Apa yang perlu kita tahu mengenai Vitamin C
Sepanjang kita di uji dengan pendamik Covid19 ni, rata-rata ana lihat paparan di media sosial yang menggalakkan kita mengambil supplimen Vitamin C sebagai salah satu langkah mencegah jangkitan. Pastinya kita semua akan cuba sedaya upaya menjaga diri dan keluarga agar di jauhkan dari wabak yang sedang menular di mana-mana di serata dunia waktu ini. Yang agak membimbangkan adalah bila adanya sesetengah pihak yang akan mengambil kesempatan dengan menjual pelbagai produk suplimen dengan harga yang mahal dan over claimed pula dapat mengelak wabak dan sebagainya. Inilah antara perkara yang perlu kita sebagai pengguna perlu sangat ambil tahu dan punyai sumber rujukan yang sah dan di percayai.
Terbaca di paparan page FB Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri ana ambil dan kongsikannya semula di sini untuk rujukan kita semua beberapa fakta penting tentang Vitamin C ni. Di nyatakan di dalam poster di bawah beberapa perkara yang kita perlu tahu tentang Vitamin C .
Apa yang perlu kita tahu mengenai Vitamin C ?
Vitamin C penting dalam :
~ Mengekalkan sistem imuniti tubuh pada tahap optimun
~ Penghasilan kolagen yang membina struktur tulang , kartilaj, otot dan salur darah.
~ Penyerapan Zat Besi
Kenyataan yang mengatakan Vitamin C dapat mencegah atau melambatkan insiden penyakit kronik seperti jantung, respiratori ( paru-paru ) dan kanser adalah masih tidak konsisten .
Pengambilan Vitamin C secara oral atau makanan mempunyai kadar penyerapan sebanyak 70-90% pada pengambilan sebanyak 30-180mg sehari. Saranan pengambilan 3 sajian sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari dapat memenuhi keperluan Vitamin C sebanyak 210-280mg sehari.
Antara makanan yang kaya dengan Vitamin C adalah seperti jambu batu, longan, betik, cekur manis, lada benggala ( capsicum ) , kailan, pucuk gajus, ulam raja, sawi, brokoli, maman dan sebagainya.
Kesan pengambilan Vitamin C berlebihan pada tubuh badan
Perlu kita ketahu bahawa pengambilan Vitamin C secara berlebihan adalah tidak baik pada tubuh badan kita. Benarlah apa yang di ajar oleh Islam sendiri dalam apa sahaja keperluan dan perilaku kehidupan ini, segalanya adalah perlu tidak di lakukan secara berlebihan. Pasti akan ada kemudaratannya.
Penyerapan Vitamin C menurun kepada kadar 50%, apabila pengambilan melebihi 1000g sehari. Pengambilan Vitamin C melebihi 1000mg meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam kalangan individu yang tinggi kandungan kalsium urinari.
Kesan negatif dalam kandungan Vitamin C yang berlebihan dapat di lihat apabila pengambilan melebihi 3000mg/hari. Walaupun pengambilan yang berlebihan, kepekatan Vitamin C plasma kekal sekitar 200mg/hari.
Oleh itu perlu kita ingat bahawa bukan Vitamin C sahaja yang boleh optimakan sistem imun badan, mencegah penyakit, mencantikkan kulit dan pengambilan zat dan vitamin secara konsisten dan seimbang adalah penting dalam kehidupan seharian kita. Berhati-hati dalam pembelian produk tanpa kawalan di luar sana dan dapatkanlah nasihat dari pakar perubatan yang bertauliah dalam aspek konsultansi pemakanan dan suplimen. Semoga bermanfaat buat kita semua, In Shaa Allah.
Kredit sumber rujukan : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157720203846237
14 Comments
Nice info AJ, tq atas perkongsian! :)
ReplyDeletesemoga bermanfaat SR
DeleteGood info.. Dl mmg rajin gila makan vit c tp la ni dah kurang.. Sbb dah tau amek sekali sehari je..
ReplyDeletekan kadang2 kita obses nak yang terbaik untuk kesihatan rupanya terlebih pun mudarat juga :)
DeleteSelalu makan buah jew tuk vitamin c🍊🍊
ReplyDeletesumber asli semulajadi lebih baik kan
Deleteterus rasa nak gi beli vitamin...hihihi
ReplyDeletejomss
Deletemakan vit c dari sumber asli
ReplyDeleteya kak, itu yang terbaik kan
Deletethank you sharing info :)
ReplyDeletemost welcome dear
Deletekena hati2 sebab t saya amik yg 250mg je
ReplyDeleteya mama jangan overdose kan :)
Delete