Selalu nampak ramai jiran dan kawan-kawan pandai buat roti sendiri di rumah, teringin sangat nak cuba. Pernah juga lah sebelum sebelum ni cuba buat secara manual dan hasilnya tak menjadi . Ada sahaja yang tak betul. Bila tanya kawan-kawan ramai yang kata buat roti mudah kalau ada bread maker. Mesin roti lah kiranya kan, masuk kan sahaja bahan ia akan hasil kan doh siap uli kenyal dan kita cuma perlu bakar atau tambahkan sahaja toppingnya. Mula lah teringin nak dapat kan bread maker ni. 

Rezeki bila ana dapat satu job dari platform shopping online, satu client dengan dua kempen. Walaupun token bukan dalam wang  kempen ini dibayar dalam bentuk e voucher. Ratusan ringgit juga lah. Alhamdulillah. Jadi ana gunakannya untuk redeem sebuah bread maker dan sebuah vakum. Kebetulan vakum rumah ni dah rosak, kalau tak dah ambil air fryer dah . 


Resepi roti paung dengan breadmaker Trio


Dengan adanya bread maker jenama TRIO ni di rumah, semangatlah sekali lagi nak buat roti. Ana mulakan dengan roti senang-senang dahulu, roti paung. Kali pertama cuba tak berapa cantik hasilnya, permukaan tak licin dan tak sama saiz serta tak berapa gebu walaupun dalamnya lembut. Tak putus asa selang dua minggu , ana cuba lagi sekali. Resepi yang sama, kali ini dah minta kawan ana Lilik ajarkan cara nak rounding dough , dan Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. 


resepi roti paung guna bread maker


Roti paung nampak cantik, licin dan berkilat dah. Dalam pun lembut serta naik gebu geban. Cuma kena kecilkan lagi doh setiap satu saiz kerana roti ana ni jadi berat. Kalau berniaga rugi kata suami. Tapi ana ni idak lah nak berniaga ye tak, nak makan sendiri tu kira dah lulus lah agaknya. Tak pe "practice makes perfect" kata mat salleh.  Nanti kita cuba lagi. Jadi ana nak simpan sini dahulu resepi roti paung guna breadmaker ni, untuk rujukan akan datang. Resepi ni ana dapat dari youtube Seminit Resepi Cik Ain yang comel tu. Terima kasih Cik Ain naa berkongsi ilmu. 

Resepi dan cara buat roti paung guna bread maker 

Bahan-bahan untuk resepi roti paung 

290g tepung roti atau high protein 
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh baking powder
35g mentega
4 sudu besar gula 
1 paket yis
165ml susu segar
1 biji telur

Cara buat roti paung guna bread maker 

Sangat mudah dengan menggunakan bread maker kerana kita cuma perlu masukkan ke semua bahan di atas ke dalam bread maker dan biarkan ia bekerja hingga menjadi doh dalam masa 1 setengah jam. Cuma masa nak masukkan bahan dalam loyang pengadun bread maker tu pastikan kita masukkan bahan cecair dahulu di bahagian atas kemudian baharulah masukkan bahan kering dan yis di atas sekali. 


resepi dan cara buat roti guna bread maker


Mula-mula tuangkan susu segar, pecahkan sebiji telur dan masukkan mentega. Kemudian baharulah masukkan tepung roti , bread improver, gula, baking powder dan yis di atas sekali. Untuk bread maker Trio ni ada pelbagai fungsi dan untuk roti paung ni ana pilih nombor 11 iaitu adunan dough atau doh . Tekan button MENU sehingga no 11 dan secara auto akan set time nya selama 1 jam 30 minit. Tekan lah butang START dan ia akan mula bekerja mengadun, menguli dan merehatkan doh sehingga naik dengan jayanya dalam tempoh masa tersebut. 


resepi dan cara buat roti paung guna bread maker


Tinggalkan sahaja bread maker dan boleh lah buat kerja lain sementara siap doh kita. Bila dah siap ia akan menjerit dan off kan. Keluarkan adunan yang dah kembang elastik tu dan canai kan di atas permukaan rata atau ana guna talam jer. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan udara dan uli lah sekali dua dan rehatkan kembali dalam 5 minit. Bila doh dah membentuk sekali lagi, bahagikan kepada beberapa bahagian kecil atau boleh juga timbang berat supaya sama. 

Doh-doh yang kecil ni, bulatkannya menjadi doh roti paung dengan menggunakan teknik rounding dough, boleh lah cari di channel-channel youtube caranya. Susun dalam loyang membentuk bunga dan sapukan permukaannya dengan campuran telur dan susu pekat. Bakar pada suhu 150' atau pun mengikut saiz oven masing-masing sehingga masak. Roti paung yang ana buat ini  ambil masa 20 minit juga untuk masak gebu. 


resepi dan cara buat roti paung guna bread maker


Sejukkan dahulu baharulah di keluarkan dari loyang. Sedap makan dengan butter scotch atau kami cicah kari daging semalam je. Apapun ana sendiri perlu practice lagi untuk terus belajar buat roti ni. Bak kata mak saudara ana, ambil masa nak dapatkan rentak nya. Kalau dah biasa nanti in shaa Allah senang dan mudah kan. Lagipun sekarang ni banyak kelas-kelas online untuk belajar buat kek dan roti. Yuran pun tak lah mahal, terpulang pada diri masing-masing kan. Selamat mencuba naa. 

24 Comments

  1. sedapnya sarapan pagi denga roti paung buat sendiri

    ReplyDelete
  2. Tahniah Ana. Try and error. Gigih berusaha membawa jaya. Rotu homemade memang sedap. Boleh makan panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan panas-panas tu teraasa lebih lembut nya kan amie :)

      Delete
  3. sedapnya roti paung..aritu cuti2 ganu dpt mkn roti paung panas2 sedap

    ReplyDelete
  4. Alahai sedapnya roti paung... Dulu kat Terengganu, balik je pagi2 mak dah g beli roti paung. Sini dulu Jiran ada jual. makan panas2 syoknya. Siap request suruh dia letak marjerin/planta banyak sikit bila dia oles2 atas tu bagi berkilat. Nostalgia sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti sedap tu HH resepi original ganu , rindu kan :)

      Delete
  5. Gebunya kak..
    Sedap makan panas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah CP elok juga kejadiannya kali kedua ni :)

      Delete
  6. Puas hati ni buat dan makan sendiri hasil air tangan dan dari dapur sendiri.

    ReplyDelete
  7. Cantik rupanya kak... nnti dana nak try la... sekarang dah malas nk meroti bukan macam awal2 pkp dulu hehehhe

    ReplyDelete
  8. Hihihihi... nanti kita wasap... kalau roti Sha xjadi yea... mungkin kena buat roti mcm k.ana baru jadi nihh

    ReplyDelete
  9. Sedapnya. Fizah kalau pergi Terengganu mesti beli roti paung ni. Kat rumah ada breadmaker boleh la try buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try nanti fizah ada BM lagi senang kan :)

      Delete