Awal perancangan majlis akad nikah anak buah suami adalah pada bulan Oktober nanti namun atas faktor kesihatan bakal mertua nya majlis telah selamat berlangsung pada 23hb Ogos 2020. Alhamdulillah... kita merancang tapi Allah swt yang mengizinkan kejadiannya. Simple, selesa dan ringkas itu lah yang dapat ana katakan majlis akad nikah dan perkahwinan dalam suasana PKPP dalam mengaplikasikan norma-norma baharu. Semoga majlis ini di dalam keberkatan Allah swt dan melindungi kami semua dari segala keburukan .
Raikan cinta Mael dan Aliya
Majlis akad nikah berlangsung di masjid Bandar Tasik Puteri dan cuma dihadiri oleh enam orang wakil keluarga terdekat sahaja di sebelah pihak. Jadi kami pun tak turut serta hanya mak ayah pengantin lelaki abang dan kakak ipar suami, serta adik beradiknya 2 orang dan dua lagi phtotgrapher yang juga anak buah suami sepupu Mael la tu. . Begitu juga dengan pihak perempuan cuma 6 orang juga yang dibenarkan menghadiri majlis. Ana dan suami terus ke homestay yang di sewa dan tunggu di sana bersama adik beradik Mael yang lain.
Lebih kurang jam 11:30 keluarga dari masjid sampai dan Mael serta jurugambar dah terus ke rumah pengantin perempuan untuk sessi photography . Kami kemudiannya menuju ke rumah pengantin perempuan. Tiada sebarang khemah di dirikan dan bergilir masuk ke dalam rumah untuk sessi bergambar secepat yang boleh.
Selesai bergambar tiada majlis merenjis dan sebagainya, kami terus di berikan godies bag dan bungkusan nasi minyak berserta lauk. Bermakna makanan take away naa. Sempat juga lah sessi bergambar sekeluarga di hadapan rumah buat kenang-kenangan. Lepas tu semua beransur balik dan keluarga Mael balik ke homestay. Alhamdulillah selesai majlis dalam norma baharu dan yang penting selamat sah di ijab kabul kan.
Rasanya mungkin selepas giliran kami belah lelaki, giliran keluarga terdekat belah perempuan pula akan hadir dan juga juga rakan-rakan mereka. Bagus juga tentu kan waktu begini kan jadi tak lah bertembung dan ramai bilangan dalam satu masa. Inilah norma baharu yang harus kita terima bila mengadakan majlis perkahwinan dalam suasana PKPP ini. Dan semalam telah pun diumumkan oleh PM bahawa PKPP akan berterusan hingga ke akhir tahun 2020. Kehidupan majlis akan di teruskan namun dalam suasana yang tidak lagi seperti dahulu. Kita kena terima dan redha sambil berdoa agar semua ini akan segera berakhir hendaknya dan apa yang kita lakukan ini adalah salah satu ikhtiarnya sahaja.
Inilah keluarga belah pengantin lelaki yang hadir . Mak ayah pengantin, kakak ipar ana Kak Salmah wakil dari kampung Kuala Lipis dan anak buah seorang. Adik-beradik Mael 3 pasangan dengan anak-anak kecil 6 orang. Sepupu Mael, Titin dan anaknya, photographer juga sepupu Mael suami isteri dan kami berdua ana dan suami. Tak sampai 30 orang pun.
Selamat pengantin baharu buat Mael dan Aliya semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Layarilah bahtera perkahwinan ni dengan penuh pengisian dan kasih sayang, terima pasangan seadanya dan saling melengkapi antara satu sama lain. Usah cari kesempurnaan pada pasangan tetapi saling melengkapi dan toleransi. Tahniah buat kalian berdua dari Mak Uda sekeluarga.
Kredit foto-foto dari edge moment photography
22 Comments
Aah adik saya nikah haritu pun ada QR code hehe
ReplyDeleteringkas dan mudah kan syaz yang penting dah sah sebagai suami isteri alhamdulillah
DeleteBerseri-seri pengantin baru. Semoga kekal bahagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah.Aamin. :)
ReplyDeleteamiin terima kasih GV :)
Deletetahniah buat mempelai dan ahli keluarganya
ReplyDeletealhamdulillah wak :)
Deletetahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan mempelai.. =)
ReplyDeletealhamdulillah tq ezy :)
DeleteAlhamdulillah.Hikmah COVID salah satunya adalah sederhana itu indah kan Kak Ana.
ReplyDeletebetul sangat PC
DeleteALHAMDULILLAH SELAMAT PENGANTIN BARU NAMPAK CANTIK SEPADAN
ReplyDeletetabarakallah PI aamiin
DeleteAlhamdulillah selesai..moga rumahtangga mereka diberkati Allah.
ReplyDeleteKalau tengok gambar ni nampak macam majlis biasa, walapun sebenarnya berlaku dalam cara norma baharu.
sangat simple Ujie majlis ni alhamdulillah
Deletecongrats !!
ReplyDeletetq sophea :)
DeleteAlhamdulillah selesai sudah. Tahniah!
ReplyDeleteCantik baju pengantin tu :)
alhamdulillah PH
DeleteSaya rasa bagus juga majlis kenduri masa pkp ni, ringkas dan jimat belanja, yg penting akad nikah tu kan.
ReplyDeleteTahniah buat pengantin dan keluarga, moga kehidupan diberkati.
tu lah saya suka pula ringkas dan tak banyak pembaziran Alhamdulillah
Deletenorma baru mmg kena ikut giliran sebab taknak crowded. sebenarnya best juga kan terasa santai dan aman damai aje
ReplyDeletekan mama, kak ana suka selesa ringkas cepat selesai nya majlis
Delete