Resepi ni antara yang hit sangat FB Page Anajingga Dot Com. Post reach mencecah 1 juta lebih, ribuan share dan like. Mungkin ramai yang lebih suka dan selesa membuat kek dengan sukatan cawan sahaja kan. Senang kerana bukan semua rumah ada penimbang bahan. Kalau guna cawan mudah lah sangat, semua rumah pasti  ada cawan ye tak :) Tak kiralah cawan kaca ke, plastik ke, janji korang nak sukat bahan-bahan tu kena lah gunakan cawan yang sama sahaja. Kalau tak adunan korang tak berapa menjadi nanti, tau. 

Resepi kek coklat ini juga mudah kerana ia menggunakan teknik kukus.  Dari komen-komen yang ana baca, ramai yang menjadi resepi ini dan ada juga yang menggunakan resepi ini untuk jualan kek mereka. Alhamdulillah. Sebenarnya, adunan kek ini boleh sahaja kalau nak masak dalam loyang ataupun dalam acuan kecil-kecil untuk jualan pek plastik mahupun dalam cup kertas. Ikutlah pilihan masing-masing. Cuma ana gunakan loyang bulat bersaiz 8 in untuk adunan kek coklat kukus. 


Resepi Kek coklat Kukus Sukatan Cawan




Kek Coklat Kukus sukatan cawan 


Bahan2 :
1 cwn serbuk koko
1cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
-semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalan periuk kukusan.

Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil sodabbikarbonat
1 sudu kecil baking powder
-adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dengan api sederhana. Nak tau masak cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat dah masak.
.
Kredit Resepi Nor Juliana Isa via Buku Resepi

Resepi kek kukus yang sama tapi ana olah semula dengan menggunakan tepung kek naik sendiri, oleh itu ana tidak menggunakan soda bikarbonat atau serbuk penaik lagi. Caranya juga ana gunakan mixer dan bukan blender. Bolehlah tonton di youtube channel di bawah ni, jangan lupa like dan subscribed naa :)


10 Comments

  1. dana pernah gunakan resepi ini kak, rasanya masa awal-awal kawin dulu pernah buat kek kukus sukatan cawan gini... sedap moist sangat

    dana walaupun ada penimbang tapi lebih suka sukatan cawan, mudah kerja hehehhehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang Dana guna sukatan cawan ni selalu menjadi je kan resepinya :)

      Delete
  2. lama xbuat kek.. boleh try ni.. sukatan cawan lg senang..

    ReplyDelete
  3. baru semlm godek godek utk resepi kek kukus coklat.
    plan nak buat this weekend :) in shaa Allah.
    ari tu buat burnt ciskek, sukses! terus tak nak ubah resepi dah, AJ.
    sesuai dgn tekak sefamili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh tak pernah lagi buat burnt ciskek tu aida :)

      Delete
  4. ye setuju, saya pun lebih suka guna sukatan cawan ^_^

    ReplyDelete
  5. Betul.. biasanya sukatan cawan ni selalu menjadi... sebab lebih senang untuk agak

    ReplyDelete