Semua ini adalah satu ujian jika kita memikirkannya ....
Dah hampir sebulan kita menjalani ujian hidup ketika wabak Covid-19 melanda negara. Hari demi hari bagaikan meniti kehidupan yang penuh ketakutan akan kesihatan ahli keluarga, jiran tetangga dan semua rakyat di seluruh negara. Siapa sangka semua ini terjadi dengan tiba-tiba. Inilah kekuasaan Yang Maha Esa, tiada siapa dapat menghalangnya.
Sepanjang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ni bukanlah sesuatu yang sukar sangat untuk di tempohi. Kebiasaannya pun sebagai suri rumah ni, ana tinggal di rumah juga sepanjang hari kecuali keluar untuk menghadiri jemputan event atau pun jenjalan hujung minggu. Cuma bezanya kali ini pergerakan yang amat terbatas, dan paling menjadi kerisauan adalah kesihatan dan keadaan mak dan abah di kampung kerana kami tidak dapat balik untuk menjengguk mereka berdua. Hanya doa sahaja lah yang mampu di utuskan semoga mak dan abah di dalam perlindungan Allah swt. Aamiin.
Kuntuman mawar masih mekar di halaman |
Alhamdulillah dengan era it ni memudahkan juga kami memantau mak dan abah dari sini. Contohnya berhubung melalui panggilan telefon kerana abah tak pandai menggunakan whatsapp dan internet. Jadi ana dan adik ana, Lan akan call abah setiap hari bertanya khabar dan keperluan yang terputus. Ana dan adik akan cari dari page-page Teluk Intan serta group whatsapp sesiapa yang boleh COD barang dapur ke rumah. Kami order , bayar secara online dan mak abah akan terima sahaja barangan.
Bukan apa bimbang sangat keselamatan mereka jika mereka keluar berdua pada usia dan kesihatan mereka. Tuhan sahaja yang tahu kerisauan di hati kami. Keperluan lain pun kami beli secara online dan pos ke rumah seperti makanan , facemask , sanitizer dan sebagainya. Alhamdulillah juga bekalan ubat abah dan mak di ambil oleh bapa saudara dari hospital dan juga mereka menerima beberapa bantuan barang makanan dari individu dan YB ADUN serta beberapa sumbangan surau berhampiran.
Untuk kami di rumah ni, sepanjang PKP dah 22 hari ni, kebanyakan masa di habiskan di rumah. Menonton Netflix , melayari internet, mengaji Al-Quran bersama anak-anak, sesekali ke kebun belakang rumah dan laman melihat pokok-pokok. Syukur sangat semua ahli keluarga berkumpul bersama. Anak-anak ada di depan mata. Suami pun bekerja 4 hari dan dicutikan 10 hari selama tempoh PKP ini.
Apa juga ujian yang datang, kita tempoh lah dengan tenang dan sabar. Ini bukan masa untuk mencari salah dan silap sesiapa, perkara yang terjadi adalah dengan izinNya jua, dan kita ini sedang menjalani ujian yang agak berat yang memerlukan kesabaran dan kekuatan iman. Bagi yang mahu berfikir, apakah semua ini terjadi dengan sengaja dan sia-sia, jawapannya tidak sama sekali.
Mengapa Allah swt menghantar ujian ini kepada seluruh umat di dunia tanpa mengira bangsa, usia, pangkat, darjat, taqwa atau jahil, Islam atau kafir, kaya atau miskin ? Virus yang kita takuti ini sehalus zarah dan tidak dapat di lihat oleh pandangan manusia. Seolah-olah memberi peringatan yang ajal sedang memburu kita di setiap masa tanpa ada signal. Dari semaju-majunya sebuah negara hingga ke miskin ia telah sampai tanpa dapat di bendung.
menu ringkas dengan bekalan stok makanan yang ada |
Yang amat di bimbangi bila umrah dan haji yang mungkin akan terhenti, solat Jumaat sudah hampir sebulan tidak dapat di didirikan, Ramadan yang menghampiri mungkin sepi tanpa terawihnya lagi dan Syawal juga mungkin tidak seindah dahulu. Allahu..
Marilah kita sama-sama turut berdoa dan berdoa memohon keampunan dariNya atas setiap dosa yang kita lakukan. Dekatkanlah diri kepadaNya di kesempatan waku yang hadir, berkasih sayang sesama insan dan makhlukNya kerana dunia bagaikan semakin hampir ke pengakhiran. Takutlah akan murka Tuhan atas kealpaan dan kelekaan kita dalam mengejar urusan dunia.
Ikutilah arahan pemerintah dengan sebaiknya kerana mereka sedang bertungkus lumus berusaha agar negara kembali bebas menikmati kehidupan yang normal sedia kala. Tinggallah di rumah kecuali keluar atas urusan kerja atau membeli keperluan kehidupan asas sahaja. Peliharalah kebersihan diri dan keluarga, patuhi jarak yang di ajarkan supaya ia mencapai matlamatnya mengakhiri wabak ini secepat yang mungkin, In Shaa Allah. Semoga kita semua sentiasa di dalam perlindunganNya, Aamiin Ya Rabbal A'laamiin.
26 Comments
Bila solat jumaat tak dapat lagi dilaksanakan, terasa sayu dan pilu.. Belum lagi aktiviti-aktiviti yang lain.. Kemungkinan besar terawih pun tak ada.. Sedih bertambah..
ReplyDeleteSemoga ujian ini berlalu pergi.. Aamiin..
nampaknya kemungkinan juga sha :(
DeletePatuh sahaja dan fikirkan dan renungkan tujuan ujian ni.
ReplyDeletesemoga semuanya akan segera berakhir ,aamiin
DeleteSemoga kita semua dilindungi.. aminn
ReplyDeleteaamiin
DeleteMudah-mudahan keadaan akan pulih semula tak lama lagi.
ReplyDeleteaamiin
DeleteSeumur hidup...inilah ujian paling besar untuk kita dan semua penduduk dunia. Bak dikejar bayangan maut...tak kelihatan, tapi mampu membunuh.
ReplyDeleteSungguh...Allah itu Maha Berkuasa. Semua boleh jadi dalam sekelipan mata.
teruskan berdoa kan ujie semoga semua ini akan segera berakhir dan di jauhkanNya dari keluarga kita semua, aamiin
DeleteTq peringatan
ReplyDeletesama-sama cikgu
DeleteYer
ReplyDeletePeringatan untuk kita semua
banyak yang dapat kita ambil pengajaran, in shaa allah
DeleteDugaan buat kita semua. Samalah sedih teringat mak ayah kat kampung. Beginilah nasib di perantauan. Salam perkenalan juga. Saya dah follow Ana juga.
ReplyDeleteterima kasih fyda
DeleteSama-sama kita berdoa agar musibah ini akan berakhir jua.
ReplyDeleteSetiap musibah pasti ada sesuatu disebaliknya.
Kita sebagai manusia terutamanya yang beragama islam wajib ambil ikhtibar.
aamiin
Deletesaya pun rasa inila tempoh yang saya dapat duduk focus mengaji walaupun hari2 lain tu memang culas. tak adalah lama n rajin sangat tapi terasa nak usaha lebih sikit..
ReplyDeletealhamdulillah ct
DeleteSemoga ujian ini cepat berakhir.
ReplyDeleteaamiin Ya Rabb
DeletePC pun risaukan babah mama di kampung kak..moga Allah lindungi ibu bapa kita dan semua orang juga..aamiin.
ReplyDeleteaamiin Ya Rabb
DeleteWalau pun berjauhan ibu bapa tetap terjaga.
ReplyDeletein shaa allah mein
Delete