Bunga ini dah lama dah ana kenal  hidup subur di laman rumah arwah opah dan tok di kampung ana di Teluk Intan. Dari kami kecil-kecil lagi dah biasa tengok dan bermain dengan bunga ni. Petik-petik buat main masak-masak. Sampai lah ke hari ini, Alhamdulillah masih ada lagi pokok ni di jaga mak saudara ana. Kali terakhir balik kampung bulan Februari dulu, sempat lah ambil gambar pokok bunga ni , cadang nak letak kat Instagram sebab unik kan, jarang dah di jumpai. 

Baru tadi duk belek-belek galeri jumpa semula, puas lah ana google nak cari apakah nama pokok bunga ni ? Sampai ke sudah tak dapat jawapannya.. Carian dari image search pun lain yang di berikan. Tak pe lah , ana post sahaja lah kat sini, mana tahu ada orang tahu apakah nama bunga ini kan ? Kut-kut Kak Mala pencinta pokok bunga dari blog malasaad.blogspot.com tahu apakah nama bunga ini, dapatlah jawapan nya nanti hehe :)




Pokok bunga ni daun dia halus-halus dan panjang tapi bukanlah jenis rerumput. Dia keras juga daunnya macam kucai tapi tebal dan halus macam jarum. Setakad ini ana pernah jumpa dua warna ni sahaja iaitu merah dan putih kekuningan. Bunga nya berbentuk loceng halus dan panjang. Ketika kudup ia tertutup tapi bila dah kembang terbuka lah bawah tu macam loceng halus-halus je. Jenis bunga pun berlilin licin jer.

 Pokok ni pokok bunga kampung lah rasanya, sebab kalau cari kat nursery pokok bunga Sungai Buloh pun tak pernah ana jumpa. Ianya sejenis pokok tanaman dalam pasu dan tak perlukan penjagaan rapi sangat pun. Cepat membiak. In Shaa Allah kalau ana berjaya dapatkan apakah nama pokok bunga ni ana akan update di sini semula nanti. 

18 Comments

  1. PC pernah nampak bunga ni kak..tapi tak tahu apa namanya..masa tu PC pergi majlis kerja kahwin saudara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dapat jawapannya PC bunga mercun kata ahli2 kelab peminat bunga :)

      Delete
  2. Dana pernah jumpa bunga ni tapi tak kenal nama... tapi memang cantik kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkan Dana halus-halus jer.. bunga mercun namanya :)

      Delete
  3. Rasa macam pertama kali tengok. Wah siapalah yang tahu nama bunga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat dah NA namanya Russelia equisetiformis atau bunga mercun

      Delete
  4. Waktu kecil dulu selalu memang bunga ni banyak di tanam di laman-laman rumah orang kampung kami, tapi tak ingat namanya.

    ReplyDelete
  5. Rumah arwah nenek dulu-dulu pun ada juga bunga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul AI ni bunga dolu2 ni kat kampung2 banyak lagi di tanam :)

      Delete
  6. pernah nampak juga kat kg suami lama dulu tapi dulu bukan peminat pokok bunga jadi faham2 jer la..tengok tanpa perasaan gitu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dah jumpa jawapannya Fuzy, bunga mercun

      Delete
  7. pernah nampak ...macam kat area cameron banyak tak silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada juga di sana, bunga mercun namanya

      Delete
  8. kak saya pun duk teluk intan dulu memang bnyak zaman kecik2 kat rumah nenenk saya dulu skang dah xde dah..kalo ada nak mntak sikit bole ke huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai cuba cari kat nursery farid kut ada tak pun kat online ke hehe :)

      Delete