Pengikut setia ana di social media dan blog ni pasti tahu sangat kan , selain blogging, hobi ana adalah berkebun. Belakang rumah tanam pokok herba dan depan rumah dah sarat dengan pokok bunga. Ada pokok berbunga, ada pokok hijau. Isi masa lapang begitu lah caranya. Pagi-pagi lepas Dhuha, bermanja-manja dengan pokok dulu baru lah masak makan . Terapi juga lah untuk jiwa kampung macam ana ni. Walau tak luas mana pun halaman di manfaatkan sebaik mungkin. 

Masa pkp dulu tu rajin lah suami bertanam sama, laa nii ermmm.. back to normal semuanya ana buat sendiri . Tapi seronok sebenarnya, petang-petang merumput lepas-lepas Asar tu. Cantas apa yang perlu, adalah aktiviti ye dak bila anak-anak dah besar-besar ni. Ni sebenarnya nak cerita dengan korang kisah pokok betik ana ni. Akhirnya merasa juga kami sekeluarga makan buah betik tanaman sendiri. 



Pokok betik ni dah hampir dua tahun usianya. Ana tanam pun dengan sebaran biji-biji betik sahaja di atas tanah. Tabur punya lah banyak, last-last sepokok sahaja yang berjaya membesar dengan jayanya. Bila dah mula meninggi tu banyak juga bunga nya keluar. Kan main seronok lah dengan harapan dapatlah makan buah betik selalu. Sekarang ni betik pun mahal di pasaran kan, kira timbang kilo juga. 

Tapi setiap kali berbunga, asyik jatuh sahaja bunganya, tak lekat kata orang tua-tua. Tak tahu lah kenapa ? Musim panas pun jatuh, musim hujan lagi lah. Akhirnya lekatlah sebiji tu sampai lah masak oren di pokok. Empat hari lepas , suami petik dan ana peram dalam tong beras selama 2 hari, masak ranum lah buahnya. Alhamdulillah. 




Dah masak mengkal, belah ini lah dia jadi pencuci mulut kami sekeluarga. Cukup manis buahnya. Biji nya ana dah kumpul semula dan nak tabur lagi di tanah. Mana tahu kali ni boleh buat kebun betik pula kan. Berangan dulu.. Moga-moga pokok betik ni mampu bertahan lama dan berbuah banyak lagi di masa hadapan. Ana dah letak baja dan selalu juga siram dengan air basuhan beras. Pokoknya subur cuma tak berbuah lebat. Doa-doakan yer..

11 Comments

  1. Semoga subur dan berbuah lebat pokok betik tu

    ReplyDelete
  2. kat umah Cuya.,..betik lom sempat petik dan dimakan dek
    Mr Mon...aiyoo

    ReplyDelete
  3. bestnya kak dapat rasa hasil tanaman sendiri...
    mesti hari-hari akak sekodeng buahnya nan sebiji tu kan, kadang yang sebiji tu lah di makan musangla di makan burungla hehehe... ini nasibla selamat bertahan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Dana depan dapur je ni hari-hari tenung

      Delete
  4. Lama tak makan buah betik.Pokok betik kat kampung semua tumbang dipanjant ramai-ramai dengan monyet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang sangat kalau di kacau monyet ni tapi tu laa makanan depa pun dah tak ada dalam hutan kesian juga kalau di fikirkan balik kan PC

      Delete
  5. waa tahniah aj.. rasa seronok tu mmg tak terkata kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok mama dapat makan buah tanaman sendiri manis isi nya :) alhamdulillah

      Delete