Tips solekan wajah natural dengan HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM
Begitu juga dengan Kak Long, walaupun keluar belajar mahupun sekarang dah mula bekerja sambilan dia memilih untuk bersolek secara ringkas dan nampak berseri di pandang mata. Personalitidan imej pun kena juga jaga supaya cantik dan elegan dalam kesederhanaan. Rupanya sekarang ni Kak Long menggunakan CC Cream sahaja sebagai asas solekannya kerana cepat siap dan wajah pun lebih berseri dan glowing mengikut tona warna kulitnya.
HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM
Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream adalah krim kecantikan semua dalam satu untuk kegunaan setiap hari. Ia boleh mengawal tona warna kulit agar nampak asli dan juga bertindak mencerahkan wajah dalam masa yang sama. ( Color Control + Brightening ). Kalau korang lihat pada calitan warna dari tiub Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream, ia adalah berwarna putih tetapi magic nya apabila di ratakan pada wajah ia akan bertukar kepada tona warna kulit kita.
Kalau korang perhatikan pemakaian Hansaegee Nature CC Cream ini adalah menutup penuh sebarang celaan pada wajah. Dalam erti kata lain full coverage . Bagi yang jenis kulit berminyak atau cepat berpeluh pun ia masih mampu bertahan dan tidak akan kelihatan bercapuk. Walau bagaimana ia mudah di bersihkan dengan mencuci wajah sekiranya kita ingin solat dan bolehlah memakainya semula dengan cepat selepas solat. Mudah dan selesa pastinya.
Jangan risau kerana wajah korang tidak akan nampak putih melepak sebaliknya ia mengikut tona warna kulit wajah korang dalam masa yang sama akan nampak lebih cerah dan glowing. Dan untuk wanita yang selalu berada di luar untuk urusan seharian, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mempunyai perlindungan dari cahaya matahari SPF 50PA +++ . Malahan ia di formulasi juga sebagai anti kedutan, haa hat ni ana suka, nanti nak try sendiri suruh Kak Long belanja ibunya. Lebih menarik lagi ia mengekalkan kelembapan wajah sepanjang hari.
Apakah kandungan formulasi di dalam HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM ?
Di formulasi kan dari 3 bahan utama yang baik untuk kecantikan wajah iaitu :
Mineral Water – Untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit wajah dan juga formulasi bersama vitamin yang aktif untuk menganjalkan wajah .
Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - Bertindak untuk melegakan kerengsaan kulit, kerana memberikan kesan sebagai Anti bacteria yang mampu melindungi wajah.
Nano Gold – Mencegah kesan penuaan pada wajah seperti kedutan dan garis halus. Ia juga menghalang kesan radiasi pada wajah dengan kandungan antimicrobial dan antioxidative.
Dapatlah di rumuskan kelebihan HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM adalah :
Mengandungi perlindungan UV matahari SPF50 PA+++
Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
Meminimumkan penampilan pori
Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer
Mencerahkan kulit
Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
Glowing skin dan melicinkan kulit
Mengekalkan kelembapan
Melegakan masalah kulit
6 Comments
Menarik! Tentu rasa lebih yakin bila make-up tak bercapuk.
ReplyDeletenak nak lagi bila berada di luar kan Amie
DeleteMakeup pon pigmented tak perlu nak oles tebal. Ena suka hansaegee cc cream ni sebab senang nak cuci
ReplyDeletekak long pun cakap macam tu Ena bila guna Hansaegee CC cream ni :)
Deleteramai jugak tengok guna ni. kena grab satu ni!
ReplyDeletetry Fyqah ramai dah guna nampaknya :)
Delete