Sebelum ni Adik Ika rajin beli aiskrim Malaysia yang di jual oleh kawan sekolahnya. Sebatang RM1 dan ada macam-macam aiskrim yang di jual, ada aiskrim Sumi, aiskrim Oreo, Solero, Choki Choki dan lain-lain. Memang sedap, cukup lemak manis dan masamnya. Beberapa kali juga dia repeat order dengan kawan nya tu, nak support kawan katanya. Alhamdulillah. Baru-baru ni ana belikan anak-anak ni plastik aiskrim Malaysia kat kedai Acheh. Saja je nak suruh dua beradik ni try lah buat aiskrim Malaysia kat rumah. Depa pun boring gak, tak ada aktiviti kan. 





Mula-mula depa buat aiskrim limau asam boi. Ini memang kesukaan ana lah yang masam-masam ni. Banyak dapat , bila lepas makan nasi , itu lah dessert kami. Kemudian depa buat aiskrim Milo dan Koko guna serbuk coklat. Hat ni ana kurang sikit sebab manis. Dua tiga hari lepas pesan kat ana suruh beli kan Choki Choki dengan Oreo, nak buat aiskrim kata depa. Ana pi Speedmart 99 , tak ada pula stok Choki Choki, Oreo dapat lah ana beli sebungkus dan nampak Sumi Jelly tu ana belikan sekampit.  



Susu cair dan susu pekat ada jer stok kat dapur.  Mulalah budak dua beradik ni menggodek aiskrim Malaysia dan Alhamdulillah jadi, sedap pula tu. Resepi aiskrim Oreo dan Sumi ni ana dapat dari youtube. Senang kan sekarang ni, semua di hujung jari dah. Ana kongsikan semula di sini dan di channel Youtube @anajingga . Ilmu yang baik kenalah sebar-sebarkan semoga ada manfaatnya buat sesama insan, tak gitu. 

Cara buat aiskrim Oreo dan aiskrim Sumi 

Bahan-bahan buat aiskrim Oreo / Sumi  : 


Plastik aiskrim Malaysia 
Susu Cair 1 tin
Susu pekat manis - ikut manis yang korang nak kami guna 1/2 tin 
2 tin susu Air masak  - cukup-cukup nanti aiskrim lemak manis jangan terlebih air cair tak sedap. 
2 sudu kecil tepung jagung ( bancuh dengan sedikit air ) - untuk memekatkan susu dan lemakkan rasa aiskrim 
1 pek biskut Oreo - pecah-pecahkan
atau pun 
1 pek Sumi Jelly 

Cara buat aiskrim Oreo / Sumi boleh lah korang tonton di Youtube bawah ni atau ana kongsikannya juga di sini . 



Cara buat aiskrim Malaysia Oreo / Sumi 

1. Bancuhkan tepung jagung bersama air . 

2. Di dalam periuk masukkan 1 tin susu cair dan campurkan dengan 2 tin air masak. Gunakan sukatan tin susu cair tu sahaja. 

3. Masukkan pula 1/2 tin susu pekat manis. Kalau nak manis tambahlah ikut selera masing-masing sebab ana gunakan setengah tin ni dah cukup lemak manis dah. 

4. Masakkan di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Jangan tinggalkan nanti susu membuak . Sentiasa kacau . 

5. Didihan pertama masukkan banduhan tepung jagung tadi dan terus kacau lagi hingga didih kali kedua. Matikan api dan sejukkan terlebih dahulu pada suhu bilik. 

6. Jangan pek aiskrim ketika panas kerana ia akan melarutkan biskut oreo atau sumi jelly kita. Dah sejuk baharulah isikan plastik aiskrim dengan pecahan biskut Oreo atau Sumi Jelly. 

7. Gunakan corong untuk menuangkan bancuhan susu kita tadi ke dalam plastik aiskrim supaya mudah. Carilah apa yang boleh di guna pakai di dapur korang tu. 

8. Tuang kan susu dan tinggalkanlah sedikit ruang untuk mengikatnya di hujung, simpulkan kuat-kuat agar tak keluar susu kita tuang tu kan. 

9. Simpan dalam frezer semalaman dan dah keras tu boleh di makan. Senang kan. Selamat mencuba. 

Resepi dan bahan ni sama sahaja untuk korang nak buat aiskrim Malaysia yang lain cuma kalau Choki Choki tu korang paipkan lah isi Choki Choki dalam plastik aiskrim. Kalau solero pula korang perahkan jus limau kasturi dan campurkan pewarna hijau bersama adunan susu tadi. Ikutlah kreativiti dan selera masing-masing naa :)



16 Comments

  1. Budak2 suka sangat aiskrim ni kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tapi okay resepi ni Syaz sebab susu di masak tak lah sakit perut kalau anak2 makan kan :)

      Delete
  2. Kak Ana dapnyer aiskrim Malaysia. Hehehe suka gak makan aiskrim tapi nak buat tu laa hehehe .. busy manjang kita ..

    ReplyDelete
  3. CP suka ais krim choki choki :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gak nanti kak ana buat bila dapat choki2 nya hehe :)

      Delete
  4. sedap aiskrim msia ana dulu aiskrim ni perasa biasa ja harga sekupang satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PI sekupang je sebatang merasa juga lah masa2 tu tapi yang ada pun asikrim asam boi, oren, sirap atau sarsi je kan hehe :)

      Delete
  5. aduh.. sedapnya kak oi, dana teringat plastik aiskrim ni yang minta Edy belikan masa PKP sampai dah nak abis PKP tak terbuat-buat heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Dana, pii buat ajak Aiyan tolong hehe :)

      Delete
  6. Budak2 memang suka nih. kalau boleh sampai lekang pintu peti sejuk tu.Hahah

    ReplyDelete
  7. Sedap ni..sambil tengok tv makan ais krim.Hehehehe.

    ReplyDelete
  8. aduila sedapnya tak penah lagi buat sendiri. beli pandai laa hihi

    ReplyDelete