Dari Ramadan sebelum ni, anak-anak gemar sangat buat oden di rumah. Rasanya dah 3 kali kut dalam sebulan makan oden budak-budak ni. Depa sebenarnya rindu oden Family Mart tu , tapi walaupun dah di buka semula, cuma bab kena beratur panjang tu, jadi hilang mood nak masuk. Lagipun bukanlah satu keperluan sangat sampai nak keluar beratur ye tak. Benda boleh buat di rumah pun bahan pun senang. 




Resepi kuah oden ni dari video seminit Khairulaming lah siapa lagi. Senang sangat pun korang cuma campurkan pes asam pedas dan pes tomyam tradisional atau tomyam merah tu. Pandai-pandai lah nak adjust rasa dia, selalu budak-berdua ni buh 1 pek pes asam pedas dan 1 pek pes tomyam. Air jangan terlalu banyak sebab kuah oden yang sedap di pekat, cair tu tak syiok dah. Pastu adjust lah rasa dengan menambah garam dan gula. 

Masak hingga menggelegak. Pastu masukkan lah bahan-bahan fish ball, crab ball, fish cake, cendawan enoki atau apa-apa bahan steamboat yang korang boleh sahaja beli di pasaraya. Nak kenyang masukkan mee segera. Dah agak-agak masak baharulah angkat dan tuang ke dalam mangkuk makan bersama. Jangan pula korang didih kuah pastu tuang dalam mangkuk dan buh isi balls, nanti sejuk tak masak pula bebola-bebola nya ye tak. Lagipun oden kan sedap di makan panas-panas.




Rasanya sama lebih kurang makan steamboat tomyam sahaja lah kan. Tapi bagi yang suka pedas tu memang best nak-nak lagi makan malam di waktu cuaca sejuk. Adoi tiba-tiba teringat makan steamboat kat Cameron Highlands malam-malam. Semoga wabak Covid19 ini akan segera berakhir dan kita akan kembali kepada kehidupan yang normal. Bukan apa dah 3 bulan tak dapat balik kampung berjumpa mak dan abah, rindu, risau akan kesihatan mereka yang dah uzur malahan seribu satu lagi perkara bermain di fikiran. Sampai satu tahap ana berserah sepenuhnya kepada Allah swt, jagailah mereka didalam perlindunganMu. Aamiin.




14 Comments

  1. SEDAPNYA ODEN MOGA ALLAH LINDUNGI KITA DRPD SEGALA BAHAYA..RIND SGT KAT KAMPUNG HALAMAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, itu lah doa kita semua setiap hari kan PI..

      Delete
  2. Alaaaa napelah terkecur pepagi ni nampak oden huwaaa...nak pi Family Mart laaa..kang buat sendiri, sapo je nak makan huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. beratur panjang lah SL nak ke FM ye hehe :)

      Delete
  3. sedapnya oden...kalau saya beli je kat Family Mart yg sepelaung tu tapi bila tengok AJ buat ni terasa macam nak buat jer hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat puas hati Fuzy makan reramai hehe :)

      Delete
  4. Baru lepas mkn oden... Hehehe

    ReplyDelete
  5. Khairul aming punya ajaran senang nak follow kan :)

    ReplyDelete