Korang dah sarapan, belum ? Mesti jemu juga kan menu yang sama jer sarapan ni, tak nasi lemak, mee atau mihun goreng, tak pun kuewtiau, tak pun roti canai dan lain-lainnya. Sesekali dapat sarapan pagi western sedap kan, nak pula makan bersama keluarga di satu lokasi yang rare dari kebiasaan. Haa!! Inilah yang ana nak share dengan pembaca www.anajingga.com , hari ini. Kisah ana sarapan pagi rare di Kuala Lumpur ni sahaja tempatnya. Kat mana tu ?? 



Hari Ahad lepas, ana sekeluarga macam selalu plan nak jalan-jalan KL. Adik Ika nak cari baju untuk ke kelas masuk sem baharu nanti. Sehari sebelum tu duk tengok lah kat FB BBQ Lamb KL Kemensah dah ada menu sarapan pagi. Dalam kul 8 lebih bergerak dah dari rumah. Teringin pula nak sarapan pagi di tepi sungai dengan udara yang nyaman kat sana. Sebelum ni kami dah pernah makan malam dalam sungai kat sini, kisahnya pernah ana terbitkan di SINI . Jadi kali ni kita try datang pagi pula? Okay ke tidak suasananya di waktu pagi. 


Sarapan pagi di BBQ Lamb KL Kemensah 




Sampai dalam pukul 9:15 minit pagi macam tu, laluan masuk ke Kampung Kemensah dah mula ramai kenderaan. Maklumlah hujung minggu macam-macam aktiviti ada kat atas sana tu, ada yang berbasikal, bermain ATV , berkelah mandi manda, kan. Kami cuma nak pii makan sarapan sahaja lah. 



Tiba di BBQ Lamb KL Kemensah, terjumpa pula Tuan Zainuddin dan Puan Mie Mie, pemilik BBQ Lamb KL Kemensah ni. Sempat borak sekejap, kami pun order dahulu menu sarapan di kaunter, sementara suami cari lokasi nak duduk makan. Kata Tuan Zainuddin, pepagi tak buka meja dalam sungai, sejukkk. Haah, betul sejuk air sungai pepagi ni, nyaman sangat. 



Kami pilih meja di seberang sungai. Nak sampai meja tu kena lintas jambatan kayu tumbang, memang menarik lah. Anak-anak suka lah benda-benda macam ni. Sementara menu sampai, Adik Ika dan Kak Long duk main air sungai yang mengalir jernih sangat dengan deruannya yang cukup mendamaikan jiwa. Terlalu dekat dengan alam semulajadi ciptaan Tuhan. 




Ramai juga pelanggan yang ada pagi ini. Nasib baik masih ada tempat duduk yang cun tepi sungai ni. Kalau tak kena duk dekat kaunter sana, tak best lah pulak, jauh dari sungai kan. Tak sampai beberapa lama, kopi O panas yang kami order pun sampai. Perghh!! Sedapnya lah minum kopi O panas tepi sungai yang sejuk ni. Nostalgia sungguh macam kat kampung-kampung pula rasanya. 



Lepas tu sampailah menu sarapan pagi kami. Untuk pengetahuan korang, sarapan pagi di BBQ Lamb KL Kemensah ni bertema kan western breakfast yang di masak secara BBQ, atau panggang lah kan. Ada beberapa set menu pilihan dan ia sekali dengan satu cawan minuman panas, dan soup of the day mereka. Meh tengok apa menu yang kami makan untuk sarapan pagi di BBQ Lamb KL Kemensah Ahad lepas...




Haa!! Tergoda tak dengan menu sarapan pagi kami ni. Okay ada 4 Set pilihan yang boleh korang pilih dan antara set menu tu sama ada jumbo cheese sosej, kepingan lucheon, garlic bread, telur mata kerbau, baked bean, fries, hash brown, baked potatoes, salad dan juga menu daging itik BBQ atau lamb BBQ. Ikutlah cita rasa masing-masing. Set ini datang sekali dengan minuman panas serta soup . Pagi tu kami dapat lamb soup dia, memang power. 









Memang sedap lah kan, tengok gambar dah tahu dah ye tak? Ana paling suka jumbo sosej tu, sedap di bakar dalam asap, jadi aroma smoky taste tu yang jadikan ia rare dan unik sangat. Pertama kali rasa sosej sesedap ni sebab selalunya kita goreng je sosej kalau kat rumah tu. Daging itik BBQ tu tak yah cite lah memang sedap, lembut isi nya.  Senang cerita meh datang dan try sendiri keunikan sarapan pagi di sini. 




Berapa harga set menu sarapan pagi di BBQ Lamb KL Kemensah ni ? Jangan tanjat naaa!! Harga dia cukup berpatutan. Setiap set sarapan pagi ini berharga dari RM10 ke RM15 sahaja. Murah sangat komer... Kat tengah-tengah bandaraya KL ni, nasi lemak berlauk sahaja pun ada yang berharga RM10 tanpa air. Ini pula set western BBQ macam ni, ermm.. sangat reasonable.  Makan pula dalam suasana pagi yang hijau, desiran air sungai yang jernih dan sejuk.. Tak caya layan video yang ana terbitkan di bawah ni.. korang nikmati dulu desiran aliran sungai diaa..





Jadi kalau korang nak shopping, ronda-ronda KL hujung minggu area Taman Melawati ke, singgah dahulu sarapan pagi di BBQ Lamb KL Kemensah ni sambil makan, sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Masyaa Allah... satu pilihan yang terbaik pada ana. 



*Waktu operasi *

 *Isnin~Jumaat .*
12pm~10pm(last order 9pm)

 *Jumaat.*
4pm~10pm(last order 9pm)

 *Sabtu, Ahad & Cuti Umum *

8am~11am
 *(breakfast)*

Sessions
12pm~2pm.                2pm~4pm.                      4pm~6pm.                   6pm~8pm.                            8pm~10pm.           
( *last order 9pm)*



Sebar wasap.ang pertanyaan sila hubungi :
wasap.my/60122114100  (Zainuddin)

Location Bbq Lamb Kemensah.

 *Google map*
https://goo.gl/maps/YxpwHeR9j6p

 *Waze* https://waze.com/ul/hw2867cmx3

Layari ke FB Page :

 *Untuk Menu* :

16 Comments

  1. Dah berapa kali plan nak pergi nak pergi tapi tak sampai-sampai juga huhuhu...sedapnya laa makan di tepi sungai gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah satu masa nanti sampai lah SL ke sini :)

      Delete
  2. dekat sangat dengan umah dana nih kak tapi asik la tak pernah sampai lagi, sekarang untuk sarapan pun dh ada yek... menarik semua menu tuh... jarang ada jumpa menu western selain kat hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Dana sarapan hujung minggu jer ada, boleh lah pii tak ramai kalau time sarapan ni berbanding lunch atau dinner :)

      Delete
  3. perghhh sarapan hidangan mewah dengan tepi sungai, best nya ^_^

    ReplyDelete
  4. kolin pernah pergi masa dinner. Sarapan much more nicer sebab nampak view sungai tu

    ReplyDelete
  5. Selalu baca review tentang tempat ni. Nak kena singgah jugak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah satu hari nanti Azi sampai juga ke sini :)

      Delete
  6. Ya allah sedapppnyaaa rabia belum sampai ke sini lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah satu hari nanti ada rezeki sampai lah tu rabia, aamiin

      Delete