Siapa tak suka makan dessert ye tak ? Ana ni kalau bab dessert tak pernah nak tolak, tak kiralah dessert barat atau pun sajian menu tempatan dan tradisional. Semuanya sedap-sedap pada ana. Nak nak lagi kek dan sewaktu dengan nya, kalau kat rumah ni sendiri pasti tiap bulan nak buat kek. Cuma kan... Pengakuan ikhlas dari ana, dah usia kilauan emas ni pun belum pandai nak buat brownies 😰😰 Jangan lah gelak !! Pernah buat juga sekali tu ikut resepi Khairulaming, punya senang punnnn tak menjadi. 


brownies tower


Brownies yang sempurna ni pada lapisan atas nya lah kan, permukaan yang berkedut dan garing giteuw tapi dalaman kek cukup lembabnya. Haa!! Kalau keras kekung sahaja failed lah brownies kita tu. Jadi sebab belum pandai-pandai lagi nak dapat kan hasil brownies yang sempurna ana memilih untuk membeli atau menempah sahaja brownies ni dari rakan-rakan yang berniaga. Secara tak langsung dapat juga kita support bisnes kawan-kawan atau sedara mara. Kita pula dapat menikmati brownies yang sedap dan sempurna. Kan ke win win situation namanya. 



Baru-baru ini ana menang Give away yang di anjurkan di Instagram Oh Mami Oven. Saja je join GA ni sebab manalah tahu rezeki nak menang dapatlah merasa brownies tower dari Oh Mami Oven nanti. Alhamdulillah, rezeki ana , antara salah seorang pemenangnya. Awal-awal lagi Mami dah DM minta detail nak hantar brownies tower ke rumah tapi masa tu kami bercuti pula. Dan Sabtu lepas sampai lah brownies tower bersama Lotus  Biscoff Cheesecake yang sedang viral tu ke tangan ana. Terbaik sangat Mami siap COD sendiri ke rumah dari Kepong. Moga murah rezeki Mami. 


lotus biscoff cheesecake


Biasa nya kalau menang GA ni ana tak adalah nak update kat blog atau media sosial , sebab bukan task review berbayar . Tetapi di sebab kan Brownies dan Lotus Biscoff Cheesecake dari Oh Mami Oven ni sedap sangat, ana rasa ana perlu sangat share dengan pembaca. Mana lah tahu ada di kalangan korang yang tinggal di sekitar Bandar Sri Damansara, Kepong, Sungai Buloh ni tercari-cari brownies sedap dan juga kempunan nak makan Lotus Biscoff Cheesecake ni , boleh lah roger-roger Mami. In Shaa Allah Mami akan layan permintaan korang dan harga pun sangatlah berbaloi dengan kesedapan kek nya. Tak percaya korang singgah lah ke Instagram dan FB Page Oh Mami Oven. Link nya di bawah :

Instagram : Oh Mami Oven

FacebookOh Mami Oven


oh mami oven



Oh Mami Oven menawarkan pelbagai pilihan dessert yang pasti sedap. Sumpah! Tak tipuuuu sebab ana dah makan sendiri, sedap sangat pada selera ana, cukup manis dan kesempurnaan hasil menu yang cantik. Sekali lagi ana nak bagitau ini bukan entri berbayar naa, ini review ikhlas dari ana untuk di kongsikan bersama pembaca tersayang. Cubalah DM atau ada di berikan whatsapp link di mana-mana social media di atas untuk korang hubungi Oh Mami Oven ni. So, sekarang korang dah tahu kan, kat mana nak cari dessert khasnya brownies dan Lotus Bisscoff Cheesecake yang sedap, yang boleh COD sekitar Kepong, Sungai Buloh, Bandar Sri Damansara malahan sampai ke Rawang pun Mami COD In Shaa Allah. Ingat brownies, ingat lah Oh Mami Oven .