekala makan memang sedap kuih tradisional lama ni. Sejuk je masuk dalam tekak kan. Sesuai buat minum petang dan antara menu potluck yang selalu juga di bawa,  ataupun menu kuih untuk kenduri bersama puding jagung kalau di kampung dedulu. Tak pun menu berbuka puasa bila dah buntu nak masak pencuci mulut, hehe :) Selamat mencuba, naa !!

10 Comments

  1. Replies
    1. haha opah2 suka sebab lembut tak yah kunyah opah dah tak ada gigi ye dak :)

      Delete
  2. Kueh ini juga di kenali dengan nama "toothless delight" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..tak ada gigi pun boleh makan hehe :)

      Delete
  3. saya antara suka makan ni kuih ya

    ReplyDelete
  4. Lama lah tak makan kuih ni.bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa sesekali rindu nak makan kuih lama2 ni :)

      Delete