Brownies dan Lotus Biscoff Cheesecake sedap dari Oh Mami Oven
Siapa tak suka makan dessert ye tak ? Ana ni kalau bab dessert tak pernah nak tolak, tak kiralah dessert barat atau pun sajian menu tempatan dan tradisional. Semuanya sedap-sedap pada ana. Nak nak lagi kek dan sewaktu dengan nya, kalau kat rumah ni sendiri pasti tiap bulan nak buat kek. Cuma kan... Pengakuan ikhlas dari ana, dah usia kilauan emas ni pun belum pandai nak buat brownies 😰😰 Jangan lah gelak !! Pernah buat juga sekali tu ikut resepi Khairulaming, punya senang punnnn tak menjadi.
Brownies yang sempurna ni pada lapisan atas nya lah kan, permukaan yang berkedut dan garing giteuw tapi dalaman kek cukup lembabnya. Haa!! Kalau keras kekung sahaja failed lah brownies kita tu. Jadi sebab belum pandai-pandai lagi nak dapat kan hasil brownies yang sempurna ana memilih untuk membeli atau menempah sahaja brownies ni dari rakan-rakan yang berniaga. Secara tak langsung dapat juga kita support bisnes kawan-kawan atau sedara mara. Kita pula dapat menikmati brownies yang sedap dan sempurna. Kan ke win win situation namanya.
Baru-baru ini ana menang Give away yang di anjurkan di Instagram Oh Mami Oven. Saja je join GA ni sebab manalah tahu rezeki nak menang dapatlah merasa brownies tower dari Oh Mami Oven nanti. Alhamdulillah, rezeki ana , antara salah seorang pemenangnya. Awal-awal lagi Mami dah DM minta detail nak hantar brownies tower ke rumah tapi masa tu kami bercuti pula. Dan Sabtu lepas sampai lah brownies tower bersama Lotus Biscoff Cheesecake yang sedang viral tu ke tangan ana. Terbaik sangat Mami siap COD sendiri ke rumah dari Kepong. Moga murah rezeki Mami.
Instagram : Oh Mami Oven
Facebook : Oh Mami Oven
Oh Mami Oven menawarkan pelbagai pilihan dessert yang pasti sedap. Sumpah! Tak tipuuuu sebab ana dah makan sendiri, sedap sangat pada selera ana, cukup manis dan kesempurnaan hasil menu yang cantik. Sekali lagi ana nak bagitau ini bukan entri berbayar naa, ini review ikhlas dari ana untuk di kongsikan bersama pembaca tersayang. Cubalah DM atau ada di berikan whatsapp link di mana-mana social media di atas untuk korang hubungi Oh Mami Oven ni. So, sekarang korang dah tahu kan, kat mana nak cari dessert khasnya brownies dan Lotus Bisscoff Cheesecake yang sedap, yang boleh COD sekitar Kepong, Sungai Buloh, Bandar Sri Damansara malahan sampai ke Rawang pun Mami COD In Shaa Allah. Ingat brownies, ingat lah Oh Mami Oven .
22 Comments
ahad lepas baru makan brownies...yumyum...sedappp
ReplyDeleteK.ana jemput join giveaway nieyl
https://www.nieylanadia.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html
sedap kan Nieyl, dah join Niely wish me luck :)
Deletenyum2
ReplyDeleteyummeh :)
DeleteHmmm tak cover area Ampang laaa... Kalau tak teringin nak try!
ReplyDeletehaha kena tanya Mami tu Sally cover ke idak :)
Deletealah kak, dana pun tak reti buat brownise... jenis kek-kek dana memang agak fail, lebih rela beli dari buat hehehe... kek lotus biscoff tu pun tak pernah makan lg ehehehe
ReplyDeletekak ana kek biasa2 tu lepas la Dana Brownies belum khatam lagi belajar hehe sedap Dana cuba lah nanti :)
DeleteNampak sedap sangat ni... rasa nak terkam jew hihihiiii!
ReplyDeletesabar-sabar Amie hehe :)
Deletenampak sedap sangat tu! Logo dia pun cute je :D
ReplyDeletecomel kan Oh Mami Oven :)
DeleteDapat Lotus Biscoff tu..mahal. Nak beli asik fikir2..haha.
ReplyDeleteTahniah Ana menang GA!
Err...saya pun dah 40-an, langsung tak pernah buat brownies. At least Ana pernah la mencuba kan. Hehe
hehe mahal juga bahan-bahan nya Ujie :) Alhamdulillah rezeki
Deletesinggah nangis jap. sbb terliur hahaha
ReplyDeletehaha.. sobs sobs ye Ray :)
Deleteterliurnye..mcm sedap je brownies tu :-)
ReplyDeletememang sedap Hayati :)
DeleteBaking bagi saya adalah something yang ada seni dan sains nya. Tu sebab ada yang susah nak buat. Semoga satu hari nanti kak ana berjaya buat brownies sedap dan cantik kejadian. Sedap kat tekak famili sendiri pun cukuplah. Hehe
ReplyDeleteaamiin in shaa allah Sal kena cuba lagi kan :)
DeleteTakpe Kak saya pun dah masuk 4 series tak pass lagi bab baking ni. Tak cantik takpe kalau dengan family asal sedap menjilat jari.
ReplyDeletehehe kena cuba lagi ni TK kan :)
Delete