Semalam rata-rata laman sosial media panas dengan isu lesen Finas untuk terbitkan video sama ada di youtube, instagram atau tiktok . Macam-macam status ana baca lalu lalang di new feed. Paling tak seronok adalah kata-kata yang tidak baik dengan cacian dan kecaman. Dah jadi lumrah dah sekarang ni, kecam dahulu tak kira lah berita itu sahih atau tidak lagi. Nauzubillahi min zalik. 

Apa kata tarik nafas dalam-dalam dan tenang seketika. Ya! Ana sendiri pun terperanjat dengan berita ini kerana sebagai pemain media sosial kita bimbang sekiranya ia benar adalah akan menjadi satu beban masalah juga. Tapi ana tenang dahulu , tunggu pasti akan ada penjelasan rasmi dari pihak yang berkuasa. Lagipun kalau guna logik akal , tak mungkin lah kan kerana setakad upload video  youtube atau instagram beberapa minit dan kebanyakannya pun video personal. Tak kan lah itu pun perlukan lesen. 

Lega beberapa lama kemudian keluarlah satu keratan siaran akhbar dari Menteri Komunikasi & Multimedia yang menjelaskan situasi sebenar. Kisahnya dalam soal jawab parlimen bukanlah satu kenyataan rasmi yang dah di wartakan. Akta yang di sebut beliau adalah akta yang telah lama di guna pakai sekitar tahun 1980-an, di mana waktu itu ianya merujuk kepada syarikat penerbitan. Waktu itu belum ada sosial media seperti hari ini dan semua video yang di terbitkan adalah dari pihak penerbitan sahaja. Jelas satu bab. Alhamdulillah. 



Dan untuk perincian lebih jelas, ana paparkan pula di sini petikan akhbar Kosmo Online mengenai isu ini. 

"PUTRAJAYA – Pengguna media sosial bebas menggunakan platform sedia ada seperti TikTok dan YouTube termasuk menghasilkan dan memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan bertegas dengan pendirian untuk mendokong prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta FINAS untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Justeru, Saifuddin berkata kerajaan akan meminda Akta FINAS 1981 (Akta 244) dengan mengambil kira situasi semasa.

Beliau berkata pihaknya telah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bawah pengawasan kementerian itu agar bersesuaian dengan situasi semasa seperti yang diumumkan pada 20 Jun lepas. “Kami akan memulakan proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Jadi bukan lah lagi satu isu nampaknya untuk pengamal media sosial untuk menerbitkan video personal. Cuma adalah menjadi tanggung jawab kita sendiri menjaga tatasusila penerbitan, dan yang paling penting jaga dari segi hukum syariah agama kita. Jauhkan menerbitkan video yang tidak berakhlak, fitnah, aurat dan peliharalah diri dari dosa jariah di sosial media masing-masing. Pilih lah untuk mencari populariti, wang ringgit atau pun mencari redha Allah swt kerana semua di dunia ini adalah sementara dan kita tidak akan terlepas audit di akhirat nanti. Waallahu a'lam. 

8 Comments

  1. penjelasan ini dapat merungkai kekeliruan yang timbul

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah wak , sebelum ni kecoh juga sosial media pasal isu ni terkejut kut kan tiba2 kena lesen bagai hehe :)

      Delete
  2. melegakan youtuber2 di luar sana...done subs channel anajingga juga...thanks subs cikgu zim ya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu, all the best buat cikgu juga

      Delete
  3. Kecoh kan semalam berkenaan hal ni, nasib baik dah clarify semula

    ReplyDelete
  4. RAMAI YG SALAH FAHAM TU TERMASUK KAK HEH..HEH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula saya pun terkejut juga lah tapi macam cool dulu tunggu kenyataan rasmi baru lega sikit :)

      Delete