Sepanjang PKP dari awal hinggalah menjelangnya Raya tak lama lagi, majoriti rakyat kita memilih untuk membeli belah secara online di pelbagai platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan sebagainya. Sehinggakan kebanyakan parcel delay untuk di terima pembeli. Ana sendiri banyak parcel dari client untuk review lewat sampai 2 minggu baharu dapat ke tangan. Cuma Alhamdulillah, syukur sangat bila beberapa barang yang kami beli secara online untuk di poskan kepada mak abah di kampung , sampai cepat. Kebanyakannya kami beli barang keperluan makanan dan barang dapur untuk mak abah di kampung masa PKP ni, risau juga kalau rosak atau lewat sangat sampai kan. Terima kasih Pos Laju hantar kan barang-barang mak abah dengan selamat dan cepat. 




Mungkin kerana ana banyak review kempen-kempen dengan Shopee, jadi kebelakangan ni ramai pula yang pmed ana bertanya pelbagai masalah bila mereka beli belah di Shopee. Khasnya untuk batalkan pembelian atau cancel order. Sebenarnya sebelum ni ana tak pernah lagi menghadapi apa-apa masalah dengan pembelian dan tidak pernah batalkan pembelian kerana semua nya berjalan dengan baik. Tapi semalam, Kak Long tersilap order kerana tak baca review seller betul-betul. Asalnya nak beli set cadar, rupa nya lepas buat pembayaran bila baca review, rupanya ia bukan lah set cadar tetapi hanya sarung comforter sahaja. Patutlah murah sangat harganya, lagipun kami order 3 set. Jadi, bagaimana nak cancel order belian di Shopee ni ?

Cara cancel order belian di Shopee





Caranya ialah ikuti lah langkah-langkah di bawah yang Kak Long lakukan sehingga mendapat kan semula refund ke dalam akaun Shopee Pay. Paling penting untuk mendapatkan refund, korang perlu aktif kan account Shopee Pay terlebih dahulu kerana Shopee tidak akan refund terus ke akaun bank korang tetapi akan di refund ke dalam akaun Shopee Pay masing-masing naa :) 

1. Mula-mula log in semula ke akaun Shopee korang dan pergi ke My Purchase klik pada pautan yang kita dah order. klik pada pautan Cancel Order .

2. Nyatakan sebab kenapa kita nak batalkan pembelian atau cancel order di pautan seterusnya.

3. Akan keluar window untuk pengesahan pembatalan dan klik lah pada Cancel Order di bawahnya. 

4. Untuk sebarang pertanyaan korang boleh juga contact seller di pautan yang diberikan. 

5.  Sampai sini selesai lah langkah pembatalan belian anda. Dan wang pembelian kita tadi akan masuk ke Shopee Pay dalam masa 15-30 minit. 


Cara Daftar E-Wallet Shopee (  Shopee Pay )





Bagi yang belum mengaktifkan Shopee Pay ,korang perlu  daftar pula ewallet Shopee dengan masukkan 6 nombor pin yang akan digunakan setiap kali menggunakan khidmat e-wallet Shopee Pay .

1. Buka aplikasi Shopee dan pergi bahagian Me
2. Kemudian pilih Shopee Wallet
3. Disini akan ada jumlah ringgit yang telah berjaya di refund daripada seller Shopee .


Refund yang telah di masukkan ke Shopee Pay


Korang boleh sahaja memilih untuk menggunakan wang refund tadi untuk pembelian produk lain di Shopee atau tranfer semula ke akaun bank yang telah di daftarkan di Shopee sebelum ini. Berikut ialah antara info mengenai Refund dan pengeluaran di Shopee Pay.

1. Kita bebas untuk refund sebanyak mungkin secara percuma tetap hanya akan diberi pengeluaran atau withdrawal secara percuma untuk 3 kali sahaja setiap minggu. Selepas itu akan dicaj RM0.11 bagi setiap transaksi

2. Jika 3 kali sudah digunakan, setiap Isnin kita akan diberi kembali 3 kali free withdrawal

3. Kita hanya dibenarkan untuk melakukan withdrawal sekali sehari sahaja.

4. Selepas mendapat pelepasan daripada pihak Shopee, proses untuk transaksi ke akaun bank akan mengambil masa 2-5 hari waktu bekerja.

5. Pihak Shopee akan memberi tarikh jangkaan bila duit akan berjaya dipindahkan ke akaun bank kita .

Namun jika ada sebarang masalah berkaitan, hubungi lah semula Customer Service  Shopee yang akan membantu dengan lebih baik kerana kadang-kadang terdapat kekeliruan dalam sistem.  Korang boleh hubungi Customer Service hotline 03-27779222   atau -app chat di pautan https://help.shopee.com.my/s/  Isnin - Jumaat  9am-6pm.




14 Comments

  1. Bagus ada dapat pulangan balik duit.

    ReplyDelete
  2. PATUT AMBILTAHU CARANYA NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu kan satu hari nanti kita nak laluinya :)

      Delete
  3. Ya tak tak pernah lagi cancel. Tapi boleh baca untuk akan datang.tq

    ReplyDelete
  4. Tq for sharing. Suka juga beli dengan shoppe, tapi anak yang tolong belikan. Setakat ni belum lagi pernah cancel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa selama ni semua okay je kali ini anak tersilap tak baca habis tu yang cancel tu :)

      Delete
  5. Kak Ana dah jadi duta Shoppee. Hehe. Nice info. Harap dapat bantu ramai pembeli online luar sana tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tak lah Sal, kebetulan anak kak ana jadi macam ni simpan sini untuk rujukan sendiri juga di masa akan datang :)

      Delete
  6. Saya take note cara ni so far tak pernah cancel lagi kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Diah mana tahu akan datang mungkin berguna kan :)

      Delete