Dah lama tak mengimbau memori silam di sini.. Terjumpa beberapa keping foto dapur minyak tanah di group FB bagaikan mengembalikan semula kisah silam di masa lalu . Zaman kanak-kanak sekitar tahun 80-an tinggal di kampung halaman yang waktu itu bekalan elektrik dan gas belum lagi menjadi asas kehidupan kami. Pernah melalui zaman di mana bercahayakan lampu gasolin dan pelita minyak tanah  di waktu malam. Sumber tenaga waktu itu adalah minyak tanah pastinya. 

Setiap petang abah , tok dan mak akan pastikan sentiasa ada bekalan minyak tanah di rumah. Kalau dah berkurangan akan ke kedai runcit untuk mendapatkan bekalan. Beli dalam kiraan botol, taukeh kedai berbangsa India akan pam minyak tanah dari dalam tin ke dalam botol yang abah bawa . Harga dah tak ingat dah berapa kerana masih kanak-kanak sangat ketika itu, sekadar masih ingat gerak geri kejadiannya kerana pantang mak abah nak ke kedai mau sahaja mengikut hehe :) Dapat gula-gula Sugus atau jajan Chikedes pun dah puas hati dah . 


dapur minyak tanah


Dapur minyak tanah 


Sebenarnya di rumah arwah tok ni di bahagian luar rumah ada juga dapur kayu. Dapur kayu ni menggunakan kayu api yang di cari di sekitar kawasan rumah untuk bahan bakarnya. Memang berjelaga lah periuk kuali atau cerek bila masak menggunakan dapur kayu, hitam legam semuanya. Di dalam rumah pula ada dapur minyak tanah ni. Kalau malam selalunya mak akan masak menggunakan dapur minyak tanah. 


dapur minyak tanah



Dapur minyak tanah ada beberapa jenis, kalau seperti yang di atas tu kira dah moden sikit lah. Ada dua tiga dapur sekali masak. Di sisi dapur tu ada tangki mengisi minyak tanah. Tapi memang berbau minyak tanah lah sekitar rumah bila memasak. Nasib baik juga waktu tu rumah papan dan banyak tingkap, bila masak buka tingkap kurang lah baunya. Tingkap pula jenis bukaan dua dedaun terbuka seluas alam. 


dapur minyak tanah


Dapur minyak tanah jenis hijau macam kat atas ni masih ana ingat lagi. Ia ada sumbu yang boleh di laraskan kan ketinggiannya untuk mengawal saiz api. Ana suka main tarik ke atas sumbu tu tapi siaplah kena marah dengan mak. Main pun masa api tak menyala. Memang berisiko bila menggunakan dapur minyak tanah ni. 

Alhamdulillah sepanjang masa penggunaan lampu dan dapur minyak tanah rumah kami walaupun rumah papan beratap nipah di pelihara Allah swt dari sebarang musibah. Tangki minyak tanah terletak di bahagian bawah dapur tu. 

Syukur Ya Allah atas pinjaman usia ini. Banyak pengalaman kehidupan telah ana lalui. Semuanya manis-manis untuk di kenang. Zaman demi zaman telah ana lalui, kini kisahnya berlainan sekali. Sekali sekala ada ruang dan kesempatan kita imbas kembali sebagai coretan kenang-kenangan.  Semoga bait-bait perjalanan menuju destinasi abadi ini penghujungnya juga yang baik-baik juga buat kita semua, Aamiin Ya Rabbal a'lamiin.... 


*kredit buat pemilik foto-foto di atas 

18 Comments

  1. mengimbau kenangan betul ni :)

    ReplyDelete
  2. Salah satu barang antik . CCL sempat guna zaman sekolah dulu ..time tu pergi kursus dlaam hutan

    ReplyDelete
  3. Rasanya saya sempat la jumpa yang gambar last tu, kat rumah nenek atau makcik. Tapi tak ingat pengalaman gunakannya.

    ReplyDelete
  4. Sue pun pernah juga lah rasa zaman dapur kayu, dapur minyak tanah nie Ana. Kenangan betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan manis waktu kanak-kanak kan Sue pengalaman hidup kita

      Delete
  5. mengimbau kenangan pengalaman hidup ya ana

    ReplyDelete
  6. dana tak pernah jumpa dapur minyak tanah ni kak...

    ReplyDelete
  7. Betul2 nostalgia ni Ana...terkenang zaman dulu2...

    ReplyDelete
  8. Saya pernah tengok dari jauh je, arwah nenek tak bagi usik. Saya membesar tahun 90an. Dah kurang dapur macam ni kecuali di kampung. Thanks share pengalaman

    ReplyDelete