Sehingga entri ini di terbit kan kes jangkitan wabak Covid19 masih tinggi di negara kita ini. Malahan statistik jumlah kes baharu hari ini sahaja 23hb November 2020 telah menghampiri angka 2000. Allahu.. sesuatu yang amat membimbangkan. Walaupun ada beberapa kluster adalah di dalam kawasan pkpd namun ia tetap memberi risiko jangkitan kepada umum. Bayang kan kita sendiri dah penat dan letih melihat laporan statistik harian apatah lagi petugas kesihatan front liner kita, tak dapat bayangkan kepenatan dan tekanan harian yang mereka hadapi. Hanya Allah swt sahaja yang tahu.. 




Hari ini ana terbaca posting di page KKM mengenai kadar bayaran ujian swab test COVID19 di fasiliti kesihatan kerajaan kongsikan  bersama. Ana rasa perlu untuk mewar-warkannya semula untuk pengetahuan umum, di mana mungkin ada yang ingin mencari info ini di carian internet. Kredit sumber page FB KKM https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157523062921237

𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝘀𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗱𝗶
𝗳𝗮𝘀𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻?

kadar bayaran ujian pengesanan COVID 19


Berikut adalah kadar bayaran bagi ujian pengesanan ( swab test ) COVID-19 di fasiliti kesihatan kerajaan. Bayaran tertakluk dalam [Peraturan 3 di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan COVID-19) 2020].

Kadar bayaran Ujian Pengesanan COVID-19

Tindak balas berantai polimerase (Rt-PCR)
Warganegara - RM150 / Bukan warganegara - RM 250

Kit ujian pantas (RTK) Antigen
Warganegara - RM60 / Bukan warganegara - RM 120

Kit ujian pantas (RTK) Antibodi
Warganegara - RM30 / Bukan warganegara - RM 60

𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝘀𝗮𝗻𝗮𝗻
𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗱𝗶 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻?

Bayaran ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kerajaan tidak akan dikenakan kepada:

• Penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di dalam dan luar negara.

• Warganegara dan bukan warganegara yang disyaki positif COVID-19.

• Warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

• Penduduk di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

• Individu di bawah survelan bagi penyakit seperti influenza like illness (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk/Severe Acute Respiratory Illness (SARI).

• Pengembara dari luar negara yang mendapat pengecualian bayaran ujian pengesanan COVID-19

Dimana boleh melakukan saringan swab test Covid19 ?


Perkhidmatan Health Screening Booth dan Screening & Triaging Bagi COVID-19 boleh rujuk di pautan --> KKM

1. Senarai Klinik Perubatan Swasta Yang Telah Mendapat Kelulusan Menyediakan Health Screening Booth 
2. Senarai Klinik Perubatan Swasta Yang Telah Mendapat Kelulusan Menjalankan Screening & Triaging Bagi COVID-19
3. Senarai Hospital Swasta Yang Telah Mendapat Kelulusan Menjalankan Screening & Triaging Bagi COVID-19
4. Senarai Pusat Jagaan Ambulatori Swasta Yang Telah Mendapat Kelulusan Menjalankan Screening & Triaging Bagi COVID-19 

Sila klik pautan KKM di atas untuk senarai penuh dan update terkini. 

8 Comments

  1. duit tu boleh gagahi..nak jolok hidung tu...huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita semua di lindungiNya dari segala keburukan dunia dan akhirat Syaz, Aamiin

      Delete
  2. SEMOGA XTERPAKSA JALANI SWAB TEST TAKUT JUGA HEH..HEH..

    ReplyDelete
  3. Mohon dijauhkan huhu...
    Betul kak ana, letih, cuak & risau bila tengok bil kes menjadi-jadi esp di Selangor ni. Nauzubillahi min zaalik.

    ReplyDelete
  4. Tak sanggup rasa nak buat swab test tu.. Macam seram je. Saya rela duduk dalam rumah diam2 dari buat swab test.hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita semua di lindungiNya dari segala keburukan dunia dan akhirat , D, aamiin

      Delete