Setiap kali tibanya Ramadan, pasti menggamit kenangan zaman silam, merindui menu-menu masakan ibunda di kampung tercinta. Bagi yang masih punyai ibunda pasti masih berkesempatan merasai air tangan mereka namun untuk mereka yang telah tidak punyai lagi, hanya kenangan yang akan terus terimbas setiap kali tibanya Ramadan Kareem. Namun kini, terdapat pelbagai juadah yang bakal kita nikmati khasnya ketika iftar Ramadan kelak dari sajian chef-chef ternama yang mengambil inspirasi resepi masakan warisan keluarga mereka untuk kita nikmati bersama insan-insan tersayang. 




Berkesempatan menghadiri majlis preview Ramadan di Kuala Lumpur Convention pada 10 Mac 2020, ana di sajikan dengan pelbagai menu resepi warisan keluarga beberapa orang chef. Mereka mengambil inspirasi resepi nenek dan ibu masing-masing di kompilasikan dengan pilihan dari pelanggan yang setia memilih menu-menu kesukaan mereka. Hasilnya Kuala Lumpur Convention Centre memilih tema Memoir Ramadan – Menggamit Kenangan Zaman Silam untuk santapan para pelanggan yang bakal memenuhi ruang makan di Banquet Hall, aras 3 , KL Convention Centre, KLCC. 





Kuala Lumpur Convention Centre kembalikan kenangan indah bulan Ramadan dengan ‘Resipi Asli Turun-Temurun’




Kenangan indah dan keseronokan ‘Balik Kampung’, keghairahan menantikan album terbaru istimewa untuk musim ‘Raya’ dan kegembiraan keluarga berkumpul membuat kuih ‘Raya’ telah mendorong Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) untuk menghidupkan semula kemesraan ini dengan ‘Memoir Ramadan’ yang akan membawa pengunjung yang datang untuk berbuka puasa pada tahun ini ‘Menggamit Kenangan Zaman Silam’.




Pada bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, pelanggan dapat merasai dan menikmati ‘Resipi Asli Turun-Temurun’ yang disediakan khas dengan sentuhan pasukan cef Pusat Konvensyen yang memenangi berbilang anugerah. Kebanyakannya diilhamkan oleh resipi tradisional yang diwarisi turun-temurun dalam keluarga mereka dengan tujuan untuk membawa pelanggan mengimbau kenangan masa lampau. Menu berbuka puasa Ramadan tahun ini untuk orang ramai dan pelanggan korporat meliputi campuran sajian tradisional dan moden serta juadah kegemaran bulan puasa, antara lain termasuk sup tulang rawan kicap bersama sambal cili padi hasil sentuhan Chef Bahar; gulai pedas cili api udang bersama nangka muda masakan istimewa Chef Asri; daging gulai kawah oleh Chef Rezal; dan daging masak hitam daripada Chef Imran









Ana dah cuba sendiri Daging Masak Hitam dari Chef Imran yang mengambil resepi nenek nya. Memang lembut daging masak hitam ni, cukup rasa pedas, cukup lemak manis rasa ramuan adunan resepi nya. Ni pekena makan dengan nasi putih pun dah cukup sedap, apatah lagi, deretan sajian menu masakan silam yang lain yang ada di gerai-gerai buffet Ramadan di sini. Antara yang ana suka adalah kerabu perut, tumis ikan masin dan makan pula dengan ikan pari bakar cicah pelbagai pilihan air asam dan sambal. Memang terubat rindu kepada air tangan nenda. 




Menurut Cef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Bin Jaafar, “Untuk benar-benar memberi makna ‘Memoir Ramadan’, pasukan kulinari kami yang kreatif khasnya telah mencipta 20 sajian kegemaran ramai berasaskan resipi tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun.”




Bukan setakad menu-menu utama, antara sajian warisan silam yang pasti di rindui ramai adalah menu pencuci mulut sajian desa warisan antaranya Sira Ubi Kayu, Tapai ubi dan juga Tapai pulut serta Serawa Durian di makan dengan pulut. Sangat-sangat menggamit nostalgia Ramadan di kampung halaman. Tak lupa juga buah-buahan tempatan seperti jambu , nangka, buah pulsan, pisang dan sebagainya. 










“Kami benar-benar teruja untuk memperlihatkan ‘Resipi Asli Turun-Temurun’ barisan cef kami kepada pelanggan. Sebagai contoh, gulai pedas cili api udang bersama nangka muda oleh Chef Asri berasal daripada neneknya, yang akan menghidangkan sajian istimewa ini pada hari pertama Ramadan. Sejak umurnya 10 tahun, dia membantu nenek dan ibunya untuk menyediakan sajian ini menggunakan udang yang ditangkap sendiri oleh bapanya berhampiran kampung mereka. Malah, kenangan manis membantu neneknya di dapur inilah yang membakar semangat Asri untuk menjadi cef dan memberi pengkhususan kepada masakan Melayu,” tambah Chef Hisham.





Namun bukan sahaja sajian masakan Melayu , Memoir Ramadan KL Convention Centre juga turut menawarkan menu masakan moden, desserts moden dan paling ana suka juga adalah menu masakan Jepun Teppanyaki dan sushi, khas buat penggemar menu masakan Jepun. 






Mereka yang berbuka puasa di Pusat Konvensyen pasti akan tertarik dan teruja dengan suasana perayaan serba santai dibawakan oleh ‘Chef Action Stations’ - yang menyediakan dan menghidangkan segala sajian masakan mengikut permintaan.




Chef Hisham menambah, “Oleh sebab kesemua lima dapur Pusat Konvensyen telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pelanggan kami yang beragama Islam dapat berbuka puasa dengan tenang. Sepanjang Ramadan tahun ini, kami meneruskan dan membulatkan komitmen kami kepada kelestarian dengan mendapatkan 70% daripada bahan masakan kami dari sumber dan pengeluar tempatan. Baru-baru ini kami juga bekerjasama dengan Yayasan Bantuan Makanan (Food Aid Foundation) dalam usaha untuk mengehadkan pembaziran makanan dan kami akan mengagihkan lebihan makanan daripada bufet Ramadan kami kepada mereka yang disokong oleh pertubuhan ini.” 




Pusat Konvensyen secara khusus menyediakan bilik solat, sejadah, selipar, tempat mengambil wuduk dan Imam untuk mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih, bagi membolehkan pelanggan beragama Islam menunaikan kewajipan mereka selepas berbuka puasa. 




Pada harga bersih RM155 seorang, orang ramai yang berbuka puasa di Pusat Konvensyen dijamin mendapat layanan baik dan sajian makanan yang lazat dan bertaraf 5 bintang. Tempahan boleh dibuat pada hari biasa (kecuali hari cuti umum) antara 27 April dan 20 Mei 2020. Pusat Konvensyen juga menawarkan potongan harga 10% kepada orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 31 Mac 2020. Jadi, pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan.




Organisasi korporat boleh mendapat kadar promosi istimewa daripada RM132 bersih seorang (untuk 100 orang dan ke atas). Selain dua pilihan menu khusus –Ramadan Al Mubarak dan Ramadan Al Kareem – pelanggan diberi pilihan untuk menambah pelbagai ‘Chef Action Station’.








Menjelaskan tentang menu, Chef Hisham berkata, “Di samping pelbagai sajian kegemaran bulan Ramadan, menu majlis berbuka puasa korporat dan juga orang ramai menawarkan sajian kontemporari dan antarabangsa untuk mereka yang mahu menikmati kepelbagaian dan sesuatu yang berlainan. Sajian ini termasuk makanan laut panggang daun pisang ala Portugis; teriyaki Jepun dan aneka pilihan sushi; Tikka ikan panggang; nasi ayam Hainan dan kambing golek bakar Harissa kami yang termasyhur dihidangkan dengan sos pudina dan aneka sos lain.”




Disebabkan tempat duduk untuk orang ramai terhad dan tempahan diperlukan untuk acara korporat, sila hubungi +603 2333 2866 untuk pertanyaan berkaitan buka puasa orang ramai atau +603 2333 2877 untuk tempahan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran bulan puasa di Pusat Konvensyen, sila ke laman www.klccconventioncentre.com


6 Comments

  1. Sedapnya kak Ana...mknn tradisi gini mmg sgt membuka selera, lagi pulak kalau ada menu yg menggamit memori lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa kan bila bulan puasa ini lah antara menu yang di rindui

      Delete
  2. sedapnya kak, dahla ada macam-macam sangat menu paling menggoda sushi yang tersusun gitu... memang tak boleh dilepaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Dana meriah kalau dapat iftar di sini nanti :)

      Delete
  3. Setiap kali nak ramadhan, buffet ramadhan la yang paling dinantikan...
    nampak menarik makanan-makanan dia ni...

    ReplyDelete