Sebelum ni ana cuma ada satu pasu sahaja pokok calathea ni pemberian bekas jiran Kak Gee sebelum Kak Gee pindah. Alhamdulillah dah merimbun dan berjaya hidup dengan subur di bawah parkir di laman rumah. Pokok calathea ni menjadi trending buat pemburu pokok tanaman hiasan sama seperti fittonia dan juga sekarang ni giliran caladium pula sedang menjadi buruan. Calathea mudah di tanam dan penjagaannya berbanding dengan fittonia. Namun kedua-dua spisis pokok tanaman hiasan ni memerlukan tempah teduh dan bukan direct sunlight untuk hidup subur.
Baru-baru ini, ana ke Sungai Buloh sekali lagi kali ni dengan Adik Ika. Misi memburu calathea nak tambah koleksi kononnya. Singgah di salah sebuah nursery di sini, terkasima sungguh dengan pelbagai varian calathea yang ada disini dan harganya cuma RM15 sahaja sepasu kecil. Murah sangat dah pada ana sebab sebelum ni pernah ke nursery lain di sekitar Sungai Buloh ni harganya sekitar RM20-RM30 sepasu. Cuma saiz pokok dah agak besar lah dari yang hat RM15 ni.
Memandangkan calathea ni mudah nak membesar dan membiak lebih seronok kita beli dari pokok yang masih kecil boleh lah tengok pembesarannya ye dak. Lagi pun kalau ada yang RM30 sepasu baik ambil yang RM15 dapat dua varian hehe 😄😄 . Adik Ika belanja ibunya 2 pasu calathea dan ana beli sepasu lagi . Hari tu dapatlah 3 varian calathea tambah koleksi yang ada sepasu tu. Ana sempat juga ambil gambar beberapa jenis calathea yang ada di nursery tersebut dan ada satu varian baharu calathea ni memang cantik sangat, tapi kerana ia adalah varian baharu fusion gituew harganya pun mampu tengok sahaja lah buat masa ini. Sepasu kecil berharga RM60.
Jenis-jenis pokok calathea
Inilah yang ana cerita kat atas tu Fusion White Calathea. Cantik kan kombinasi warna hijau dan putih dan kelopak daun kecil dan bujur. Cantik sangat tergoda jiwa raga melihatnya. Apa kan daya harga masih di luar kemampuan untuk memilikinya. Kena try cari kat Shopee mana tahu dapat harga murah daripada hat ni, boleh lah jadikan koleksi di rumah. In Shaa Allah.
Ini calathea yang ana cari selama ni dan ana beli sepasu. Namanya Calathea lancifolia . Corak berbintik dan daunnya jenis panjang membentuk kelopak dalam pasu.
Berdaun kecil dan tirus panjan-panjang dengan jalur hijau putih ini di kenali dengan nama Calathea majestica .
Ini paling rare dan unik kerana warna dasarnya adalah ungu atau pun pink kuat di luarnya pula lilitan berwarna hitam kehijauan. Cantik kan. Ada varian berwarna selain hijau. Namanya ialah Calathea roseopicta “Rosy” . Ni pun ana beli sepasu.
Berdaun corak hijau muda dan hijau tua ini pula di namakan Calathea zebrina . Mungkin belangnya ala-ala zebra sebab tu ada perkataan zebrina tu kut yer. Memandai je lah. Daun calathea zebrina ni lebih tebal dan berlilin berbanding dengan jenis-jenis calathea yang lain.
Ini lah yang Kak Gee hadiahkan pada ana dan dah besar merimbun pokoknya dalam pasu, Calathea roseopicta .
Variant calathea ini antara yang banyak terdapat di pasaran dan agak popular dalam kumpulannya, ia adalah Calathea Sanderiana .
Si cantik manis ni pun ana beli masa tu. Namanya Calathea Beauty Star. Ada gabungan warna putih, hijau epal dan hijau kuat du selitkan belang ungu halus . Memang lawa sangat. Sebenarnya ada banyak lagi varian dan koleksi pokok calathea di pasaran. Berjenis-jenis corak dan bentuk daunnya.
Cara penanaman dan tips penjagaan calathea
Sewaktu ana beli pokok calathea ni nursery ianya cuma di semai di dalam sabut kelapa semata tanpa tanah. Jadi penjagaannya pasti sukar kerana sabut kelapa cepat mengering dan perlukan kelembapan siraman sepanjang masa. Sampai sahaja di rumah, ana terus alihkannya ke dalam pasu yang lebih besar. Buang sebahagian besar sabut perlahan tanpa merosakkan akarnya.
Isi kan pasu dengan tanah hitam bakar dan tanamkan benih calathea tadi dan tutup penuh kemas-kemas permukaan pasu. Siram dan teduhkan di bawah ruang berbumbung kerana calathea alah pada pancaran terik matahari. Siram sekali sehari di awal penanaman kemudian ikutlah tahap kelembapan tanah untuk siraman harian. Korang boleh tonton di video di atas cara tanaman calathea dari nurseri ke pasu. Untuk pembiakannya kita boleh alihkan anak pokok calathea ke pasu lain bila ia mula tumbuh nanti. Selamat bertanam wahai pencinta pokok calathea. Pokok-pokok adalah terapi minda bagi sesetengah dari kita ni kan. Mengkagumi keindahan ciptaanMu Tuhan Sekalian Alam.
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
8 Comments
Subhanallah cantik.
ReplyDeleteJarang-jarang Mrs. A tengok calathea nih!
cantik Mrs A :)
DeleteCantik3x, hadoii rasa nak meroyan dah tengok, kalau ada tempat lagi harus saya pun gi cari kt nerseri bunga sini, ada juga koleksi calathia ni.
ReplyDeletebila dah ada satu mesti rasa nak tambah koleksi kan Azi :)
DeleteCantik2 pokoknya
ReplyDeletecantik kan syaz :)
Deleterambang mata sungguh kalo pergi nursery sebab pokok sume cantik2. tapi tu lah sekali dah beli kena tahu cara penjagaan yang betull.
ReplyDeletehaah wani ada yang mudah ada yang agak cerewak penjagaannya kan :)
Delete