Diam tak diam dah pun kita melangkah ke tahun baharu 2021. Berlalu sudah 2020 dengan satu situasi yang tidak lah begitu indah untuk di kenang.  Ana pasti ramai di antara kita mengharapkan kehadiran 2021 ini bakal merubah kembali norma kehidupan kita kepada yang hakiki. Pahit sangat ujian sepanjang tahun ni, namun apalah daya kita sebagai hambaNya untuk menolak ketentuan. Berusaha , berdoa dan bertawakal lah kepadaNya juga agar semua ini akan berlalu bagaikan sebuah mimpi ngeri. 


nanas asam limau

Nanas asam limau 

Tak banyak yang nak di coret kan di ruang sepi di kali ini. Berkongsi kesedapan makan potongan nanas dan asam limau jeruk khas buat peminat asam macam ana ni. Sedap kome. Paduu!! Tak caya cuba lah. Asam limau kering ni ada di jual di kedai-kedai. Hiris halus-halus dan makan bersama nanas, epal hijau pun sedap. Mangga pun sedap, lebih kurang macam makan dengan serbuk asam boi juga lah. 

Ini pun lepas adik sepupu ana , Eja share di group PiknikJom kami. Terliur sungguh tengok, gigih ke kedai Acheh beli nanas. Alhamdulillah dapat yang tak muda sangat , masam-masam manis juga lah rasa buah nanas ni. Beli asam limau jeruk kering ni sepaket, gunting halus-halus, tabur dan makan. Sedapppp. Try naa.. 

Selamat tahun baru buat semua pengunjung di blog picisan www.anajingga.com . Semoga setiap perkongsian di sini ada manfaatnya sesama insan. Tegur lah saya sekiranya penulisan ini ada yang tak kena dengan kehidupan dunia dan akhirat. Kita semua dalam proses menjadi lebih baik dan ada kala hati ini berbolak balik sifatnya. Ada ketika kita leka dengan arus dunia mengejar wang ringgit dan perhatian manusia hingga lupa akan sepatutnya. 


6 Comments

  1. SALAM TAHUN 21 ANA SEDAPNYA NENAS ASAMLIMAU MUSIM HUJN NI RISAU SAKIT PERUT JA

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru PI, hehe makan banyak boleh mengundang sakit perut juga kan PI :)

      Delete
  2. selamat tahun baru AJ. sedapnya nenas cicah asam limau

    ReplyDelete