Dah lama tak pekena kambing kat rumah ni. Tiba-tiba teringin pula nak makan lamb chop. Selalu ada je jual di gerai depan masjid BCH ni, tapi time mengidam tak ada pula jual kambing bakar. Dekat seminggu gak tunggu tak muncul juga si penjual. Last-last beli je kepingan lamb chop tanpa perapan di pasaraya. Cari sekali side dishes nya macam wedges, jagung , salad petik je kat dapur cuma beli tomato ceri dengan kobis purple dan bawang holland. Gravy untuk blackpepper sauce ini, Adik Ika buat sendiri di rumah berpandukan resepi Khairulaming. Adjust lah sedikit sebanyak bagi ikut citarasa kita memasing kan.
Alhamdulillah tersaji lah menu makan malam kami sekeluarga. Lamb chop tu Kak Long belanja separuh . Anak-anak ni kalau menu western macam ni memang kesukaan depa lah. Depa dua beradik yang duk godek-godek masak kat dapur, ana cuma monitor je dan daging kambing tu kami grill atas api gas sahaja, guna kan kuali leper sebab tak nak ia jadi kering sangat kalau bakar dalam oven. Bila bakar atas api ni kita boleh adjust kelembapannya dan balik-balik kan selalu. Jom lah ana nak kongsikan di sini resepi dan cara masak black pepper sauce mudah tanpa msg lagi.
Resepi blackpepper sauce untuk lamb chop
Bahan-bahan untuk blackpepper sauce
1 biji Bawang holland
1 sudu kecil lada hitam di tumbuk kasar
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu besar Kicap pekat manis
1 sudu teh tepung gandum
garam
sepotong butter / mentega untuk menumis
air secukupnya mengikut kepekatan sos yang kita kehendaki
Cara masak blackpepper sauce
1. Potong dadu bawang holland.
2. Cairkan butter atau mentega untuk menumis.
3. Masukkan tepung gandum dan masak hingga berwarna perang ( brown ) .
5. Masukkan hirisan bawang holland dan masak hingga lembut.
6. Tambahkan air ikut kepekatan sos yang di kehendaki.
7. Rasakan dengan sos tiram dan kicap pekat manis.
8. Masukkan lada hitam secukupnya, rasakan dengan garam.
9. Masak hingga agak pekat dan siap untuk hidangan bersama lamb chop atau pun chicken chop. Nak makan dengan meat ball pun sedap naa.
Korang boleh tonton video masakan resepi brown sauce dan bahan perapan lamb chop di bawah ni :
Selamat mencuba naa. Sebenarnya menu makanan di rumah ni lebih sihat dan dari makanan di luar kerana kita boleh kawal ikut citarasa masing-masing. Macam kami di rumah ni memang ana masak tanpa menggunakan MSG jadi adjust sendiri resepi untuk memberi kesedapan ikut selera masing-masing. Masak menu sebegini di rumah lebih puas hati makan bersama keluarga dan mengikut bajet masing-masing kan. In Shaa Allah semoga bermanfaat buat semua.
dana pun lama tak mengambing kak hhehehehe.... kalau buat dana pun suka buat sendiri mcm akak ni, boleh adjust rasa nya kan... selalu dana akan tambah cuku 1 sudu kecil atau air lemon sikit...
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
14 Comments
dana pun lama tak mengambing kak hhehehehe.... kalau buat dana pun suka buat sendiri mcm akak ni, boleh adjust rasa nya kan...
ReplyDeleteselalu dana akan tambah cuku 1 sudu kecil atau air lemon sikit...
kan Dana buat sendiri lebih ikut citarasa masing2 :)
Deleteweii menu mengancam oii
ReplyDeletebuatlah kolin hehe :)
Deletekambing bakar sangat sedap bila di hari hari kumpul sekeluarga, atau ramai bersama kawan banyak
ReplyDeletekan sama-sama bbq , cuma waktu2 ni agak risau nak berkumpul ramai2 :(
DeleteSedap tu makan panas2, kuah camtu makan dgn ayam bakar pun sodap😁
ReplyDeletehaah PI boleh juga tu :)
DeleteYummmss
ReplyDeleteyummeh :)
Deletenampak sedap kejadiannya
ReplyDeletesedap wak alhamdulillah :)
Deletejom cuba Kambing Perap Nangis... sure puashati...
ReplyDeletein shaa allah
Delete