Dari kecil lagi kuih semperit antara kuih raya kesukaan ana. Masih segar di ingatan, ketika di kampung zaman kanak-kanak, ana sibuk tolong mak saudara buat kuih semperit ni untuk sambut hari raya. Pernah melalui pengalaman di mana kami bakar kuih raya dengan arang dan sabut kelapa, guna tin biskut bersaiz besar segiempat tepat yang di potong di jadikan alas periuk berisi pasir di bahagian dasarnya. Ini kerana rumah arwah opah tak ada oven dan tak ada bekalan elektrik ketika tu. Bayangkan buat kuih raya dengan peralatan pun diy sendiri, bakar dengan arang dan sabut kelapa, panas dan berasap satu rumah. Tapi selalunya kami bakar di pondok bawah pokok. Allahu nostalgia silam sangat, banyak yang dah di lalui dalam perjalanan kehidupan yang di pinjamkanNya. 





Bukan setakad itu sahaja, waktu tu manalah ada rujukan resepi macam sekarang ni boleh cari di internet, kalau dahulu main ingat dan agak-agak sahaja lah resepi nya. Semua pun sukatan cawan. Nasib baik jadi lah kuihnya nasib tak baik ada sahaja yang reject , adunan kembang lah, bunga tak cantik lah kejadiannya 😕😕 . Apapun semua itu kenangan terindah yang tak akan di lupakan selagi hayat di kandung badan.  Ana pun masa tu setakad tukang buh ceri sahaja lah. 

Hari ini, ana nak kongsikan di sini dan juga sebagai rujukan sendiri di masa akan datang, In Shaa Allah. Resepi ni ana perolehi dari perkongsian di facebook. Hasilnya Alhamdulillah, nampak cantik, bunga pun tak jatuh dan rasa pun sedap lembut dan cair di mulut gituew. 

Resepi semperit tradisional 

Bahan-bahan semperit tradisional 

250g butter
2 biji kuning telur
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung kastad
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sk esen vanila
sedikit pewarna kuning 
ceri untuk hiasan

Cara buat semperit 


1. Masukkan butter, gula, telur, esen vanila dan pewarna kuning di dalam mangkuk dan kacau dengan senduk sahaja. 




2. Ayak tepung jagung, tepung kastad dan tepung gandum dan masukkan dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan. Boleh sahaja tambah sedikit demi sedikit tepung gandum jika adunan masih belum membentuk doh . 




3.  Ana gunakan acuan tekan pecah sepuluh dan tekan sehingga bunga semperit agak tebal dan tinggi. Letakkan ceri di tengah-tengah. 




4. Bakar pada suhu 150' api atas bawah, tray tengah dan selama 15 minit atau sehingga masak garing bahagian bawah semperit. 




Satu adunan ni ana dapat dalam 80 biji semperit lebih kurang. Memandang tahun 2020 ni beraya dalam PKP maka satu adunan dah cukup lah untuk kami sekeluarga menyambut raya tanpa tetamu. In Shaa Allah kita raikan juga Aidil Fitri sebagai kemenangan umat Islam berpuasa sebulan.