Resepi semperit tradisional
Dari kecil lagi kuih semperit antara kuih raya kesukaan ana. Masih segar di ingatan, ketika di kampung zaman kanak-kanak, ana sibuk tolong mak saudara buat kuih semperit ni untuk sambut hari raya. Pernah melalui pengalaman di mana kami bakar kuih raya dengan arang dan sabut kelapa, guna tin biskut bersaiz besar segiempat tepat yang di potong di jadikan alas periuk berisi pasir di bahagian dasarnya. Ini kerana rumah arwah opah tak ada oven dan tak ada bekalan elektrik ketika tu. Bayangkan buat kuih raya dengan peralatan pun diy sendiri, bakar dengan arang dan sabut kelapa, panas dan berasap satu rumah. Tapi selalunya kami bakar di pondok bawah pokok. Allahu nostalgia silam sangat, banyak yang dah di lalui dalam perjalanan kehidupan yang di pinjamkanNya.
Bukan setakad itu sahaja, waktu tu manalah ada rujukan resepi macam sekarang ni boleh cari di internet, kalau dahulu main ingat dan agak-agak sahaja lah resepi nya. Semua pun sukatan cawan. Nasib baik jadi lah kuihnya nasib tak baik ada sahaja yang reject , adunan kembang lah, bunga tak cantik lah kejadiannya 😕😕 . Apapun semua itu kenangan terindah yang tak akan di lupakan selagi hayat di kandung badan. Ana pun masa tu setakad tukang buh ceri sahaja lah.
Hari ini, ana nak kongsikan di sini dan juga sebagai rujukan sendiri di masa akan datang, In Shaa Allah. Resepi ni ana perolehi dari perkongsian di facebook. Hasilnya Alhamdulillah, nampak cantik, bunga pun tak jatuh dan rasa pun sedap lembut dan cair di mulut gituew.
Resepi semperit tradisional
Bahan-bahan semperit tradisional
250g butter
2 biji kuning telur
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung kastad
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sk esen vanila
sedikit pewarna kuning
ceri untuk hiasan
Cara buat semperit
1. Masukkan butter, gula, telur, esen vanila dan pewarna kuning di dalam mangkuk dan kacau dengan senduk sahaja.
2. Ayak tepung jagung, tepung kastad dan tepung gandum dan masukkan dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan. Boleh sahaja tambah sedikit demi sedikit tepung gandum jika adunan masih belum membentuk doh .
3. Ana gunakan acuan tekan pecah sepuluh dan tekan sehingga bunga semperit agak tebal dan tinggi. Letakkan ceri di tengah-tengah.
4. Bakar pada suhu 150' api atas bawah, tray tengah dan selama 15 minit atau sehingga masak garing bahagian bawah semperit.
Satu adunan ni ana dapat dalam 80 biji semperit lebih kurang. Memandang tahun 2020 ni beraya dalam PKP maka satu adunan dah cukup lah untuk kami sekeluarga menyambut raya tanpa tetamu. In Shaa Allah kita raikan juga Aidil Fitri sebagai kemenangan umat Islam berpuasa sebulan.
32 Comments
Dah mula buat kuih raya ye...
ReplyDeleteSemperit ni memang kuih evergreen, dari dulu, kini dan selamanya.
Saya pun teringat zaman kanak-kanak dulu, kalau masuk bula puasa kami adik-beradik kutip cengkerang getah berkarung-karung, mak akan buat bara untuk bakar kuih. Sekarang balik kampung sebatang pokok getah pun tak jumpa, semua dah jadi kebun kelapa sawit!
nostalgia silam yang tak mungkin akan dilupakan sepanjang hayat kan amie :(
Deletecomeinya kejadian, un punya dalam bentuk tepung lagi ni hahaha
ReplyDeletehehe siap juga dah kan UN :)
Deletesedap nyer, AJ. aduhai. meleleh air liur rasa nyer.
ReplyDeleteni legend sgt ni. a wajib ada atas meja utk hidangan tetamu, kan :)
kann aida menu sajian warisan silam kita :)
Deletepernah buat semperit tu tak jadi terus serik ahhaha
ReplyDeletehaha kenapa Diah kena cuba lagi jangan serik naa :)
DeleteWak suka kuih ni
ReplyDeleteKuih jaman dulu2
kann wak sedap sampai ke hari ini :)
Deletegigih dulu pakai arang. zaman skrg pakai tunjuk je. tapi bila dah PKP ramai dah start buat sendiri semula
ReplyDeletehikmah PKP kan AK :)
Deletesuka buat kuih ni dulu2
ReplyDeleteitulah PI saya buat untuk didik anak2 kuih2 warisan ni In Shaa Allah
Deletesuka semperit dahlia ni. cuma dah serik nak buat sebab tangan sakit duk tekan acuan. So kami kalau buat pun, kami bulat2kan je.hahaha.. janji rasa ada. Tahun ni tak buat, oven rosak. Tak gigih nak bakar guna kuali
ReplyDeletehaha betul tu kalau guna gula kasar sakit nak tekan kena guna gula castor baru lembut adunan nak tekan :)
DeleteYa la Ana...zaman kak dulu pun buat biskut dlm periuk yg diisi pasir. Bakar atas dapur minyak. Kadang dapur sumbu banyak tu meragam. Bila adjust dengan biskut2 tu sekali berbau minyak tanah.
ReplyDeletekann Kak naya lah bau minyak tanah tu adoi :)
Deletewow mmg cara dulu tu tradisional sgt maam xpenah merasa zaman guna tu.. appaun semperit mmg lejen kan
ReplyDeleteera tahun 80-an masa tu mama
DeleteSaya pun buat semperit last weekend. Alhamdulillah jadi cantik tapi ada gak yang benyek. Tradisional gak yang best kan kak walaupun senperit banyak variety rasa dan warna zaman sekarang
ReplyDelete"kak ana teringin juga nak buat semperit susu tu sal belum berkesempatan lagi nampaknya :)
DeleteDah siap samprit Kak Ana ya...saya tak buat apa lagi...
ReplyDeletehehe siap dah fida :)
Deletesedapnya kak, dana kalau semprit tradisional yang panjang- panjang tu kak... tak reti yang bunga-bunga ni selalu tak jadi
ReplyDeletehaah hat tu senang kan Dana guna acuan pam tu kan :)
Deletedulu tukang boh ceri je, sekarang dah pandai buat bunga semperit yg cantik! :)
ReplyDeletehehe kisah silam tu ujie :)
Deletesetiap kali raya samperit memang wajib. sedap dimakan dalam mulut. hehe
ReplyDeletemenu wajib raya kan UN :)
DeleteKak Ana .. Lya memnag suka sangat2 semperit tradisional ni hehehe .. Sedap kan biskut raya legend ni ..
ReplyDeletesama lah kita Lya :)
Delete