Sepanjang PKP ni, suami banyak masa di rumah dari ke pejabat untuk meminimumkan bilangan staff di ruang kerja. Jadinya dengan kesempatan waktu yang di pinjamkanNya, dapatlah kami sekeluarga membuat pelbagai pengubahsuaian di dalam dan luar rumah. Bukanlah renovate rumah 😀😀 tapi sekadar make over semula ruang-ruang tertentu. Proses buang habuk, lap perabot, slidding dan tingkap. Bilik anak-anak pula depa request nak tukar warna dinding dan ubah tema warna dekorasi mengikut citarasa mereka. Dah siap nanti ana share sini kay mana tahu boleh di jadikan inspirasi dan bertukar-tukar idea sesama pembaca. 



Makeover sudut rak buku mini library 


Ruang pertama yang dah settle setakad ni dan ana kongsikannya di sini ialah makeover sudut rak buku dan mini surau. Ruang ni terletak di aras atas rumah berhadapan dengan tangga sahaja. Kecil sahaja ruangnya namun kami letakkan dan susun rak-rak buku agar memaksimakan ruang sebaiknya. Rak buku lama sebelum ni, ana buang kerana dah uzur sangat rasanya rak tinggi belah hujung tu dah 20 tahun dah umurnya. Ana beli ketika kami tinggal di rumah sewa waktu tu Kak Long baru berusia dalam 4 tahun dan ana letakkan mainan-mainannya di situ dahulu.


sebelum makeover sudut rak buku 


Dua kali pindah kami bawa rak tersebut dan sampai masanya ia ditamatkan perkhidmatan sebab dah mula mereput. Kayu compress ni macam makan diri sendiri lama-lama kan. Tapi padanlah pun dengan usia perkhidmatannya. Memandang kan Adik Ika make over bilik tidurnya, dan gantikan almari baju kepada chess drawer jadi almari bajunya kami make over jadikan rak buku dengan hanya membuang kan bahagian pintu. Haa.. itulah dia yang duk sebelah hujung tu, asalnya almari baju sebab tu ada ruang kosong di sebelah kiri yang ana susunkan koleksi majalah Seri Dewi Keluarga sejak tahun 2000 . Masa tu ana langgan majalah ni sebab tu lah banyak.


selepas makeover ruang dan tukar rak recycle dari bilik adik 


Almari buku yang berkaca tu pula dari bilik Adik Ika juga, ruang biliknya dah sempit jadi letakkannya di luar. Nampak ada perubahan pandangan di situ dan susun atur buku-buku koleksi novel anak-anak serta buku-buku cerita mereka dari kecil dan buku-buku rujukan sekolah serta universiti. Dekor lah sedikit dengan sentuhan pokok bunga segar agar memberikan sentuhan alami pada sudut ruang. Perhiasan kecil turut di letakkan sebab sayang nak buang hadiah dari kawan-kawan budak-budak ni. 

Sudut mini surau di rumah 

Di bahagian hadapan tangga pula ada sudut kecil yang sebelum ini ruang kerja suami dan ana sendiri ketika kami menggunakan desktop. Memandang kan desktop dah arwah, ana make over kan ruang tersebut sebagai mini surau. Ada juga rak-rak buku lama di situ dan ana tempatkan buku-buku agama serta Al-Quran dan Yaassin. Memang banyak surat-surat Yaassin kami simpan pemberian goodies dari majlis-majlis kan, simpan dan susun elok-elok. Tapi selang seli dan gilir-gilir lah di baca supaya dapat menyalurkan pahala kepada si pemberi, In Shaa Allah. 



Mini surau ni walaupun tak ada yang solat di situ kerana masing-masing lebih selesa solat di dalam bilik, lebih merupakan tempat letak sejadah dan telekung. Andai kata ada tetamu yang nak tumpang solat, boleh lah solat kat sini. Cuma ada kipas duduk sahaja di hujung sudut mungkin agak panas kalau tengahari. Ana letakkan juga sebuah meja belajar dan di atasnya printer dan laptop. Mudah kan nak buat kerja anak-anak yang belajar online sekarang ni. 

Inilah sahaja perkongsian idea yang tak lah sempurna mana dan cantik mana pun. Sekadar berkongsi ilham dekor sesama kita. Ciptalah setiap sudut ruang mengikut kemampuan dan keselesaan penghuni rumah, kerana rumah kita adalah syurga dunia buat kita sekeluarga. Pasti kan ia kemas, bersih dan tak perlu kan modal yang tinggi untuk rumah menjadi indah dan cantik. Make over perabot mana yang boleh, asalkan ianya sesuai dan relevan dengan kegunaannya. In Shaa Allah... kita sekeluarga akan hidup dalam suasana yang sakinah, mawaddah dan warrahmah di dalam istana cinta ciptaan kita sendiri. 

22 Comments

  1. Asalkan tuan rumah gumbira ;)

    ReplyDelete
  2. Simple tapi memberi kesan besar pada tuan rumah kan Kak Ana.Selesa pada mata,tenang hati.

    ReplyDelete
  3. ada sikit ruang untuk kita ber'me time' pun dah ok sangat dah...

    ReplyDelete
  4. wah bermakeover ya! mak saya pun dalam proses makeover dapur. nampak byk beza jugak sebelum pkp dgn sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang ambil ruang waktu yang ada ni kan aeril

      Delete
  5. Famous pokok2 kecik tu sekarang.

    ReplyDelete
  6. Suka tengok buku2 tersusun...terapi mata :)

    ReplyDelete
  7. Kemas!
    Samalah kita kak Ana, peminat SDK juga. Sampai sekarang simpan majalah2 tu, sayang nak buang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ada geng ni PH sayang sangat koleksi lama2 tu hehe :)

      Delete
  8. Sekali sekala bila tukar deco ruang rumah seronok & semangat je rasa 😀

    ReplyDelete