Bunga ini dah lama dah ana kenal  hidup subur di laman rumah arwah opah dan tok di kampung ana di Teluk Intan. Dari kami kecil-kecil lagi dah biasa tengok dan bermain dengan bunga ni. Petik-petik buat main masak-masak. Sampai lah ke hari ini, Alhamdulillah masih ada lagi pokok ni di jaga mak saudara ana. Kali terakhir balik kampung bulan Februari dulu, sempat lah ambil gambar pokok bunga ni , cadang nak letak kat Instagram sebab unik kan, jarang dah di jumpai. 

Baru tadi duk belek-belek galeri jumpa semula, puas lah ana google nak cari apakah nama pokok bunga ni ? Sampai ke sudah tak dapat jawapannya.. Carian dari image search pun lain yang di berikan. Tak pe lah , ana post sahaja lah kat sini, mana tahu ada orang tahu apakah nama bunga ini kan ? Kut-kut Kak Mala pencinta pokok bunga dari blog malasaad.blogspot.com tahu apakah nama bunga ini, dapatlah jawapan nya nanti hehe :)




Pokok bunga ni daun dia halus-halus dan panjang tapi bukanlah jenis rerumput. Dia keras juga daunnya macam kucai tapi tebal dan halus macam jarum. Setakad ini ana pernah jumpa dua warna ni sahaja iaitu merah dan putih kekuningan. Bunga nya berbentuk loceng halus dan panjang. Ketika kudup ia tertutup tapi bila dah kembang terbuka lah bawah tu macam loceng halus-halus je. Jenis bunga pun berlilin licin jer.

 Pokok ni pokok bunga kampung lah rasanya, sebab kalau cari kat nursery pokok bunga Sungai Buloh pun tak pernah ana jumpa. Ianya sejenis pokok tanaman dalam pasu dan tak perlukan penjagaan rapi sangat pun. Cepat membiak. In Shaa Allah kalau ana berjaya dapatkan apakah nama pokok bunga ni ana akan update di sini semula nanti.