Tumis pucuk paku
Setiap kali balik kampung, suami pasti minta mak ana masak kan sayur pucuk paku. Pucuk paku banyak je tumbuh keliling rumah, cuma kadang-kadang nak pi petik tu jer masalah sebab ia tumbuh dalam parit agak semak samun. Takut gak kan ada penghuni berlingkar dalam parit tu, kan naya. Sudahnya tak petik pun pii jer pasar besar Teluk Intan nun. Kat tempat niaga sayur-sayur kampung sana banyak je jual pucuk paku segar-segar. Seikat RM1 - RM2 sahaja harganya. Tak payah lah nak randuk parit bagai.
Alhamdulillah, minggu lepas sebaik sahaja di umumkan boleh rentas negeri, kami ambil peluang balik kampung Teluk Intan. Nantilah ana terbitkan kenangan balik rentas negeri ni di entri akan datang, panjang ceritanya belum ada idea nak menulis lagi. Kali ini ana nak kongsikan menu resepi kesukaan suami dan adik ipar ana tiap kali balik kampung, sebabnya kalau di rumah ana tak makan pucuk paku sebab bila makan sakit urat, sakit pinggang pula. Kata orang tua-tua, angin. Waallahu a'lam.
Pucuk paku kampung
Lepas Subuh terus ke pasar Teluk Intan dengan suami nak cari udang dan ikan pelaling mak ana nak masakkan masakan kesukaan kami semua sayur perut ikan. Menu ni memang kegemaran seisi kampung, bukan buh perut ikan tau namanya sahaja perut ikan, mak buh isi ikan dan udang jer campur sayur-sayuran. Pernah ana terbitkan resepi nya di 🔜🔜 RESEPI PERUT IKAN . Sambil tu kami cari lah pucuk paku, dapat segar bugar lagi pucuk pakunya. Sekilo RM5 , ana ambil dalam secekak untuk sekali masak berharga RM2.80 sahaja.
Sayur tumis pucuk paku
Tumbuk kan bawang merah, bawang putih, cili merah dan sedikit ikan bilis. Ikan bilis ni sebagai perencah sebab suami ana tak makan belacan, kalau buh belacan lagi lah sedap kan. Tumiskan bahan-bahan tumbuk , masukkan pucuk paku yang dah di siang dan bersihkan. Haa! Korang kalau bersihkan pucuk paku tu belek elok-elok naa, takut ada makhluk bernyawa terselit celah-celah daun tu, sebab tu kena siang satu persatu. Bersih bilas air dan toskan sebelum masuk dalam kuali.
Rasakan dengan garam dan siap lah menu tumis pucuk paku idaman suami. Sedap, licin di makan dengan nasi. Selera sungguh laa, Alhamdulillah. Air tangan mak memang tak pernah tak sedap kan. Syukur mak masih kuat di usianya dan mampu nak masakkan untuk anak cucu. Bila kami balik, mak cuma masakkan sahaja, penyediaan dan bersihkan semula tu kami yang buat, bukan apa, mak sendiri yang nak masakkan untuk anak cucunya. Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik buat semua ibu-ibu di dunia ini, aamiin.
28 Comments
Sedapnya kak Ana...lama x makan pucuk paku..macam susah dapat je musim2 PKPP ni..
ReplyDeletekat kg SA ada kut cari kat pasar :)
DeleteSEDAPNYA TUMIS PUCUK PAKU SEGAR
ReplyDeletetu lah PI kat kampung je dapat yang segar-segar ni :)
DeleteLama tak mkn pucuk paku..
ReplyDeleteCH pun suka masak tumis mcm ni..
sedap kan CH :)
DeletePucuk paku tu nampak segar. Saya pun suka masakan pucuk paku. Tapi memang betul la..kena telek sungguh2, pernah jumpa ulat halus hijau sama pulak kaler pucuk paku..adehh, jadi fobia jap nak makan sayur pucuk paku. Hahaa
ReplyDeleteitulah Ujie kena belek satu-satu masa kita siang tu kan :)
DeleteSedap betul masak tumis pucuk paku ni. Mak saya panggil pucuk paku tanjung.
ReplyDeleteowh ye ke Amie, sedap pula namanya hhe :)
DeleteMemang betul..sedap
ReplyDeleteCB pun suka rupanya :)
DeleteKat sini banyak tumbuh tepi sungai.
ReplyDeleteSekarang dah ada orang tanam secara komersial.
i ye wak, kalau di kampung tumbuh melata je kan :)
DeleteAntara sayur kampung favourite saya ni.
ReplyDeletewahh JR pun penggemar pucuk paku rupanya :)
DeleteSedap ni nyums!
ReplyDeletewow :)
Deletedeoa kata sedap. tak saya xpernah makan.. hgehe
ReplyDeletekena try sekali ZT hehe :)
Deletekolin baru masak minggu lepas kak. pucuk paku bilis masak lemak cili api hehehe
ReplyDeleteamboi heaven tu :)
DeleteSedap nye kak ana
ReplyDeletewahhh DP pun suka ye :)
DeleteYa Allah.Nikmat ni.Memang suka makan sayur pucuk paku.Nasinya sikit sayurnya banyak.
ReplyDeleteAllahu PC penggemar pucuk paku rupanya :)
Deletewahhhh sedap ni tumis pucuk paku!
ReplyDeleteana pun suka makan pucuk paku rupanya :)
Delete