Punyalah lama tak makan kerang. Susah sungguh nak dapatkan kerang di kawasan kediaman ana ni, kalau ada pun kerang yang bersaiz kecil. Harga kerang pun bukan main mahal sekarang ni kan.  Kalau dulu boleh dapat kerang ni dengan harga murah sampaikan kalau mak mertua sepupu ana datang dari Sarawak, pasti akan beli kerang banyak-banyak, rebus dan kupas bawa balik sana sebab di Sarawak katanya mahal, tapi kini kita di Semenanjung pun dah payah nak makan kerang.

Antara menu dari kerang yang menjadi kesukaan ana ialah rendang kerang dan juga sambal kerang. Ni kalau dapat makan dengan nasi lemak, ermm tak yah cerita lah sedap ya amat. Kalau malas sangat jadikan kerang rebus atau kerang bakar pun dah sedap, kan. Kalau ana biasanya cuma akan beli kalau kerang yang bersaiz besar, kalau kecil nanti dah rebus lagi lah kecut, halus jadi nya. Buat berat kulit sahaja kita beli kan. 




Cara masak kerang supaya isi tak kecut 



Ana nak kongsi dengan korang tips rebus kerang supaya tak jadi kecut. Caranya korang didih kan air terlebih dahulu kemudian matikan api baharulah masukkan kerang yang dah di bersihkan. Tutup dengan penutup periuk. In Shaa Allah, korang akan dapat isi kerang yang cukup masak dan tak kecut bila di kupas. Pastu masak lah menu kesukaan masing-masing. 

Untuk petua masak isi kerang supaya tak mengecil pun sama juga. Macam ana kalau masak sambal atau rendang kerang, dah didih sambal atau rendang siap , akhir sekali baharulah masukkan isi kerang, jadi dapatlah menikmati isi kerang yang gemoks-gemoks. Rasakan dengan perisa garam semua tu, cepat-cepat matikan api.  Selamat mencuba.