Punyalah lama tak makan kerang. Susah sungguh nak dapatkan kerang di kawasan kediaman ana ni, kalau ada pun kerang yang bersaiz kecil. Harga kerang pun bukan main mahal sekarang ni kan.  Kalau dulu boleh dapat kerang ni dengan harga murah sampaikan kalau mak mertua sepupu ana datang dari Sarawak, pasti akan beli kerang banyak-banyak, rebus dan kupas bawa balik sana sebab di Sarawak katanya mahal, tapi kini kita di Semenanjung pun dah payah nak makan kerang.

Antara menu dari kerang yang menjadi kesukaan ana ialah rendang kerang dan juga sambal kerang. Ni kalau dapat makan dengan nasi lemak, ermm tak yah cerita lah sedap ya amat. Kalau malas sangat jadikan kerang rebus atau kerang bakar pun dah sedap, kan. Kalau ana biasanya cuma akan beli kalau kerang yang bersaiz besar, kalau kecil nanti dah rebus lagi lah kecut, halus jadi nya. Buat berat kulit sahaja kita beli kan. 




Cara masak kerang supaya isi tak kecut 



Ana nak kongsi dengan korang tips rebus kerang supaya tak jadi kecut. Caranya korang didih kan air terlebih dahulu kemudian matikan api baharulah masukkan kerang yang dah di bersihkan. Tutup dengan penutup periuk. In Shaa Allah, korang akan dapat isi kerang yang cukup masak dan tak kecut bila di kupas. Pastu masak lah menu kesukaan masing-masing. 

Untuk petua masak isi kerang supaya tak mengecil pun sama juga. Macam ana kalau masak sambal atau rendang kerang, dah didih sambal atau rendang siap , akhir sekali baharulah masukkan isi kerang, jadi dapatlah menikmati isi kerang yang gemoks-gemoks. Rasakan dengan perisa garam semua tu, cepat-cepat matikan api.  Selamat mencuba.


16 Comments

  1. Oo macam tu..alhamdulillah terima kasih kak Ana..boleh buat ni.Kalau tak memang mengecut isi kerang tu..

    ReplyDelete
  2. husband nieyl pun pengemar kerang..
    makan sedap nak kopek tu bercinta hehehe

    ReplyDelete
  3. kerang ni masak tak boleh over cook
    tu yang jadi isinya kecut.
    sama juga jenis cengkerang2 lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan wak kena cepat2 tapi kena pastikan juga ia masak sempurna kalau tak sakit perut pulak :)

      Delete
  4. Betul tu Ana. Waaupun tempat kelahiran saya ada kawasan penternakan kerang, tapi nak dapat kerang pun agak susah, dengan harganya yang melambung naik. Dulu kami redah Pantai Jeram dan Pantai Remis untuk kutip kerang terutama sebelum raya. Dapat sekarung, bawa pulang untuk direndang. Sekarang kalau beli 10 kg kerang, isinya sedikit saja. Bolehlah untuk dibuat rendang, hidangan hari raya pertama makan-makan sekeluarga di kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh amie tinggal dekat pantai Jeram dan Pantai Remis , sekarang susah kan nak dapat kerang yang besar2 macam dulu2 tu :(

      Delete
  5. sedap nyer.
    yes. aida setuju dgn tips AJ.
    last last baru masukkan ia.
    kerang ni aida suka masukkan bila buat char kue teow. wow! memang memasing memilih ler kerang & udang memasing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan aida sedap kalau buat char kue teow kena ada kerang :)

      Delete
  6. Berapa lama nak rendamkan kerang tu dalam air panas ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai masak dalam 15 minit macam tu Zaza :)

      Delete
  7. ooo takyah masak lama ye tq AJ for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mama tapi kena pastikan ia masak tak berdarah lah kan :)

      Delete
  8. Dah 2 blogger saya baca masak kerang hari ni. Terliur. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kena cari kerang lah jawabnya Sal :)

      Delete