Dah  masuk hari kedua Ramadan kita dalam suasana PKP . Masih terasa kepiluannya dalam suasana yang baharu dan amat berbeza. Beberapa hari sebelum puasa ni suami duk teringin nak makan roti canai. Bertanyalah dengan mak saudara kat kampung resepi buat roti canai. Dah siap uli perap malam tu suami duk canailah belakang talam, tarik-tarik gulung-gulung jadi lah roti canai. Lembut juga lah kejadiannya. 

Ada lebihan tu kami buat kan kulit murtabak. Tapi tak ada lah pula ana ambil gambar roti canai tu sebab tak berapa yakin ianya menjadi ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ . Boleh pula terlebih inti murtabak tu, nasib baik ada kulit popia spring roll tu. Ana pernah nampak resepi ni jadi kami buatkan lah murtabak kulit popia. Sama je rasa dan rupa dah macam murtabak original lah kejadiannya. 




Resepi murtabak kulit popia



Mula-mula kita buatkan inti nya :

Daging atau ayam cincang

1 biji bawang besar potong dadu

1 ulas bawang putih

1 sdb rempah kari daging

3 biji kentang potong dadu( rebus hingga lembut)

Daun sup

Sedikit kiub daging/ayam



Cara-cara buat inti murtabak 


Tumis kan bawang yang di potong dadu hingga naik bau...

Masukkan rempah kari (bancuh dengan air)...tumis hingga pecah minyak.

Baru masukkan daging atau ayam

Masukkan kentang yang telah di rebus tadi..dan letakkn sedikit air...masak hingga kering.

Perasakan dgn garam




Telur 2 biji

Dadarkan telur dan campurkan dalam inti tadi.

Bentangkan kulit popia (guna yg saiz besar)




Letakkan inti dan lipat bungkus elok-elok.

Panaskan non-stick pan dan letak sedikit minyak.

Masak hingga garing dua-dua belah balik-balikkan dan api biar perlahan.

Siap untuk di makan bersama bawang atau kuah kari..

Untuk bahan jeruk bawang tu,hiriskan bawang besar, letakkan sedikit cuka dan garam serta gula secukup rasa. Jerukkan seketika sebelum di makan bersama murtabak naa :)


Selamat mencuba ๐ŸŒน๐ŸŒน

24 Comments

  1. Sedap murtabak daging. Rindu bazar Ramadhan sebab murtabak selalu beli di bazar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann RC, murtabak antara menu wajib masa ke bazar ramadan dulu :)

      Delete
  2. Wow... nampak sedap ni... ni benda wajib dimakan ketika dalam bln ramadhan ni.. hehe
    ~TQ AJ, kongsi resepi.. nanti nak try buat

    ReplyDelete
  3. Nampaknya boleh dibuat ni .Tinggal beli kulit popia je.

    ReplyDelete
  4. MARTABAK BUAT SNDRI LBH SEDAP SESUAI CITARASA KITA

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga PI walaupun buat sendiri di rumah :)

      Delete
  5. Menu favourite ni tapi tahun ni tak dapat beli kat bazar ramadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenalah buat sendiri di rumah atau pun COD je lah sekarang ni kan JR :)

      Delete
  6. macam ni nampak menyelerakan sikit...murtabak biasa tu tak berapa rasa nak makan...huhu

    ReplyDelete
  7. Terliur baca. Murtabak memang menu wajib bulan puasa. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  8. mengoda betul resepi martabak kulit popia ni. sepagi ni BW, 2 kali dah tgk menu martabat kulit popia. nsb baik takda kulit popia di rmh, if tak sure dah start buat ni ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š slmt berpuasa sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq SV, nanti ada kulit popia boleh lah try ni senang je kan :)

      Delete
  9. Replies
    1. lebih kurang je inti ni dengan inti karipap atau samosa, cuma murtabak kita buh telur

      Delete
  10. sedap tengok. InsyaAllah boleh belajar buat dengan mama. Happy fasting ya sis!! <3

    ReplyDelete
  11. el pernah buat resepi murtabak kulit popia ni k.ana..mmg senang..nak2 musim PKP ni kan buat murtabak at home jer hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan EL mana yang boleh buat sendiri kita masak jer di rumah :)

      Delete