Awal-awal lagi dah bagi hint nak sangat kek unicorn untuk hari lahirnya yang ke 23 nanti. Ana dan ayahnya buat tak tahu jer awalnya sebab tak berani nak janji takut pastri chef tak boleh ambil tempahan ikut yang kita nak. Selalunya kami buat tempahan kek cuma pada flavours nya sahaja sama ada nak kek coklat, kek cheese dan sebagainya. Lepas suami call sendiri pastri chef dah beliau pun kata boleh ajer kalau nak kek unicorn ni, baharulah kami beritahu Kak Long, ayah dah order kek unicorn untuk birthdaynya. 







Kek harijadi unicorn 




Kan main suka lah dia dapat kek idamannya. Cuma kena pula lewat seminggu dari tarikh hari lahirnya sebab pada minggu hari lahir Kak Long 23hb November lepas, Adik Ika pula tak boleh nak balik sebab ada program di kampus. Mak ayah ni kalau anak-anak tak cukup bilangan nya walaupun dua orang je, tetap sebolehnya nak lah dua-dua ada di rumah baharu nak makan yang sedap-sedap atau raikan bersama. Kak Long pun okay je sama lah macam kisah birthday Adik Ika bulan September lepas pun kena lewat seminggu. 

Petang Khamis tu, dua beradik ni balik lah naik KTM dari Shah Alam dan ayahnya tunggu kat KL Sentral. Sampai je ayahnya bawa pi makan malam dan terus ke PWTC untuk ambil kek birthday Kak Long yang di tempah di Riverside Cafe & Restaurant, PWTC . Ana pun tak sabar juga nak tengok manalah rupa kek unicorn Kak Long ni kan. Dalam kereta lagi dia dah intai nampaklah tanduk emas unicorn ni katanya sebab tak buka lagi kotak kek nya. 




Malam tu sampai je rumah punya lah excited, terus buka kotak dan ambil gambar kek nya. Allahu anak, seronok sangat terlihat di wajahnya. Berulang kali duk ucapkan terima kasih ayah ibu. Adik pula kata, alaaa birthday Adik hari tu patutnya Adik nak kek Minion .. pulakkkk!! Dah umur 20 tahun tak kan nak kek Minion pula lah anak uiii! Cuma masa kek Adik dulu dia dah request nak cheese kek sahaja. 




Inilah dia kek unicorn dari Riverside Cafe & Restaurant, Putra World Trade Centre , Kuala Lumpur. Dalamnya kami pilih kek red velvet with cream cheese. Alhamdulillah memang sedap dan tak di ragui lagi ianya adalah Halal . Kek-kek dari chef pastri PWTC ni kalau nak cerita dari segi rasa memang terbaik lah pada ana sekeluarga. Setiap kali sambutan hari lahir kami mahupun anniversary ana dan suami akan memilih kek dari Riverside Cafe ni. 




kek unicorn red velvet 


Kek unicorn Kak Long ni menggunakan fresh buttercream dan pemilihan warna putih sebagai warna base di samping Swirl Buttercream Rosettes sebagai hiasan bunga-bunga berwarna pink , putih dan purple yang melimpah hingga ke bawah. Terdapat juga tanduk unicorn berwarna gold adunan dari fondant sugar yang di warna kan dengan edible gold dust juga untuk telinga dan mata comel unicorn di kek Kak Long ni.





Puas hati sangat dah lah sedap rasa kek velvetnya, comel pula dekorasi warna kesukaan Kak Long dengan tema kek unicorn yang sedang trending masa kini. Happy birthday Kak Long, semoga terus membesar sebagi puteri solehah ayah ibu dan selagi terdaya setiap ayah ibu akan sentiasa memenuhi impian anak-anaknya, In Shaa Allah. 

16 Comments