Sesuatu yang amat kita risaukan semasa kita di uji dengan pendamik ini ialah kesihatan diri dan juga ahli keluarga tersayang. Macam ana sendiri amatlah bimbang memikirkan keselamatan dan kesihatan kedua mak abah di kampung. Ketika waktu PKP dahulu lagilah risau teramat kerana tidak di benarkan pulang ke kampung untuk menziarahi mereka, semuanya kami berserah pada Allah swt dan alhamdulillah segalanya baik-baik sahaja. 

Kini kita di tempoh PKPP , hospital masih lagi merupakan kawasan yang kawalan pencegahan sepenuhnya. Selagi tiada keperluan, pasti kit a akan menggelak daripada ke sana. Antara perkara yang perlu kita ketahui ialah bilakah waktu melawat  & bilangan pelawat yang di benarkan di hospital kerajaan ? Melalui perkongsian di page KKM ana kongsikan disini butiran nya. Semoga bermanfaat buat kita semua, In Shaa Allah.

Waktu melawat & bilangan pelawat yang dibenarkan di hospital KKM semasa tempoh PKPP 


Fasa baharu perang COVID-19 di Malaysia, bermula Rabu ini | Nasional |  Berita Harian


Untuk makluman umum, waktu melawat pesakit dan bilangan pelawat yang dibenarkan melawat hospital-hospital KKM semasa tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan Pemulihan (PKPP) adalah kekal sama seperti semasa tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP), iaitu:

• Pelawat hanya dibenarkan masuk ke dalam wad bagi kes kecemasan atau kes kritikal atau keadaan yang memerlukan;

• Waktu melawat dipendekkan mengikut ketetapan hospital. 

Bagi temujanji klinik pula, hanya seorang peneman atau pengiring sahaja dibenarkan, kecuali untuk pesakit kanak-kanak atau pesakit yang memerlukan bantuan atau kes kecemasan atau keadaan yang memerlukan. 

Polisi ini adalah perlu bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 di hospital, serta memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 secara berterusan. Adalah penting bagi kita melindungi pesakit dan petugas kesihatan daripada dijangkiti virus COVID-19. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesesakan hospital serta membolehkan penjarakan sosial dapat diamalkan di hospital.

Semakan terhadap garis panduan ini akan dilakukan dari semasa ke semasa, dan sebarang perubahan adalah tertakluk kepada situasi semasa pandemik COVID-19.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2020/07/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-julai-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

14 Comments

  1. Hai, blogwalking here. Harap covid 19 cepat berakhir. Nice info kak. :)

    ReplyDelete
  2. RASANYA KALAU TIDAK ADA URUSAN PENTING N SAKIT BERAT PERLU DIRAWAT TIKA COVID MASIH LELUASA ELAKLAH KE HOSPITAL

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PI, saya doa banyak2 moga2 semua ahli keluarga kita sihat-sihat sepanjang masa ini , aamiin

      Delete
  3. tempat paling tak selesa nak pergi di waktu COVID ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Diah seboleh nya kita elakkan kalau tak perlu kan :)

      Delete
  4. Nak bawa anak check up wajib tu pun takut2 sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga semuanya baik2 sahaja buat kita semua

      Delete
  5. jaga kesihatan masing2.. Kalau sihat tak payah pi hospital. Hati pun senang..

    ReplyDelete
  6. Sejak PKP ni tak pernah pegi melawat ke sepital.

    ReplyDelete
  7. kami 2 laki bini baru bergilir-gilir masuk ward sebab denggi, siapa pun tak pergi melawat, nak melawat suami masa tu tengah demam juga sah2 x boleh masuk, pelawat boleh dtang pun seorang jer, mertua nak pergi kena scan bagai memang mereka faham sangat....so duk lah seorang=seorang dalam ward tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu yer NM, sedih juga lah kan tapi nak buat macam mana inilah norma baharu kita :(

      Delete