Agar-agar soya gula melaka rasa macam tauhu fa
Inspirasi dari resepi Khairulaming sekali lagi . Kali ini ana mencuba resepi agar-agar soya gula melaka. Mudah sangat pun nak sediakan. Bahan pun tak banyak. Melewati hari-hari PKP dah masuk hari ke 21 dah kan ketika entri ini di terbitkan. Macam-macam menu dah kami cuba, itupun ikut bahan yang ada di rumah sahaja. Ana pun top up stok barang dapur lauk-lauk ni seminggu sekali sebolehnya. Paranoid bila keluar rumah. Semoga semua ini akan segera berakhir..Aamiin.
Berbalik pada agar-agar soya gula melaka ni, sekali rasa macam tauhu fa pun ada. Yelah kan agar-agarnya soya makan bersama kuah gula melaka. Kan dah macam tauhu fa. Cuma korang perlu adjust kuantiti air tu biar jadi lebih lembik agar-agarnya. Kalau ikut resepi ana ni, ia masih lembik gedik-gedik lah agar-agar tu dan tak boleh nak potong, kena scoop dengan sudu. Tapi tak lah selembut tauhu fa ye puan-puan 😉😉 Oklah kalau korang nak cuba ana serta di bawah ni resepi agar-agar soya gula melaka atau agar-agar tauhu fa.
Resepi agar-agar soya gula melaka
Bahan-bahan kuah gula melaka:
Gula melaka - 1/2 ketul
Air - 3 cawan
Gula pasir - 3 sudu ikut lah kemanisan masing-masing
1 seikat daun pandan
- Didihkan semua bahan hingga mendidih dan sejukkan.
Bahan agar-agar soya :
Setengah paket agar-agar tali1 kotak besar air soya
1 cawan air
- Didihkan air, masukkan agar-agar sehingga larut.
- Masukkan 1 kotak besar air soya .
- Kacau dan masak hingga mendidih.
- Tuang dalam bekas dan sejukkan.
Untuk hidangan scoop kan agar-agar soya dan tuangkan kuah gula melaka. Sedap makan sejuk ni sebagai pencuci mulut. Selamat mencuba.
18 Comments
Dapp nyer.... Cikbunga bari buat agar agar santan👍
ReplyDeletewahh sedap gak tu CB :)
DeleteSedap dan menarik untuk dicuba..
ReplyDeleteokay nanti cuba Sha hehe :)
DeleteSedap nampaknyaaa!! Jadilah ni kan. Nak cari taufufa susah pulak. hhaha thanks kak AJ!
ReplyDeletekan Scha nanti try naa :)
Deletewah...menariks.. tq for sharing. leh cuba ni!
ReplyDeleteokay mummy nanti try naa :)
Deletesedap ny.. pandai ana buat.. lagi pn boleh simpan ni.musim pkp ni orang craving benda2 manis..hehehe
ReplyDeletetuu la NA :)
DeleteWah taufu fah pun boleh jadi agar-agar pula. Terima kasih follow blog saya, saya dan follow balik. Follower # 1131
ReplyDeletetq NA :)
DeleteSedap ni, kak! Lagi-lagi kalau dah disejukkan.
ReplyDeletesedap farrah
DeleteSedapnya ni... makan sejuk², yummmmm...
ReplyDeletekan mell :)
DeleteYay tak sabar nak cuba. Semalam buat tau foo fa, so nak cuba yang ni pulak, nak rasa.
ReplyDeleteorait nanti try Tqa :)
Delete