Tiga bulan lebih Adik Ika tinggalkan kolej selepas berlakunya PKP dahulu. Syukur sangat waktu awal-awal lagi Adik dah ada di rumah kerana balik hujung minggu asalnya, terus pengumuman PKP pertama dia dah ada di rumah sampailah ke hari ini. Balik mingguan tak adalah dia bawa banyak barang cuma Alhamdulillah dia bawa balik laptop. Lain-lain tinggal di bilik kolej termasuk lah buku dan calculator nya. Sedangkan lepas seminggu PKP kelas berjalan secara online, mujur ada calculator Kak Long boleh lah di gunakannya. 

Bila bilik tinggal ada juga kerisauan kerana roommate pun sempat balik sebelum PKP di laksanakan. Antara yang ana risau kalau ada stok makanan budak-budak ni dalam bilik, bayang kan lepas 3 bulan mau berkulat dan berbau bilik. Akhirnya ada kelegaan bila pihak Universiti memaklumkan dah boleh ambil barang dan kosong kan bilik selepas 3 bulan lebih ni. 



Proses pengosongan kolej kediaman UiTM 


Adik Ika mendapat info dari pihak pengurusan Kolej Mawar , UiTM untuk mengosongkan bilik kolej melalui hebahan di Instagram, Twitter dan juga Telegram. Semua maklumat di sediakan boleh di akses melalui laman web rasmi UiTM. Setiap pelajar di berikan tarikh dan  waktu dan TIDAK di benarkan memilih tarikh dan waktu ataupun membuat pertukaran. Setiap pelajar hanya di berikan masa mengemas dan mengosongkan bilik 40 minit sahaja. Pelajar boleh naik seorang sahaja ke blok kolej dan waris hanya menunggu di ruang parkir. Hanya seorang waris sahaja di benarkan masuk ke kampus, dan pelajar perlu mengisi borang sarinag pada waktu dan tarikh tersebut sebelum di benarkan masuk. 

Adik Ika dah isi siap-siap secara online jadi mudah sahaja di benarkan masuk oleh Polis Bantuan dengan ayahnya. Sekiranya tak lengkap isi kena tunggu di luar dahulu sebelum boleh masuk ke kampus. Jangan lupa isi awal-awal ye anak-anak kerana hanya ada masa 40 minit setiap pelajar di benarkan berada di kolej kediaman masing-masing. Alhamdulillah, Adik Ika sempat kemas barang, kosong loker dan serahkan kunci di pejabat pengurusan kolej dalam masa yang di tetapkan. Ini antara SOP yang wajib di patuhi oleh pelajar yang di berikan oleh pihak pengurusan kolej dan kampus. Ana yakin ini sebagai langkah keselamatan untuk pelajar dan pihak kolej semestinya. 

Pengajian seterusnya masih dalam talian sehingga lah di beritahu kelak oleh pihak universiti. Syukur sangat kerana Adik tinggal tak lah jauh dari kampus dan masih dalam negeri yang sama. Mungkin ada kesukaran juga untuk pelajar yang tinggal luar Selangor atau pun yang jauh, perlulah rancang perjalanan dan mematuhi proses pengosongan mengikut SOP yang di tetapkan. Agak sukar juga sebenarnya menjalani pengajian secara online 100% ni, namun itulah hakikatnya akibat pendamik Covid19 , kehidupan sudah tidak seperti dahulu lagi. 

Sama-sama kita doakan agar wabak ini akan pergi dan pupus dari bumi Allah swt dan mngembalikan kehidupan normal anak-anak malahan kita semua. Sementara itu, adalah menjadi tanggung-jawab kita masing-masing untuk menjaga keselamatan diri sendiri kerana PKPP ini hampir semua sudah beroperasi semula. Teruskan berdoa kerana hanya Allah swt kita panjatkan pengharapan di samping usaha untuk keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga. 


24 Comments

  1. Semoga cepat Covid ni hilang, tak seronok juga nak mengajar atas talian, tak ada human touch, rasa 'jauh' dari pelajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat kan syaz, aamiin.. aamiin Ya Rabb

      Delete
  2. Mujurlah satu negeri K.Ana mudah sikit urusannya.
    Kalau nun di uta atau selatan leceh jugakkan.
    Rumah baharu ek Mrs. A sukalah rasa macam nak tukar jugak hiks!

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua dilindungi daripada penularan wabak covid ni. aamiin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah, anak Lin awal-awal hrtu dah bawa balik semua. Baik di kamsis, baik di rumah sewanya, semua dah di bawa, kalau tak kelam kabut gak emaknya ni...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Dipermudahkan urusan Adik Ika. Semoga covid-19 ni cepatlah menghilang. Aaminn2

    ReplyDelete
  6. itulah
    harap2 jumpa vaksin lagi cepat
    senang sikit kan

    ReplyDelete
  7. semoga kita semua dilindungi daripada wabak Covid19 ni..bukan mudah untuk belajar secara online..tak semua org mempunyai kemudahan internet yang mencukupi

    ReplyDelete
  8. adik saya pun minggu lepas baru dapat ambil barang dari rumah sewa dia. kontrak rumah sewa habis, nasib dapat tuan rumah baik hati tolong simpankan barang-barang

    ReplyDelete
  9. Harap covid-19 cepat hilang

    ReplyDelete
  10. Mudah-mudahan Covid-19 segera berlalu pergi. Banyak sangat perubahan yang berlaku dalam tempoh 3 bulan. Moga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  11. Belajar online tak semudah belajar bersemuka. Motivasi kena tinggi sebab belajar sorang-sorang kat rumah.

    ReplyDelete