Bermulanya hari ini 10hb Jun 2020, kita akan menjalani satu lagi fasa baharu dengan berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ) yang di ambil alih pula oleh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) sehinggalah 31hb Ogos 2020 nanti. Banyak kelonggaran dan rasanya hampir kembali kepada kehidupan sebelum ini di mana banyak sektor telah pun di buka semula. Dan yang paling di nantikan rakyat Malaysia ada lah kebebasan untuk merentas negeri tanpa had telahpun di benarkan. 

Tapi itu bukanlah bermakna kita telah bebas dari pendamik Covid19, perlu di ingatkan ia masih ada. Sepanjang tempoh PKP selama 3 bulan lebih kita telah di didik untuk menjalani kehidupan dengan norma-norma baharu yang mana banyak SOP diperkenalkan untuk di patuhi dan ianya menampakkan hasil yang baik bila rantaian Covid19 kini hampir berjaya di putuskan. Untuk meneruskan kehidupan kini, mahu atau tidak kita perlu mengamalkan SOP yang di tetapkan agar kita akan sentiasa dapat menghindari dari wabak. 



Salah satu yang penting selain dari penjarakan sosial, penutup hidung dan mulut adalah pembersihan diri dan tempat kediaman dengan mencuci tangan dengan sabun secara kerap dan juga penggunaan cecair pembasmi kuman . Inilah yang akan ana kongsikan dengan pembaca iaitu ana sendiri akan membawa ke mana sahaja hand sanitizer untuk membersihkan tangan bila berada di luar rumah dan untuk membasmi kuman di dalam rumah pula ana menggunakan semburan pembasmi kuman dari jenama DARCE . Ia dikenali sebagai DARCE Multi-purpose Surface Disinfectant Spray

Apakah kelebihan DARCE Multi-purpose Surface Disinfectant Spray


sumber : FB Darce World

Inilah beberapa kelebihan semburan pembasmi kuman DARCE Multi-purpose Surface Disinfectant Spray seperti : 

Semburan pelbagai kegunaan atau Multi-purpose Spray di mana ia boleh di gunakan di mana-mana permukaan seperti pada perabot di rumah, di dalam kenderaan, di pejabat, pada tombol pintu dan sebagainya. Semburan sesuai untuk semua jenis permukaan sama ada besi, kayu atau plastik dan sebagainya dan ia TIDAK PERLU DI BILAS

Semburan ini berkesan untuk membasmi kuman , bakteria dan virus sehingga  99.99%  ( Kills 99.99% germs, bacteria & virus ). DARCE Multi-purpose Surface Disinfectant ini memberikan perlindungan maksima dalam langkah-langkah pembersihan permukaan ruang kediaman serta kenderaan kita .( Maximum protection ) . Namun ianya masih selamat pada kulit kita dan kanak-kanak ,usah risau pula kay. ( Safe for Skin ) Lebih menarik ia mempunyai haruman lavender segar jadi ia bagaikan dua dalam satu masa membersih dan menyegarkan ruang.


sumber FB Darce World


Kandungan bahan utama adalah bahan aktif Alcohol dan Benzalkonium Chloride yang mampu membasmi kuman sebaiknya. Dan lebih menyakinkan kerana produk DARCE adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia serta NPRA .

Pengalaman ( review ) menggunakan DARCE Multi-purpose Surface Disinfectant Spray


Untuk ana sendiri, adalah satu keperluan untuk memiliki satu botol DARCE Multi-purpose Surface Disinfectant Spray di rumah . Ini kerana ianya sangat mudah dan praktikal untuk di gunakan seharian, khasnya apabila ana terpaksa keluar rumah seperti membeli keperluan makanan dan peribadi. Bila masuk sahaja ke dalam kereta, ana akan semburkan DARCE Multi-purpose Surface Disinfectant Spray cepat-cepat . Jadi kita akan berasa lebih selamat berada dalam kereta bersama anak-anak sepanjang pemanduan perjalanan. 




Jadi setiap kali nak keluar atau balik tu semburkanlah dalam kereta kita, jangan pula tinggalkannya dalam kenderaan agak bahaya kerana ia mengandungi alkohol, kay. Bahan yang mudah terbakar bila terdedah pada kepanasan. Sembur bila masuk atau keluar dari kereta sahaja dah memadai. 




Ana juga menggunakannya untuk sanitize tombol pintu dan gril rumah. Bukan apa, tombol pintu ni akan di pegang oleh anggota keluarga kita setiap kali keluar dan masuk rumah selepas berada di luar. Jadi untuk mempastikan ianya sentiasa bersih , semburkan sahaja DARCE Multi-purpose Surface Disinfectant Spray dan lap dan ia tak perlu di bilas. 


Korang yang bekerja di pejabat , sekolah atau mana-mana premis perniagaan pun boleh sahaja menggunakannya untuk membersihkan dan membasmi kuman di ruang kerja. Ini kan salah satu SOP dalam PKPP yang wajib kita lakukan dalam norma baharu kehidupan pasca Covid ini. 




Bukan sahaja kegunaan untuk pasca Covid19, DARCE Multi-purpose Surface Disinfectant Spray inikan pelbagai kegunaannya, jadi ana semburkannya pada bilik air dan tandas kerana di sana juga terdapat pelbagai bakteria dan kuman yang tidak kelihatan. Untuk mendapatkan kebersihan tandas dan bilik mandi, gunakanlah semburan DARCE , tandas bersih malahan wangi dengan haruman lavender . Barulah selesa kan. 


Untuk sebarang pertanyaan dan butiran produk 
DARCE Multi-purpose Surface Disinfectant Spray 
bolehlah singgah ke mana-mana pautan yang ana berikan di bawah : 

Laman web : www.darceworld.com
Instagram : @darceworld

DARCE Multi-purpose Surface Disinfectant Spray boleh di beli dari 
mana-mana farmasi terpilih antaranya di cawangan-cawangan AA Pharmacy 
atau secara online di 
dan pembelian secara pukal boleh lah
whatsapp ke : https://bit.ly/2UGIeFI


Tak kira lah semasa kita sedang dilanda wabak atau pun tidak, kita perlu juga menjaga kebersihan diri dan kediaman kita sepanjang masa. Jadi amat perlu kepada produk penjagaan serba guna seperi DARCE Multi-purpose Surface Disinfectant Spray ini untuk mempastikan kita sentiasa bersih dan selamat dari pelbagai jenis virus, kuman dan bakteria semaksima mungkin. Teruskanlah tabiat yang baik dalam menjaga kebersihan, santizing & disinfecting sepanjang masa sekerap yang mungkin. Sentiasa berwasapada dan berjaga-jaga dan sentiasa pastikan kita selamat. 

"Continue the good habits of cleaning, sanitising and disinfecting regularly. Don't slack now and let all our efforts go to waste!
Stay vigilant and stay safe!"

#ItDarceWork
#DarcePersonalCare
#SurfaceDisinfectant
#Disinfect

18 Comments

  1. Kita perlu patuh SOP dan kita jaga kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bunda sekarang ni tanggung jawab kita sendiri dah kan

      Delete
  2. bagus², kena ada 1 dekat rumah ni...

    ReplyDelete
  3. besaq eh botoi dia kak ana..puas hati ni kalau pakai..lambat habis..hihi..

    ReplyDelete
  4. Memang kena ada dekat rumah spray ni kak. Spray dekat kawasan selalu disentuh kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah AS kena ada setiap rumah atau ruang kerja

      Delete
  5. Assalamualaikum.. Wahh.. senang je main sembur2 mcm ni... banyak jenama juga kan yang ada di pasaran. Terima kasih atas perkongsian. sekurang2nya review ni boleh dijadikan rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, kena pilih jenama yang di percayai akan kandungan alkoholnya kan baru lah efektif

      Delete
  6. Senang la kalau pakai jenis sembur2 macam ni..

    ReplyDelete
  7. sembur dan kita jaga diri. yang penting jangan leka, kan kak. thank you share produk best best

    ReplyDelete
  8. Macam best produk nie Ana, tambah ada lavender tu.. sukaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Sue cuma bau dia tak kuat sangat soft je

      Delete
  9. kebetulan tgh cari disinfectant boleh try la nanti

    ReplyDelete