Satu lagi entri throwback yang ana terbitkan hari ini. Maklumlah sepanjang PKP 2.0 ni kita semua kembali berkurung di rumah dan pergerakan dengan keperluan dalam radius 10km sahaja. Semasa PKPP lepas sempat lah ana ke NOKO satu lagi kedai menjual pelbagai barangan dan produk harian pada harga RM2 sahaja. Cawangan NOKO ni di Sunway Putra Mall. Kiranya taraf kedai RM2 premium lah ni. Cantik dan elegan je susun atur barangan walaupun harga setiapnya adalah flat rate RM2 sahaja. 


Noko Sunway Putra Mall


Noko Sunway Putra Mall 

Apa yang menarik di NOKO ni berbanding lain-lain kedai RM2 ? Pada ana setiap produk yang ada disini tak banyak beza dengan yang ada di kedai RM2 yang lain.   Cuma yang ada kelainan adalah sudut jualan produk makanan frozen dan minuman di dalam peti sejuk. Setahu ana, kedai RM2 lain tak ada produk minuman sejuk dan juga frozen food. Tetapi produk makanan lain ada juga di sini seperti jajan, gula-gula, coklat, bijirin, barangan dalam botol seperti sos dan sebagainya. 


Noko Sunway Putra Mall


Satu lagi di NOKO ni memang kemas dan mudah nak cari produk yang di ingini kerana setiap satu ruang ada label memudahkan kita nak mencari. Ana paling suka berada di ruang baking, memang agak lengkap peralatan baking membaking ada di jual di sini. Ana beli alumunium foil, plastic wrap dan baking paper. 


Noko Sunway Putra Mall


Kalau korang nak cari hadiah atau goodies tu sesuai lah nak cari kat sini sebab memang comel-comel je barang-barang yang ada. Gift box atau gift bag pun ana suka tengok comel-comel sangat semuanya. Untuk party set pun ada. Boleh di katakan macam-macam ada lah di NOKO ni. Dan yang penting kita selesa untuk membuat pembelian dan memilih dalam suasana yang tenang. Kalau di Sunway Putra Mall ni tak ramai dan tak sesak dengan pengunjungnya. 


Noko Sunway Putra Mall


Noko Sunway Putra Mall


Selain dari sudut jualan baking dan makanan ana lama juga berada di sudut jualan gardening dan deko. Cuma di sini tak banyak pilihan barang-barang deko berbanding dengan kedai Eco . Ada di jual juga di sini benih-benih tanaman. Yang berderet tu dua pek biji benih berharga RM2 . Sama seperti di Eco jugalah. Peralatan gardening pun ada kat sini. 


Noko Sunway Putra Mall

Sudut deko ni banyak di jual bunga-bunga plastik sahaja dan pelbagai jenis pasu. Lagi meriah dan trending di kedai Eco berbanding sini. Tapi comel-comel juga bunga-bunga yang di jual di NOKO ni berbanding bunga di Eco . Ada lah kelainan dan perbezaan serba sedikit di antara dua kedai pada harga yang sama. Eh!  Tak sama sebenarnya, Eco RM2.10 tetapi di NOKO RM2 sahaja. Hehe 😀


Noko Sunway Putra Mall


Noko Sunway Putra Mall

Ana juga selalu membeli barangan dapur di kedai-kedai dua hengget ni, cuma kena pilih produk yang dengan logo Halal Jakim atau produk tempatan kerana ada juga di jual produk dari luar. Kalau tak yakin dengan produk tu baik jangan beli. Biasanya kalau produk sos dan kicap Jalen pun ada di sini, cuma dalam saiz yang kecil lah kan. Kalau bijirin atau bahan kering pun dalam kuantiti yang sedikit. Tapi macam jajan dan gula-gula tu korang kena pilih dan telek elok-elok pastikan halal baru lah ambik naa.
 

Noko Sunway Putra Mall


Noko Sunway Putra Mall

Kesimpulannya tak banyak beza sangat produk dan barangan yang di jual di NOKO berbanding dengan lain-lain kedai yang sama harga dengan nya. Cuma berbeza pada pilihan yang ada. Kedai dua ringgit ni kalau masuk memang bersaka kata orang. Selalunya jarang lah tak penuh bakul. Walaupun cadangnya nak beli benda lain, pasti yang tak ada dalam list pun akan di bawa pulang. Murah lah kan. Pelbagai produk yang ada cuma RM2. Kualiti produk tu berbaloi lah dengan harga. Jangan kita meletakkan expectation yang terlalu tinggi pada nilai harga sebegitu. Dapat di guna kan dalam masa tertentu pun dah memadai. 


Noko Sunway Putra Mall


Dalam situasi sekarang ini, mana yang boleh jimat kita jimatkan. Beli mana yang perlu sahaja melainkan memang dah ada badget nak beli benda-benda yang kita inginkan. Waktu akan datang sekarang ni tak dapat di ramalkan, pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Sama-sama kita berdoa semoga kita semua sentiasa di dalam perlindunganNya jua dari segala keburukan di dunia hingga akhirat. Aamiin Ya Rabb. 


10 Comments

  1. wahhhh cantik betul sususannya ye kak... paling best bukan main banyak benih-benih, segala bunga hiasan tu memang boleh tahan berejam memilih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Dana boleh bertapa dalam tu je time break hehe :)

      Delete
  2. Best jugak ek NOKO ni ye, teringin nak pergi. Tapi apakan daya PKP tak habis lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar Kinah habis PKP kita pii lagi hehe :)

      Delete
  3. banyak pilihan harga berpatutan okla tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai rm2 ni selalu terlajak beli kan PI :)

      Delete
  4. menarik nie. belum pernah singgah lagi. Lepas PKP nanti bolehlah menyinggah. banyak leh jimat :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan anie, boleh lah menghabis kan wang di dompet di sini nanti hehe :)

      Delete
  5. Sunway Putra Mall kat Pwtc tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye AS, depan PWTC tu dalam mall ada NOKO ni :)

      Delete