Memang jemu kan hari-hari nak kena fikir resepi masakan untuk keluarga ni. Bila ulang menu yang sama jadi kurang berselera dah. Kadang-kadang nak juga tukar-tukar selera. Teringin pula nak mencuba resepi-resepi baharu orang sekarang ni. Dari perkongsian youtube adik ipar ana, Julia Alisya, Kak Long ajak masak Ikan Dory Kam Heong. Resepi ni lama dah ada di dunia internet, baru sekarang ni nak mencuba. Kebetulan bahan-bahan pun ada di rumah, bermula lah ana dan Kak Long masak resepi ikan dory kam heong.
Resepi dan cara masak ikan dory kam heong
Bahan-bahan Ikan dory Kam Heong
Ikan dory - bersihkan dan potong keping kecil
2 sudu Tepung gandum
1 sudu tepung beras
Garam
Pes rempah kari daging ( serbuk rempah bancuh bersama air )
1 labu bawang holland ( hiris bulat )
2 ulas bawang putih ( ketuk dan hiris )
2 biji cili kering ( gunting besar-besar )
1/2 batang carrot ( potong panjang-panjang )
sos tiram
sos cili
kicap pekat manis
minyak untuk menggoreng
daun kari
Cara masak ikan dory kam heong
1. Bersihkan ikan dory, potong keping kecil-kecil dalam saiz 2 inci lebih kurang. Toskan air dalam tapis biar kering isi ikannya kerana ikan dory selalunya dalam kepingan frozen yang berair bila di defros . Ketepikan.
2. Campurkan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam satu bekas.
3. Celupkan isi ikan dory ke dalam campuran tepung dan goreng dalam api sederhana. Balik-balikkan dalam kuali supaya tidak hangus. Masak hingga garing dan masak.
4. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang holland, bawang putih, cili kering dan daun kari.
5. Bila dah garing, masukkan lobak merah ( carrot ) yang di potong panjang-panjang. Masak hingga garing.
6. Masukkan pes kari dan kacau sebati.
7. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap pekat manis. Ikut kepekatan dan citarasa masing-masing.
8. Kalau terlalu pekat masukkan air dan masak hingga mendidih. Rasakan dengan garam secukupnya.
9. Masukkan isi ikan dory yang dah di goreng rangup tadi. Kacau sebati dan siap untuk hidangan menu ikan dory masak kam heong. Korang boleh sahaja layan video masakan ana di YTC di bawah ni :
Resepi sos kam heong ni boleh sahaja di masak bersama udang, ikan siakap atau ayam dan sebagainya. Sedap rasanya ada rasa kari dan pedas masam manis giuew. Menu-menu macam ni sedap di makan panas-panas lah kan. Korang cuba lah kay..
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
16 Comments
Sedapnya. Kena try lah masak menu ini next time.
ReplyDeletetry naa, sedap sekali sekala tukar selera dengan ikan dory pula :)
Deletebelum pernah try masak kam heong ni...nak try juga nnt
ReplyDeletetry Yan sedap masam manis je rasanya :)
DeleteNampak sedap kejadiannya
ReplyDeletesedap wak kena try nanti hehe :)
DeleteNampak sedap Ana.. Sue suka juga masak Kam Heong nie..
ReplyDeletenanti try guna ikan dory pula sue :)
Deletesedap ni kak ana.. boleh jemu kalau mkn menu yg sama tiap2 minggu
ReplyDeletekan nina, tukar2 selera pula :)
DeleteWah nampak sedap!!
ReplyDeletecubalah Cik TK :)
Deleteaida suka bila ikan dory goreng gitu.
ReplyDeletesedap nyer lah... tapi x pernah buat buat sendiri.
balik rumah kakak, dia yg buat :)
kami ngap jer lah...
goreng tepung makan panas2 pun sedap kan aida :)
Deleteadudu sedapnya
ReplyDeletejom ber kam heong pula mama :)
Delete