Aidil Adha dalam PKPP namun tetap di syukuri
Alhamdulillah .. Itulah yang dapat di gambarkan kerana walaupun dalam suasana yang tidak seperti sebelumnya namun kami masih berpeluang beraya bersama mak abah dan keluarga terdekat di kampung halaman, Teluk Intan, Perak meraikan ketibaan 10 Zulhijjah 1441H yang lalu. Berhari raya haji dalam tempoh PKPP dengan sedaya upaya mematahui SOP agar kita semua di jauhi dari perkara yang tidak baik. Sebagai hambaNya kita meneruskan kehidupan dalam waktu pendamik ini dengan 3 jalan iaitu berusaha dengan mengikut segala saranan yang di gariskan oleh pihak yang berwajib, kemudian berdoa sebanyak mungkin memohon perlindungan Allah swt agar di jauhkanNya dari segala musibah dan ketiga adalah tawakal kembali kepadaNya jua.
Beberapa hari sebelum balik kampung, hati agak risau menanti pengumuman kerajaan sama ada di benarkan atau tidak untuk rentas negeri, kerana dalam seminggu dua ni statistik kes agak membimbangkan juga. Alhamdulillah barulah boleh menarik nafas lega bila akhirnya rakyat di benarkan rentas negeri. Baharulah bersemangat semula, siapkan dua biji kek coklat, siapkan kerisik awal-awal di rumah untuk rendang ayam pencen mak, bawa bahan-bahan nak masak puding jagung dan juga sagu gula melaka serta peralatan steamboat dan bahan-bahan perapan kerana dah cadang dengan adik ana nak buat steamboat malam kedua raya nanti.
Seperti sebelum ini ketika kali pertama kami di benarkan rentas negeri balik ke kampung, yang pernah ana cerita kan di SINI , kali ini juga kami plan sebaik mungkin untuk mempastikan menjaga keselamatan dan tidak terlibat dengan orang ramai sepanjang perjalanan pulang. Lepas Subuh Khamis kami bergerak balik dan menggunakan laluan jalan alternatif Tanjung Malim - Felda Besout - Kuala Bikam dan terus ke Teluk Intan. Syukur tiada kesesakan trafik sepanjang perjalanan dan tak perlu singgah mana-mana.
Sampai dalam jam 10 pagi dan berkisah lah di rumah sampai ke malam menyediakan juadah untuk hari raya esok nya. Adik ana, Lan dan adik ipar Julia serta anak buah Haris sampai belah malam kerana mereka masih bekerja pada hari tu. Anak-anak membantu mak sediakan rendang ayam pencen dan sambal goreng jawa. Pak Uda pula hantar 2 batang lemang, satu lemang jagung dan satu lemang biasa, Lan pula beli lagi 2 batang lemang. Adik ipar ana, Julia pun beli ketupat daun palas. Malam tu sempat juga sediakan puding jagung. Bersama kek coklat, kerepek dan muruku yang kami beli maka lengkaplah menu juadah pagi raya kami sekeluarga. Alhamdulillah.
Add caption |
Pagi Raya Haji hanya suami, adik dan Haris sahaja yang ke masjid untuk solat sunat Aidil Adha. Kerana ada SOP penjarakan ruang solat yang perlu di patuhi jadi adalah baik mereka yang muda dan lelaki sahaja yang pergi supaya memberi ruang kepada orang lain untuk berjemaah di ruang masjid yang terhad. Mereka ke Masjid Taqwa Padang Tembak, walaupun dalam hati rindu sangat nak turut sama solat sunat Aidil Adha kerana Aidil Fitri lalu juga ana tidak ada rezeki beraya di kampung kerana masih dalam PKP . Kisahnya ana coretkan di SINI
Balik solat tiada salam-salaman seperti kelaziman sekadar memohon keampunan secara lisan dan sessi bergambar kenangan sekeluarga kami 9 orang di rumah. Maklum lah dalam norma baharu begitulah tata cara nya. Beginilah coretan sehari di Aidil Adha dalam PKPP ini tanpa kunjung-mengunjung dan beraya dengan #kamikamiajer . Rasanya masing-masing memahami bukan kehendak hati begitu pilihan yang ada. Semoga usaha yang kita semua lakukan ini akan melindungi insan-insan yang tercinta dari mendapat musibah yang tidak diingini, Aamiin.
Aktiviti korban juga tidak seghairah tahun-tahun sebelumnya. Korban tidak di lakukan secara terbuka tetapi di adakan di pusat-pusat penyembelihan dan di hadiri oleh jumlah yang terhad. Merasa juga 2 kilo daging korban yang di hantar ke rumah mak oleh mak saudara ana, Wan Yati serta daging aqiqah anak buah bongsu, Adib oleh adik sepupu ana, Adik Anom. Malam raya kedua tu kami adakan steamboat dan bbq di laman rumah dengan keluarga terdekat secara tertutup sahaja. Tak sampai 20 orang, siap kira dulu hehe. Sekadar makan-makan bersama keluarga, wan, wancu dan adik Anom sekeluarga.
Sebelum itu, belah pagi kami ke pasar Teluk Intan untuk membeli menu steamboat dan siapakan perapan di rumah. Perapan daging, udang dan ayam dibuat Adik Ika dan bebola untuk celup-celup sebagai menu sampingan. Julia pula sediakan pencuci mulut sagu gula melaka yang ana bawa bahannya dari rumah.
Kami sediakan dua kuah untuk steamboat iaitu kuah oden untuk yang tahan pedas dan kuah sup untuk mak, abah dan anak-anak kecil. Seronok sangat walaupun berkumpul dalam jumlah yang kecil dan yang di syukuri hanyalah kesempatan untuk bersua sekeluarga walau dalam batas-batas yang ada. Masing-masing faham situasi kini tidak lagi sama seperti dahulu, namun sama-samalah kita terus panjatkan doa semoga semua ini akan segera berakhir dan kembalikan kehidupan kita yang normal seperi sebelumnya.
Pagi Ahad selepas sarapan pagi, ana bergerak balik ke rumah. Cukuplah 4 hari 3 malam berada di kampung halaman dan walaupun selalunya kami balik selepas waktu Maghrib namun kali ini kami memilih untuk balik pagi kerana tidak mahu terlibat dalam kesesakan kenderaan di sebelah malam nanti. Lagipun bila balik awal ni tak perlu singgah solat mana-mana ye tak? Dan Alhamdulillah perjalanan lancar sampai ke rumah.
Balik kampung semata-mata untuk beraya di sisi keluarga terdekat sahaja, kami patuhi SOP , tiada kunjung mengunjung dan tidak ke mana-mana pun sekadar ke pasar Teluk Intan. Itu pun secepat yang mungkin, bahagi kan tugas siap-siap siapa yang perlu beli apa dan terus balik, bersihkan diri baharu lah proses masak-memasak. Sama-sama lah kita patuhi saranan dari KKM semoga rantaian wabak ini akan dapat di putuskan segera. Aamiin. Inilah kisah raya haji dalam PKPP ana ❤❤
14 Comments
Banyak juadah disediakan.
ReplyDeleteSiap ada buat stim bot.
raikan bersama keluarga sahaja NA :)
Deletealhamdulillah bersyukur dpt smbut raya haji bersama famili kita walaupun dlm pkpp
ReplyDeletesyukur alhamdulillah Nadia
DeleteSalam aidil adha 1441 H
ReplyDeleteMeriah menu rayanya
qada balik hat raya puasa hari tu wak :)
DeleteMeriah nye makanan.
ReplyDeleteBest dapat berkumpul makan2 dengan keluarga
alhamdulillah cik piya
Deletemeriah nya menu kak, janji dapat berkumpul dengan keluarga walaupun tak semeriah selalu tapi dah ok sangat
ReplyDeletealhamdulillah dana
DeleteSelamat hari raya
ReplyDeleteselamat hari raya juga buat cik bunga
DeleteSyukur Alhamdulillah dapat berkumpul di hari raya.
ReplyDeleteJuadahnya semua menggoda selera! Meriah!
alhamdulillah amie
Delete