Semalam 11hb April 2020 adalah merupakan hari jadi pertama baby Raisha puteri jiran ana, Rida dan Man. Awal-awal lagi kami dah plan nak adakan birthday party untuk si kecil ni. Ana memang dah pakat dengan suami nak tempah kek birthday Raisha dari Riverside Cafe, PWTC bertema kan kek unicorn macam kak long punya hari tu. Tapi apakan daya, kita hanya merancang , Tuhan lah penentu segalanya. 

Hari lahir Raisha tiba di saat negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Fasa kedua. Semua yang di rancang tak dapat di laksanakan. Tetapi bukanlah bermakna tak boleh nak sambut birthday langsung ye tak, cuma dalam situasi yang terhad sahaja. Janji nak hadiah kan Raisha kek birthday akhirnya termakhbul juga. Alhamdulillah.






Teringat jiran ana , Ida boleh buat tempahan kek harijadi, ana pun orderlah sebiji kek untuk Raisha. Awalnya request kek unicorn tapi Ida bagitau tak cukup bahan hiasan kek unicorn ni pula, ye lah tempoh PKP ni segalanya terhad. Ida tunjuk lah beberapa contoh kek lain yang ada, akhirnya kami pilih kek birthday dengan tema Mermaid buat Raisha. Walaupun Raisha peminat Didi & Friends 😊😊

Seperti yang dijanjikan, seawal 8:30 pagi Sabtu tu Ida dah hantar ke rumah. Amboi bukan main cantik lagi dekorasi kek Mermaid Raisha ni, kan. Bertema warna pink dan purple gituew. Comel sangat, setanding dengan deko kek dari kedai-kedai di luar sana. Berbakat sungguh Ida ni menghias kek. Pilihan kek adalah flavor blueberry dan di lapisan butter cream di dalamnya. 

Bila kami serahkan dari sebelah pagar sahaja pada Raisha dan mamanya, tersengeh-sengeh dia suka sambil tepuk-tepuk tangan sebab kami nyanyikan lagu Happy Birthday. Setakad iu sahaja lah yang dapat kami raikan, kerana PKP ni tak membenarkan kita kunjung mengunjung. Cuma Raisha, mama, papa dan kakak Nisa sahajalah yang celebrate di rumah mereka. Happy birthday princess Raisha. 


tempahan brownies sekitar Rawang


Adik Ika juga tempah sekali sekotak brownies untuk kami di rumah ni. Mengidam sangat dia nak makan brownies dapatlah habuan dia sekotak brownies. Sedap sangat Ida buatkan. Dan jangan tak percaya harga kek hari jadi Mermaid Raisha tadi cuma RM30 sahaja dan boleh COD di kawasan sekitar Rawang. Dan sama juga dengan harga brownies ni juga RM30 sekotak tanpa topping bersaiz 8 inci. Berbaloi, dan yang penting cantik dan sedap serta home baking. Masyaa Allah. 

Inilah rupa tart kerang ⇉ TART KERANG

Tempahan kek harijadi sekitar Rawang


Jadi kalau korang tinggal di sekitar Rawang dan bila selesai PKP nanti, boleh lah buat tempahan kek harijadi, brownies, roti , biskut raya, tart kerang , tart nanas dan  dan segala neka juadah dengan Ida ye. Ida sedia menerima apa-apa tempahan untuk sebarang majlis, In Shaa Allah. Ana paparkan  di bawah ini antara kek harijadi air tangan Ida dan pautan untuk hubungi beliau sendiri untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah klik sahaja ke →→www.wasap.my/60133588790/kek 



Nak tengok kek unicorn Kak Long ⇒⇒ Kek Unicorn Riverside

kek harijadi hello kitty





kek birthday baby shark






20 Comments

  1. Baguslah hadiahkan kek pada anak jiran.
    Semalam harijadi adik juga tapi dia jauh di perantauan. Ucap selamat di whatsapps saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu lah kan NA time2 PKP ni semua pun melalui teknologi kita berhubung :)

      Delete
  2. so cute la all the cakes. and the brownies looks super good!

    ReplyDelete
  3. HAPPY BESDAY RAISHA CANTIK KEK MERMAID

    ReplyDelete
  4. Alolo cantik kek tu...tentu bday girls suka

    ReplyDelete
  5. cantiknya kek...
    skrg ni tgh teringin makan brownies

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa sian Nieyl, nanti boleh lah cari yang COD area Nieyl :)

      Delete
  6. comei2...mesti suka yg dpt tu.. :-)

    ReplyDelete
  7. Brownies tu nampak sedap😋

    ReplyDelete
  8. Hepi birthday Raisha. Samalah kita, birthday time PKP. Adik buatkan kek milo 3 bahan je. Jadila dari takde. Hehe

    ReplyDelete