Dah lama tak pekena kambing kat rumah ni. Tiba-tiba teringin pula nak makan lamb chop. Selalu ada je jual di gerai depan masjid BCH ni, tapi time mengidam tak ada pula jual kambing bakar. Dekat seminggu gak tunggu tak muncul juga si penjual. Last-last beli je kepingan lamb chop tanpa perapan di pasaraya. Cari sekali side dishes nya macam wedges, jagung , salad petik je kat dapur cuma beli tomato ceri dengan kobis purple dan bawang holland. Gravy untuk blackpepper sauce ini, Adik Ika buat sendiri di rumah berpandukan resepi Khairulaming. Adjust lah sedikit sebanyak bagi ikut citarasa kita memasing kan. 

Alhamdulillah tersaji lah menu makan malam kami sekeluarga. Lamb chop tu Kak Long belanja separuh . Anak-anak ni kalau menu western macam ni memang kesukaan depa lah. Depa dua beradik yang duk godek-godek masak kat dapur, ana cuma monitor je dan daging kambing tu kami grill atas api gas sahaja, guna kan kuali leper sebab tak nak ia jadi kering sangat kalau bakar dalam oven. Bila bakar atas api ni kita boleh adjust kelembapannya dan balik-balik kan selalu. Jom lah ana nak kongsikan di sini resepi dan cara masak black pepper sauce mudah tanpa msg lagi. 


resepi black pepper sauce


Resepi  blackpepper sauce untuk lamb chop 


Resepi gravy blackpepper sauce untuk lamb chop

Bahan-bahan untuk blackpepper sauce 

1 biji Bawang holland 
1 sudu kecil  lada hitam di tumbuk kasar 
1 sudu besar Sos tiram 
1 sudu besar Kicap pekat manis 
1 sudu teh tepung gandum 
garam 
sepotong butter / mentega untuk menumis
air  secukupnya mengikut kepekatan sos yang kita kehendaki 

Cara masak blackpepper sauce 

1. Potong dadu bawang holland.

2. Cairkan butter atau mentega untuk menumis.

3. Masukkan tepung gandum dan masak hingga berwarna perang ( brown ) .

5. Masukkan hirisan bawang holland dan masak hingga lembut. 

6. Tambahkan air ikut kepekatan sos yang di kehendaki.

7. Rasakan dengan sos tiram dan kicap pekat manis.

8. Masukkan lada hitam secukupnya, rasakan dengan garam. 

9. Masak hingga agak pekat dan siap untuk hidangan bersama lamb chop atau pun chicken chop. Nak makan dengan meat ball pun sedap naa. 

Korang boleh tonton video masakan resepi brown sauce dan bahan perapan lamb chop di bawah ni : 



Selamat mencuba naa. Sebenarnya menu makanan di rumah ni lebih sihat dan dari makanan di luar kerana kita boleh kawal ikut citarasa masing-masing. Macam kami di rumah ni memang ana masak tanpa menggunakan MSG jadi adjust sendiri resepi untuk memberi kesedapan ikut selera masing-masing. Masak menu sebegini di rumah lebih puas hati makan bersama keluarga dan mengikut bajet masing-masing kan. In Shaa Allah semoga bermanfaat buat semua. 

14 Comments

  1. dana pun lama tak mengambing kak hhehehehe.... kalau buat dana pun suka buat sendiri mcm akak ni, boleh adjust rasa nya kan...
    selalu dana akan tambah cuku 1 sudu kecil atau air lemon sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Dana buat sendiri lebih ikut citarasa masing2 :)

      Delete
  2. kambing bakar sangat sedap bila di hari hari kumpul sekeluarga, atau ramai bersama kawan banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sama-sama bbq , cuma waktu2 ni agak risau nak berkumpul ramai2 :(

      Delete
  3. Sedap tu makan panas2, kuah camtu makan dgn ayam bakar pun sodap😁

    ReplyDelete
  4. jom cuba Kambing Perap Nangis... sure puashati...

    ReplyDelete