Rezeki dari Allah swt, kata mak saudara ana di kampung bila bercerita tentang ikan kembung atau ikan pelaling yang murah dan banyak sungguh di jual sepanjang PKP kini. Kalau di Teluk Intan, mak bagitau sekilo cuma RM5 sahaja. Di Selangor ni, untuk ikan pelaling di kedai Acheh atau yang COD harga antara RM8-RM9 sekilo. Tapi yang COD dari jiran ana ni, memang segar-segar dan cantik sungguh lah pelaling atau kembung ni. Seronok tengok keras berkilat lagi ikannya. Ada setengah orang panggil ikan kembung, ada yang panggil pelaling, kami kat kampung Teluk Intan nun, panggil ikan temenung je 😉😉




Ikan pelaling atau kembung ni masak apa pun sedap kan, lemak je isi nya. Macam ana selalunya masak kari, masak gulai lemak, asam pedas tak pun bakar atau goreng tabur bawang dan cili pun sedap dah makan panas-panas. Tapi kalau banyak tu buat laksa lah kan. Baru-baru ni ana dapat ikan kembung yang segar dari COD jiran tu, ana teringin pula nak jadikan ikan rebus air asam. Mudah sangat pun nak menyediakannya. Sedap di jadikan menu berbuka puasa kami sekeluarga. Jom kita tengok cara nak masak ikan kembung rebus air asam ni. 


Resepi ikan kembung rebus air asam 

Bahan-bahan ikan kembung rebus air asam :


3-4 ekor ikan kembung  ( ikutlah masing-masing kan )
1 keping asam gelugur/asam keping
garam 

Cara rebus ikan kembung :

1. Letakkan ikan di dalam non stick pan atau periuk leper, isi kan air sehingga paras tenggelam ikan sahaja. Jangan banyak. 

2. Masukkan asam keping dan garam. Masak hingga didih dan terbalikkan ikan dua-dua belah supaya masak kedua bahagian. 

3. Bila dah didih, alihkan air rebusan tadi dan tinggalkan ikan seketika dalam kuali atau periuk biar garing atau kering sedikit ikan tadi tak lah ia jadi lembik sesangat. Angkat dan letak dalam pinggan. 




Untuk resepi air asam nya :

1 biji tomato, potong dadu
1 biji bawang besar, potong dadu
1 inci belacan, bakar sehingga wangi
5-6 biji cili padi, hiris kecil
1/2  mangkuk kecil air asam jawa
sedikit air rebusan ikan tadi
garam dan gula secukup rasa

Cara buat air asam 

1. Campurkan kesemua bahan tomato, bawang dan cili . Masukkan belacan dan ramas-ramaskan dengan tangan yang bersih biar sebati. Awas tangan akan bau belacan naa 😊😊

2. Masukkan air asam jawa dan juga sedikit demi sedikit air rebusan ikan tadi agar air asam tidak menjadi terlalu cair. 

3. Rasakan dengan garam dan gula. Tuang air asam ke dalam pinggan ikan rebus untuk hidangan. 

Memang sedap lah kalau kena dengan nasi putih dan ulam-ulaman ni. In Shaa Allah. Cuba naa kalau dah jemu dan buntu nak masak apa dengan ikan kembung ni. Try pula resepi ikan kembung rebus air asam. 


26 Comments

  1. Saya memang suka lauk ni mudah dan sedap.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.Segar bila dapat kuahnya tu kak Ana.lagi kalau ikan fresh..manis je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana buat kalau dapat ikan segar2 je PC baru sedap kan ::)

      Delete
  3. sedapnya.. Membuka selera menu macam nie..

    ReplyDelete
  4. wah..sedap tu. ikan kembung ni feberet la anak2 pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah murah dan banyak kan ikan pelaling ni skrg :)

      Delete
  5. IKAN KEMBUNG SEGAR REBUS SAJA PUN SEDAP

    ReplyDelete
  6. Hidangan yang cukup menyelerakan, sedap dan berkhasiat!

    ReplyDelete
  7. selalu ikan kembung saya masak asam pedas je..sebab suami suka, masak mcm ni pun mcm sedap jugak..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 menu pun sedap dengan ikan kembung n kan

      Delete
  8. Suka makan...tapi husband tak makan...saya nak kena masak kat rumah mak masa ramai2 la nanti...

    ReplyDelete
  9. Mrs. A panggil ikan kembong ;-)
    Favorite ikan kembong ni paling suka masak ikan kembong sambal.
    Terima kasih kongsi resepi K.Ana tak pernah buat nak cubalah nanti.

    ReplyDelete
  10. Ini salah satu fav nieyl ni...aritu pun ade buat juga..bertambah makan hehehe

    ReplyDelete
  11. ya ampuuuuunnnnn kak ana... lauk ini je sedap dah.. cukup buat bertambah nasi.. hehehee.. :)

    ReplyDelete
  12. sgt la sedap ni, AJ.
    simple. dgn nasi panas. aduhai.
    kalau xde dah idea, ni pun kerap aida buat.
    ikan kembung mudah skit nak beli kat kedai dedekat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan aida kena dapatkan ikan kembung segar baru sedap kan :)

      Delete