Resepi ni ana dapat dari adik ipar ana , Julia Alisya . Kak Long beriya ajak buat sebab ada separuh lagi agar-agar tali lebihan dari buat agar-agar soya tauhu fa yang ana terbitkan di SINI beberapa hari lepas. Kalau ikut resepi asal kena guna serbuk agar-agar, tapi ana try and error guna separuh paket agar-agar tali dan Alhamdulillah menjadi dan cantik kejadiannya. 

Ana selalu juga buat puding karamel sebelum ni tapi dengan resepi menggunakan telur tu. Agak kurang berminat juga dengan resepi telur ni lagipun menggunakan telur yang agak banyak. Bila dapat sahaja resepi karamel tanpa telur ni, teruja sungguh nak cuba dan ianya sangat sedap tiada rasa telur kukus. Cuma korang adjust lah tahap kemanisan tu mengikut citarasa masing-masing kerana karamel tu dah pahit-pahit manis dah kan. 

puding agar-agar karamel tanpa telur 


Resepi agar-agar karamel tanpa telur






Bezanya agar-agar ni tak perlu nak kukus dah kita cuma masakkan dan sejukkan. Kalau puding karamel biasa dengan telur tu kena kukus kan. Jom kita tengok bahan-bahan nya.

Bahan karamel : 

1 cawan gula pasir
Sedikit air

- Panaskan gula dalam periuk hingga hangus perang dan masukkan air sedikit demi sedikit. Hati-hati nanti gula ni merecik, kacau sebati hingga jadi gula karamel. 
- Tuang dalam acuan dan sejukkan sementara kita masakkan agar-agarnya.




Boleh tengok tutorial resepi ni dari video kat atas tu ,jangan lupa Subscribe naa.. Free jerr. 

Bahan untuk agar-agarnya :

1/2 paket agar-agar tali
1 cawan air
4 sudu besar gula
3 sudu susu pekat
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastad di bancuh dengan sedikit air

Cara masak agar-agar karamel 

1. Didihkan air dan masukkan agar-agar. Masak hingga larut.
2. Masukkan gula dan susu pekat.
3. Masukkan susu cair 1 tin.
4. Masukkan bancuhan tepung kastad.
5. Kacau hingga menggelegak.
6. Tapis kan ke atas lapisan karamel tadi dan sejukkan. 

30 Comments

  1. Ramai yang suka agar-agar karamel.
    Tulah kadang rasa macam hanyir agar yang ada telur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana ni kurang sikit NA kalau kuih buh telur dan kukus ni,kalau kek bakar lain lah kan hehe :)

      Delete
  2. .Hari tue buat agar agar santan 🌹🌹

    ReplyDelete
  3. Menariknya kak, dana pnh buat yang telur dulu tapi tak jadi sangat... terus tak berani nk cuba lagi, ni guna tepung kastard yek

    ReplyDelete
  4. NAMPAK CANTIK MESTI SEDAP TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap paridah alhamdulillah, cuba la ye :)

      Delete
  5. banyak kali juga makan...tapi ex bos yang rajin buat....masa pkp ni boleh la cuba...

    ReplyDelete
  6. simpel je dan sedap tu paling penting

    ReplyDelete
  7. Nak cuba juga. Tapi takde tepung custard la pula kak Ana :)

    ReplyDelete
  8. Elly pun dari last week nak buat. Tapi tak buat sampai sekarang. Minggu depan dah nak join program kurus pulak.

    ReplyDelete
  9. kebetulan sayatengah cari resipi karamel.. hehe. thank you Aj sebab share

    ReplyDelete
  10. Wow sedapnya.. Boleh Cuba nanti

    ReplyDelete
  11. Waduhhh sedapnya.. buat buka puasa Dan minum petang alahaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama nanti ramadan kita buat na :)

      Delete
  12. cantik kejadiannya..tkpernh try yg tk letak telur dgn yg ada agar2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba ni mama, kak ana lebih suka versi ni dari yang ada telur :)

      Delete
  13. Replies
    1. sedap rabia kak ana lebih suka resepi ni :)

      Delete
  14. dah lama teringin nak buat puding karamel macam ni, nanti nak try la guna resepi akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah TS, senang dan in shaa allah menjadi nanti :)

      Delete