10 Makanan dan minuman yang tak boleh di beri pada kucing
Perkara utama yang perlu kita sebagai umatNya mengetahui bahawa kucing adalah haiwan kesayangan Rasul saw . Jika kita punyai jiwa cintakan Rasul paling tidak kita akan punyai belas ehsan apabila melihat makhluk kecil ni meminta simpati di jalanan. Mudah-mudahan hati-hati kita semua terdidik dengan nilai kasih sayang sesama makhluk Tuhan, Aamiin.
Di rumah ana ni sendiri silih berganti datang dan pergi anak-anak bulus jalanan yang hadir menumpang makan dan minum di luar rumah. Ada yang menetap dan beranak pinak pun cuma banyak yang akhirnya hilang bila dah mula besar atau mati kerana sakit. Jadilah sekadar dapat menumpang manja dan mudah-mudahan mendapat ganjaran pahala dari kerja kecil yang kami lakukan. Cuma di rumah ini, ana cuma mampu beri makan makanan kering dan sediakan pasir poo poo serta ruang berteduh di luar rumah. Untuk membawa ke vet, memberi vaksin atau pun memandulkan adalah di luar kemampuan ana sangat.
Ini si Melor anak Icipan |
Terbaca di perkongsian FB Kelab Pencinta Kucing baru-baru ini, bukan semua makanan dan minuman sesuai di beri kepada anak-anak bulus ini rupanya. Mungkin boleh lah menjadikannya satu rujukan buat pencinta si bulus, ana terbitkannya semula di sini, mana yang sesuai boleh di jadikan rujukan. In Shaa Allah.
10 Makanan dan minuman yang tak boleh di beri pada kucing
Twinky Winky tidur kekenyangan ler tu |
8. Hati
Hati ayam atau hati lembu dan sebagainya juga tidak elok di berikan kepada kucing kerana ia akan menyebabkan mereka mendapat lebih kandungan Vitamin A secara berlebihan.
9. Telur mentah
Rupanya telur mentah sangat tidak baik untuk kesihatan anak kucing kerana ia mengandungi bakteria yang boleh mengganggu usus kecil mereka. Kandungan protein dalam telur mentah juga menyebabkan ia sukar di serap oleh tubuh mereka dan boleh menyebabkan kekurangan vitamin.
10. Tulang
Jangan lah beri mereka makanan yang bertulang kerana ia boleh mencederakan mulut dan juga usus mereka. Walaupun secara zahirnya kita nampak kucing boleh sahaja mengunyah makanan bertulang sebaiknya sebagai insan yang dikurnia kan akal dan kudrat, asingkan terlebih dahulu tulang sebelum memberi mereka makan. In Shaa Allah, setiap perbuatan kita walau sebesar zarah sekali pun pasti ada timbangan nya di sisi Tuhan.
Semoga terbitan ini sedikit sebanyak menjadi panduan khasnya buat kita semua pencinta makhluk Allah swt yang comel ini. Berikanlah apa sahaja yang termampu untuk sedikit ehsan pada mereka yang tidak berdaya ini. Besar ganjarannya kerana kita tidak tahu kebaikan mana yang boleh membawa kita ke pintu syurgaNya.
Kredit & rujukan :
Preventive Vet
https://iluminasi.com/bm/6-makanan-manusia-yang-tidak-patut-diberikan-kepada-kucing.html
16 Comments
paling betl tang tulang, kesian.Kalau kucing tua, kadang boleh mati tercekik
ReplyDeleteitulah risau kalau depa dapat sisa makanan ada tulang kan syaz :(
DeleteKak cukup susah hati kalau tengok kuciing tercekik tulang.
ReplyDeletebetul sangat kak mala, saya kalau beri makan ikan mesti akan perisi dulu tulangnya..
DeleteBanyak beri makanan kucing.
ReplyDeleteTerima kasih untuk info.
semoga bermanfaat buat semua NA :)
Deleteterima kasih atas perkongsian kak... dana pun ada terbaca kat dalam grup kucing pasal panduan ini, memang kita akan lebih peka lepas dah tahu...
ReplyDeletekucing kat rumah dana pun baru nak di vaksin dan di mandulkan... agak mahal kosnya tapi untuk kemudahan kita jugak nanti heheheh.
kucing kat rumah ni pun dana bagi kibbles je wet food beri jugak tapi seminggu 2-3 kali je.
memang itu yang terbaik Dana kalau ada bajet elok di mandulkan dan kita jaga pun senang hati depa tak pi mana2 dah kan :)
DeleteTKSH PERKONGSIAN ILMU TAMBAH PENGETAHUAN
ReplyDeletesemoga bermanfaat PI
Deleteno 1 tu selalu , patutla kucing cirit birit...ok noted lepas ni x leh kasi...
ReplyDeletehehe kena bagi susu khas untuk depa atau susu kambing rupanya Nieyl
DeleteThanks share. Walaupun tak bela kucing, tapi boleh dijadikan panduan manala tau esok lusa jumpa kucing kelaparan
ReplyDeletekalau jumpa jangan lupa bagi makan ye sal hehe :)
DeleteYang baik untuk manusia tak semestinya baik untuk kucing kan K.Ana. Mrs. A ada juga terbaca nasi kurang sesuai untuk kucing sebab karbohidrat. Kucing punya food kena lebih protein.
ReplyDeleteowh macam tu ye Mrs A, thanks for sharing :)
Delete