Terlibat dengan kemalangan pemandu menentang arus
Dah hampir sebulan lebih kejadian ni berlaku. Sehari sebelum kami balik kampung selepas dibenarkan rentas negeri yang lalu. Tengahari tu, ana , suami dan kak long ke Nagoya untuk cari kain langsir. Balik terus ke kedai tak jauh dari rumah dalam 1 km sahaja lebih kurang dari rumah. Lepas selesai beli barang dan ke farmasi belikan mak abah facemask, suami terus pandu nak balik rumah. Waktu tu hujan renyai-renyai.
Sampai sahaja di simpang masuk bulatan kecil di Saujana menuju je Taman Desa, ana perasan ada sebuah kereta yang laju menuju ke arah kami yang nak keluar. Ia menentang arus yang mana sepatutnya dia masuk ke bulat tetapi ia masuk ke arah bertentangan. Ana jerit dah kat suami , bagitau ada kereta cuma suami tak perasan kerana ia dari arah yang tak sepatutnya kan. Semuanya berlaku sekelip mata. Kereta nya bergesel dengan kereta kami. Suami brek mengejut dan berhenti.
Pemandu kereta Pesona tu pun berhenti dan keluar dari keretanya. Seorang lelaki India dan soalan pertama dari suami , "awak mabuk ke ?". " Sorry, sorry bang, saya tak mabuk, saya ikut waze," jawabnya. Suami keluar lihat keliling kereta kami, teruk juga bahagian depan di gesel. Kemek juga bumper dan no plat kereta pun melekat kat celah tayar kereta Pesona tu. Apapun Alhamdulillah kami semua okay dan dia pun okay. Semuanya dengan izin Allah swt, sedetik lewat atau cepat memisahkan kami dengan ajal kerana kereta tu memang melungsur laju depan kami.
Berapa lama laporan polis kemalangan jalan raya siap ?
Begitulah kalau perkara nak terjadi, tak jauh mana dari rumah dan sekelip mata sahaja. Bila kita dah berhati-hati, ada pula orang yang melanggar peraturan sewenang-wenangnya. Ana keluar ambil beberapa keping gambar di tempat kejadian termasuk plat nombor kereta nya. Dia pun nampak macam orang yang baik, bukan lah jenis baran. Suami bertukar no telefon dan masing-masing akan buat laporan polis.
Lepas zohor, ana teman kan suami ke Balai Polis dan membuat laporan. Kami hubungi adik ipar ana yang bekerja di syarikat insuran kereta kami tu, dan dia suruh bawa ke bengkel kereta. Proses laporan polis ni ambil masa tapi boleh sahaja ke bengkel terus. Nanti lepas keluar keputusan pihak polis baharu bengkel akan claim dari mana-mana insuran yang di dapati bersalah. Kejadian tu berlaku hari Jumaat dan esok pagi kami plan nak balik kampung. Isnin sahaja lah nampaknya kami akan ke bengkel.
Hantar bengkel kereta terlibat kemalangan untuk proses insuran
Pagi Isnin, suami ke bengkel dan servis Perodua dan dari nasihat pegawai di sana menyuruh kami ke bengkel panel Perodua yang tak jauh dari situ kerana kalau di Perodua akan mengambil masa yang lama untuk baik pulih kereta. Kami hantar ke bengkel panel dan berurusan dengan Puan Nita yang menguruskan soal insuran.
Lepas seminggu lebih kurang, kereta dah siap dan kami boleh ambil terlebih dahulu sebelum keputusan polis keluar. Laporan polis mengambil masa 14 hari bekerja. Beberapa hari lepas baharu suami mengambil keputusan dari IPD Gombak dan Alhamdulillah, pihak pemandu Pesona telah di kenakan saman RM300 bermakna kami tidak bersalah dalam kemalangan ini.
Kami hantar laporan keputusan polis kepada Puan Nita ( bengkel ) dan semua tuntutan insuran akan di pindahkan kepada pihak yang melanggar. Bermakna insuran kami tidak di usik. Alhamdulillah. Semoga perkongsian pengalaman ini boleh menjadi rujukan mereka yang senasib dengan kami.
Apapun setiap kejadian yang berlaku ada hikmah dan peringatan dariNya. Betapa dekatnya kita dengan ajal setiap detik kehidupan ini. Berhati-hatilah sentiasa di jalan raya. Syukur juga kami berhadapan dengan insan yang baik dan tidak berlaku sebarang pertelingkahan semasa kemalangan berlaku. Semua urusan pun di permudahkanNya. Ini kali kedua, Axia terlibat dalam kemalangan dan dua-dua pun bukan kesalahan kami.
23 Comments
Eh kebetulan sama pulak topik kita arini..saya pon buat topik ni..kereta first dulu excident..sampai total loss huhuhu. Betul, ada hikmahnya apa yang berlaku..sedar atau tidak saja kan.
ReplyDeletesemoga bermanfaat kan AD perkongsian kita di blog ni pada yang tercari2 info berkaitan
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteDapat diselesaikan dengan cara yang baik
Alhamdulillah wak
DeleteAllah, perkara yang paling tak diingini..
ReplyDeletebetul Syaz semoga kita di jauhkanNya dari segala keburukan, aamiin
DeleteALHAMDULILLAH SELAMAT SEMUANYA N ALLAH PERMUDAH URUSAN TENTANG TU
ReplyDeletealhamdulillah PI
Deletenasib tak ada apa!..be safe kak
ReplyDeletealhamdulillah Kolin
DeletePernah juga accident atas sebab kecuaian pemandu lain. Kita dah berhati-hati, beringat tapi kena juga.
ReplyDeleteApapun alhamdulillah kak ana & semua selamat.
alhamdulillah Ph begitu lah kan kita dah sebaik hati2 benda nak jadi jadi juga
DeletePernah accident dengan lori pasir masa tu tengah tunggu lampu isyarat hijau. Mujurlah kami tak ada apa², keputusan polis pun lori tu yang salah. Lama jugak kereta masuk bengkel. Lepas dari kejadian tu rasa trauma kak ana bila lori kat belakang bila tengah tunggu lampu isyarat.
ReplyDeletehaah Kinah, yop pernah cite kan, memang trauma tiap kali kak ana lalu bulatan tu sebab dekat je dengan rumah kak ana nak tak nak kena lalu gak kan :(
DeleteNasiblah puan accident dengan pemandu yang bertimbang rasa, saya dulu accident dengan pemandu yang panas baran! Dia dah langgar side mirro sebelah pemandu. Side mirror tu pecah, saya minta ganti. Dia cakap kereta dia bercalar, sapa pulak nak ganti.
ReplyDeleteIkut hati nak hentak je, walaupun diaorang 4 orang, saya sorang.
Tapi fikir, tak pasal pasal masuk penjara, saya beralah.
Kereta perdana dia ada lambang Anugerah ntah apa ntah, a.k.a Datuk Seri kot, tapi kedekut nak mampus!
Tu malas nak bawa kereta, orang lain punya salah, kereta kita jahanam!
Allahu, sombong sangat orang nya, tak apa lah Ali beralah tak bermakna kita di pihak yang salah, kita berfikir panjang sebenarnya.
DeleteAllahuakbar. Syukur alhamdulillah selamat semuanya dan dimudahkan urusan akak.
ReplyDeleteTake care kak
terima kasih DP
DeleteAllahuakbar..Syukur semua selamat. Nasib baik jugak pemandu sana pun orang boleh bawak bincang dan takde bising2. Ada sesetengah pemandu walaupun salah dia tapi dia tak mengaku..
ReplyDeleteAlhamdulillah Han
DeleteAllahu Akbar!
ReplyDeleteYang penting jiwa selamat! Syukur!
Baru-baru ini pun kereta yang dipandu suami kena langgar kenderaan besar, habis pecah lampu dan bahagian depan kereta. Syukurlah yang langgar tu mengaku kesilapannya. Tak buat report, sebab terus diselesaikan di bengkel, dan dibayar semuanya oleh yang melanggar tu.
alhamdulillah amie
Deleteya D lepas kemalangan rasa lain dah nak drive pun jadi trauma kan.
ReplyDelete