WAKTU MELAWAT & BILANGAN PELAWAT YANG DIBENARKAN DI HOSPITAL KKM SEMASA TEMPOH PKPP
Sesuatu yang amat kita risaukan semasa kita di uji dengan pendamik ini ialah kesihatan diri dan juga ahli keluarga tersayang. Macam ana sendiri amatlah bimbang memikirkan keselamatan dan kesihatan kedua mak abah di kampung. Ketika waktu PKP dahulu lagilah risau teramat kerana tidak di benarkan pulang ke kampung untuk menziarahi mereka, semuanya kami berserah pada Allah swt dan alhamdulillah segalanya baik-baik sahaja.
Kini kita di tempoh PKPP , hospital masih lagi merupakan kawasan yang kawalan pencegahan sepenuhnya. Selagi tiada keperluan, pasti kit a akan menggelak daripada ke sana. Antara perkara yang perlu kita ketahui ialah bilakah waktu melawat & bilangan pelawat yang di benarkan di hospital kerajaan ? Melalui perkongsian di page KKM ana kongsikan disini butiran nya. Semoga bermanfaat buat kita semua, In Shaa Allah.
Waktu melawat & bilangan pelawat yang dibenarkan di hospital KKM semasa tempoh PKPP
Untuk makluman umum, waktu melawat pesakit dan bilangan pelawat yang dibenarkan melawat hospital-hospital KKM semasa tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan Pemulihan (PKPP) adalah kekal sama seperti semasa tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP), iaitu:
• Pelawat hanya dibenarkan masuk ke dalam wad bagi kes kecemasan atau kes kritikal atau keadaan yang memerlukan;
• Waktu melawat dipendekkan mengikut ketetapan hospital.
Bagi temujanji klinik pula, hanya seorang peneman atau pengiring sahaja dibenarkan, kecuali untuk pesakit kanak-kanak atau pesakit yang memerlukan bantuan atau kes kecemasan atau keadaan yang memerlukan.
Polisi ini adalah perlu bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 di hospital, serta memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 secara berterusan. Adalah penting bagi kita melindungi pesakit dan petugas kesihatan daripada dijangkiti virus COVID-19. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesesakan hospital serta membolehkan penjarakan sosial dapat diamalkan di hospital.
Semakan terhadap garis panduan ini akan dilakukan dari semasa ke semasa, dan sebarang perubahan adalah tertakluk kepada situasi semasa pandemik COVID-19.
Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2020/07/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-julai-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
13 Comments
Hai, blogwalking here. Harap covid 19 cepat berakhir. Nice info kak. :)
ReplyDeleteaamiin
DeleteRASANYA KALAU TIDAK ADA URUSAN PENTING N SAKIT BERAT PERLU DIRAWAT TIKA COVID MASIH LELUASA ELAKLAH KE HOSPITAL
ReplyDeletebetul tu PI, saya doa banyak2 moga2 semua ahli keluarga kita sihat-sihat sepanjang masa ini , aamiin
Deletetempat paling tak selesa nak pergi di waktu COVID ni
ReplyDeletekan Diah seboleh nya kita elakkan kalau tak perlu kan :)
DeleteNak bawa anak check up wajib tu pun takut2 sekarang ni
ReplyDeletesemoga semuanya baik2 sahaja buat kita semua
DeleteSejak PKP ni tak pernah pegi melawat ke sepital.
ReplyDeletesamalah wak
Deletekami 2 laki bini baru bergilir-gilir masuk ward sebab denggi, siapa pun tak pergi melawat, nak melawat suami masa tu tengah demam juga sah2 x boleh masuk, pelawat boleh dtang pun seorang jer, mertua nak pergi kena scan bagai memang mereka faham sangat....so duk lah seorang=seorang dalam ward tu.
ReplyDeletebegitu yer NM, sedih juga lah kan tapi nak buat macam mana inilah norma baharu kita :(
Deleteaamiin in shaa allah
ReplyDelete